The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘berkelah’

Air Terjun BERKELAH 2012

Posted by hamydy on 26, January 2012


Air Terjun BERKELAH Maran Pahang.
Aktiviti ini merupakan aktiviti pembuka tirai bagi tahun 2012. Trip ini seramai 15orang. Trip ini di anjurkan oleh kakitangan ORA (Outrange Adventure Team) yang diketuai oleh En Amir. Outrange Adventure Team merupakan sebuat syarikat penganjuran semua jenis aktiviti Outdoor. Tapi trip kali ini adalah trip suka2 santai kakitangan ORA yang selalu sibuk dengan penganjuran aktiviri untuk pelanggan mereka. Jadi trip ni mereka panggil trip santai bercuti :D. Selain kakitangan ORA kawan2 outdoor yang terdekat turut dijemput memeriahkan aktiviti ini. Trip Adhoc ni cuma baru dirancang tidak sampai seminggu sahaja. Terima kasih Kepada En Amir kerana turut menjemput saya untuk turut serta 😀 lain kali jemput lagi yer.

Trip ini dinamakan “Trip Santai Abselling, Flying Fox dan BBQ Kambing


Cadangnya berkumpul di LRT Gombak jam 9.00malam pada jumaat 6/1/2012 tapi last2 semua berkumpul kat gerai makan. Berhampiran LRT ini ada beberapa gerai makan.. tak jauh jalan kaki dalam 5 minit sahaja. Sekitar jam 11.00mlm barula semua ahli sampai di gerai makan ini dan sempat makan dan minum dulu sementara tunggu yang lain. Kami buat Carpool jimat dan senang. So sebanyak 4 buah kereta semuanya. 3 buah bergerak dari gombak berhimpit2 jugak la sebab keta lagi satu (Keta Azmi) tunggu kat toll karak. sampai kat tol karak baru bahagikan semula ahli dalam keta supaya selesa. Perjalanan diteruskan sehingga la sampai di tapak rekreasi Air Terjun Berkelah. sekitar jam 2.00pagi. Sampai jer kat situ bulan cerah dan hanya keta kami sahaja yang paking kat situ. So nak jaga keselamatan kereta kami pakir rapat2 nak buka pintu pun tak dapat..tapi keta yang hujung kiri kanan terdedah la :D. Siap-siap kelengkapan, pembahagian RATION (Makanan), Kelengkapan tali dan sebagainya, Kemudian kami ada sesi taklimat oleh en Amir. Dan mula bergerak trekking ke air terjun.
 

Selepas meredah malam yang terang kami singgah di CP4 untuk buat chamsite, kawasan ni lapang dan tinggi dari punca air, jadi jika hujan dan ada kepala air yang turun dari atas chamsite kami selamat dari pukulan arus air dan juga keselamatan diri. ramai yang tidak tahu dan ambil mudah dengan chamsite ditepi sungai..kononnya mudah nak menggunakan air dan mandi-manda..namun harus ingat tentang kepala air bila ada hujan di hulu. Kemudian sementara belom mengantuk ada dikalangan ahli membuka gajet masing2 Ipone, Ipad, labtop dan sebagainya melayari internet….saya cuma ada kamera.. 😀 jadi sambil2 tu shoot gambar bintang.

Beginilah rupa chamsite kami. ada yang khemah tertutup, ada yang duk khemah terbuka (Ground dan Fly) dan ada yang buat kondo bertingkat ( Hamok 4 bertingkat). Suasana malam sunyi dan agak sejuk. Tiada gangguan nyamuk. semua tidur nyenyak.
 
Bangun pagi kelihatan yang lain masih nyenyak tido, cuma beberapa orang yang sudah bangun menikmati keindahan pagi. Saya tanpa membuang masa mula memancing ikan tengas. Last minit persediaan tak sempat cari ciji kelapa sawit masak masam, cuma guna roti gardenia sahaja. Cuma 30minit memancing boleh la dapat 5 ekor ikan tengas. Cukupla boleh buat tambahan lauk untuk sarapan pagi.
Bersambung……..

Posted in Pendakian Gunung, Riadah Santai, Sukan | Tagged: , | 2 Comments »

Air Terjun Berkelah Pahang

Posted by hamydy on 15, July 2009

berkelah0 berkelah01
Air Terjun Berkelah Pahang, Sememangnya sudah lama terkenal akan keindahannya. Mempunyai banyak kolam2 semulajadi hasil pembentukan air terjun, kolam2 ini menjadi kegilaan pengunjung untuk mandi manda seolah2 berada di swimming pool. tetapi ada diantara kolam2 ini sangat dalam dan merbahaya, oleh itu majoriti pengunjung yang mandi di kolam2 ini membawa life jaket.
Untuk kesana sangat mudah, dari Kuala Lumpur anda ambil highway ke kuantan pastu exit tol maran, bila exit tol maran ikut kiri (sigboard ke Sri Jaya), Terus lagi sampai melepasi seri jaya dan tol sri jaya, Kemuadian anda akan jumpa masjid Kg Gelugor bersebelahan kedai makan sebelah kanan jalan. jika jumpa masjid ini maka sudah dekat dengan simpang masuk ke BERKELAH simpang sebelah kiri. Masuk simpang ni kedalam lebih kurang 5 minit. Setelah sampai di kawasan rekreasi Berkelah anda boleh paking kereta disini, jika hari minggu memang ramai orang yang datang berkelah disini, Gerai2 makanan juga ada. Kemudahan asa yang lain seperti tandas, bilik mandi , pondok semua ada.
berkelah9 berkelah10
Bagi yang ingin buat champsite dan bermalam, kenderaan tidak digalakkan parking di kawasan rekreasi tersebut kerana tiada penjaga diwaktu malam, dan ada kes pecah kereta kecuali ada perkhemahan budak2 sekolah dikawasan tersebut. Untuk bermalam di puncak atau di kawasan champsite diatas sana , biasanya pengunjung akan meninggalkan kereta berhampiran masjid kg glogor dan kedai makan tersebut, jani untuk masuk kedalam biasanya tuan punya restoran tersebut ada menyediakan perkhidmatan menghantar orang menggunakan lori. casnya murah sahaja.
berkelah2 berkelah1
Dari tapak rekreasi ke champsite kolam 3 mengambil masa 30minit berjalan, untuk sampai ke champsite yang atas sekali iaitu puncak mengambil masa hampir 2jam perjalanan. Champsite di puncak bersebelahan kolam paling besar dan dalam boleh memuatkan hampir 30 orang satu masa.

Bagi kaki pancing kawasan yang paling sesuai untuk memancing adalah antara kolam 3 dan kolam 4, kawasan ini banyak terdapat ikan tengas yang besar2 sebesar tapak tangan. umpan yang paling sesuai adalah buah kelapa sawit yang telah direndam semalaman.
berkelah8 berkelah11
Sekiranya musim hujan pengunjung tidak digalakkan berkemah hampir dengan gigi air, kerana ia bahaya, jika terdapat kepala air boleh menghanyutkan khemah. oleh itu jika hendak buat champsite atau memilih lokasi champsite  faktor ini perlu diberi perhatian. Kebanyakan kolam2 ini sangat dalam dan ada sesetengahnya ada air pusing di bawahnya. oleh itu faktor keselamatan diri perlu diambil kira.
berkelah5 berkelah3

Akhir sekali jagalah kebersihan hutan kita. sampah yang anda bawa naik hendaklah dibawa turun. Trip 10-12 Julai 2009.

Posted in Jom Piknik | Tagged: , , | 16 Comments »