The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Bangkok’

Bangkok Thailand ~ 4H3M

Posted by hamydy on 24, October 2015

Bangkok 2015
Trip Bangkok 4H3M
Trip kali ini merupakan trip santai bersama kawan-kawan. Tiada perancangan sangat. Tiket Flight beli sejak 2014 lagi dapat dalam RM250 pergi balik. Hotel pula booking melalui Agoda dapat harga RM120 semalam. Kami tidak booking apa2 pakej.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Day 1
Hari pertama sampai ke Bangkok dari Airport Don Mueang, kami naik bus ke stesen BTS terdekat iaitu Stesen Mo Chit. Bus ini memang ulang alik dari Airport Don Mueang ke Stesen BTS Mo Chit. Memang mudah bayaran pun murah cuma 30 baht sahaja. Sampai di Stesen BTS Mo Chit, sebelum beli tiket melalui mesin kita tukar duit syiling dahulu. Ada maps Train di kaunter BTS, bole ambik untuk rujukan. Kami beli tiket ke Stesen Phra Khanong kerana Hotel kami terletak berdekatan stesen tersebut.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Hotel Hope Land Executive Residence
Hotel ini tempah melalui Agoda dapat harga RM120 semalam. Hotel nampak gempak macam mahal tapi harga murah sahaja. Hotel ni ada kemudahan Swimming pool, jakuzi, sauna dan gym. Kalau menginap disini memang boleh guna semua kemudahan ini. Makanan tidak halal, jadi kami pilih makanan yg boleh dimakan seperti roti bakar, salad, nasi putih, telur masin dan conflake sahaja. Cukup la untuk sarapan. Semasa menunggu cek in hotel ini ada welcome drink, semua pakat2 minum teh dan makan biskut yang disediakan.

Selepas Chekin, kami ke kaunter sebelah kaunter reception hotel untuk tempah transport. Biasanya semua hotel ada kaunter travel didalamnya yang membolehkan pelancong tempah pakej atau transport. Kami cuma tempah transport untuk sehari sahaja untuk esoknya, kami tempah Van dengan bayaran 1600 Baht sehari.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Untuk makan malam kami naik BTS ke Siam Center Mall, di food court mall tersebut ada jual makanan halal. Food Court tersebut nama The Fifth Food Avenue. Harga boleh tahan jugak la sekitar 120 – 200 Baht sekali makan. Food Cour ini menggunakan sistem kad, topup kad dan bole membeli makanan, jika ada baki boleh refund. Selepas makan kami naik BTS Stesen Sala Daeng untuk Jalan-jalan di Patpong Night Market.

Patpong Night Market
Hari minggu memang meriah, tapi sayangnya hujan ketika kami sampai jadi nak jalan lama2 tidak selesa, sempat masuk Patpong Night Market sebelum hujan lebat. Seterusnya kami buat keputusan pulang ke hotel.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Day 2
Hari kedua kami sarapan awal jam 6.00am. Dan mula jam 8.00am. Perjalanan ke Damnoen Saduak floating market ni memang jauh dua jam perjalanan kesana. Sekitar jam 10am kami sampai di salah satu agen boat. Terdapat banyak agen Boat dan pakej. Hotel bawa kami ke agen dia la. Sampai di premis agen kami deal harga. Kami ambik pakej boat floating market dan naik gajah dengan harga 1300 Baht seorang untuk tempoh 2 jam. Selepas bayar kami pun naik boat.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Naik Gajah
Mula-mula naik boat mereka bawa kami ke tempat naik Gajah. Setiap gajah boleh naik 2 orang. Gajah ini akan pusing kebun kelapa dan masuk dalam air. Masa lebih kurang 30-40 minit jugak, bergantung kepada Gajah ada slow dan ada yg laju. Nanti masa nak abis gembala gajah akan jual souvenir. Selesai naik gajah nanti boleh beli gambar kenangan yang mereka ambil semasa kita naik, harga sekeping dalam 200 Baht siap frame.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Damnoen Saduak Floating market
Terdapat banyak Floating market di Bangkok, Damnoen Saduak Floating market ini antara yang terkenal dan terbesar. Jika nak happening kena datang awal iaitu seawal jam 6.00am, kerana antara jam 6.00am – 9.00am adalah masa paling sibuk dan ramai pengunjung dan peniaga. Tekong boat mula membawa kami henti-henti disetiap kedai di tepi sungai. macam2 ada, ada peniaga yang buka kedai tepi sungai dan ada juga peniaga yang menjual dari atas boat. kami tak shoping 🙂 tapi lebih kepada makan2. Kena pandai cari yang halal, tapi tak susah ada saja peniaga muslim.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Rose Garden
Selesai Damnoen Saduak Floating market kami meneruskan perjalanan ke Rose Garden. Rose Garden ini sebenarnya adalah Cultural Village.. ingatkan taman bunga rose hahaha. Kami sampai jam 3.00pm, tiket masuk 600 baht seorang. Kalau nak datang pastikan timing betul betul kerana show ada waktu tertentu. Untuk sesi petang Show bermula 3.30pm, jika sampai awal bole la shoping2 sikit kedai souvinior yang terdapat disini dan bergambar landskap yang cantik.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Cultural Village Show ni berkaitan kehidupan orang thai. Ada tarian, ada perkahwinan dan ada muay thai, memang terhibur jugak la menonton. Selesai menonton show ini ada lagi satu show iaitu persembahan gajah. Kisah kehidupan gajah dlm masyarakat thai seperti aktiviti pembalakkan. Selesai show gajah, kalau anda hendak bergambar dengan gajah pun boleh, pegang duit dan angkat tangan, nanti gajah tu akan datang pada anda :). Selesai show kami terus pulang ke hotel.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Malamnya kami makan malam di Siam Paragon Mall yang bersebelahan Siam Center. makan kat food court ada beberapa gerai dan restoran halal. Harga standard restoran la sekitar 100-200 baht. Kalau ada yang nak tukar duit pun boleh sbb ada money changer kat sini. Ada andata kami yang tukar lagi duit 🙂
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Day 3
Hari ketiga kami tidak kemana2 cuma buat keputusan untuk lepak sahaja di Hotel. Jadi pada pagi tu selepas sarapan jam 9.00am kami mula mencuba kemudahan Gym hotel, keluarkan peluh selepas ini kami mandi manda di swimming pool. Selepas mandi kami mencuba Jakuzi dan juga sauna.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Sekitar jam 3.00pm baru kami selesai dan siap2 untuk keluar makan. Kami Naik BTS ke Stesen Saphan Taksin ( Stesen Chao Phraya River Cruise). Sampai di stesen river cruise ini kami meneliti pakej yang ada. Sehali naik 40 baht, kalau sehari pass adalah 140 baht, Jika naik dari pagi untung ambik pass sehari tapi memandangkan kami cuma ingin pergi Asiatique The riverfront. So kami bayar 40 Baht untuk cruise sehingga ke last station sambil lihat pemandangan dan bayar lagi 40 baht untuk pulang dan turun ke Asiatique The riverfront. Sekitar jam 6.00pm kami dah berada di Asiatique The riverfront untuk makan malam di sebuah restoran India muslim. Makan boleh tahan jugak la standard makan dalam 100-200 Baht seorang.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Selepas makan kami pusing2 Asiatique The riverfront dan naik Eye of Chao Phraya dengan harga seorang 300 baht. Kat mesia tak naik pulak kat bangkok naik pula.. :). Ok jugak boleh tengok pemandangan sekitar, ada juga yang gayat. dia pusing 3 round ok la.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Selepas tu sekitar jam 9.00pm kami Naik BTS ke Stesen Sala Daeng – Jalan-jalan di Patpong Night Market. Malam ni tak hujan jadi kami dapat jalan2 lama kat sini, semua pakat2 beli tshirt dengan skill tawar menawar memasing. Selepas penat shopping kami pulang ke Hotel menaiki Tuk Tuk.

Day 4
Hari last kami relaks juga lepas sarapan jam 12.00thr baru kami cek out. Naik BTS ke stesen BTS Mo Chit untuk ke Pasar Chatuchak. Pasar ini buka hanya weekend, tapi ada mall yang buka kat sini, so kami shopping kat mall Jatujak Mall yang terletak bersebelahan Chatuchak Weekend Market ini.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Lepas shopping dan makan di Mall Jatujak (Ada restoran halal) lebih kurang 5.00pm kami menaiki bus Airport. Naik bus No A1 atau A2 ke Airport Don Mueang International Airport dengan tambang cuma 30 baht sahaja , tunggu di stesen bus di area stesen BTS Mo Chit. Bus akan stop terus di pintu masuk pelepasan Airport. Sekitar 08.00pm kami Berlepas ke Kuala Lumpur.

Sekian Tammat 🙂

Itenari
Day 1 : 10/10/2015 : Sabtu
12.15pm – ERL TBS ke KLIA2
03.30pm – Berlepas ke Bangkok
05.30pm – Sampai Bangkok (Waktu Tempatan 4.30pm)

05.00pm – Naik Bus ke BTS Mo Chit (Tambang 30 Baht)
06.00pm – Naik BTS dari Stesen Mo Chit ke Phra Khanong (Tambang 30 Baht)
06.30pm – Check in hotel Hope Land Executive Residence
07.30pm – Deal harga transport untuk ke Floating Market esoknya (Kaunter sebelah kaunter hotel)
08.00pm – Naik BTS ke Siam Center, Makan Malam di Siam Center Mall (Ada Food Court Halal)
10.00pm – Naik BTS ke Stesen Sala Daeng – Jalan-jalan di Patpong Night Market
12.00pm – Naik BTS (Last Train) ke Stesen Phra Khanong

Day 2 : 11/10/2015 : Ahad
06.00am – Sarapan
08.00am – Bertolak ke Damnoen Saduak floating market
10.00am – Sampai di Jetty Deal harga Pakej Boat ( 1300 Baht seorang untuk Naik Gajah dan Floating Market utk 2 jam)
10.30am – Naik boat ke tempat Gajah dan seterusnya ke floating Market.
12.30pm – Selesai Pakej Damnoen Saduak floating market dan naik gajah
01.00pm – Bertolak ke Rose Garden
03.00pm – Sampai di Rose Garden (Cultural Village) – 600 Baht seorang
03.30pm – Show bermula Culture Show
04.30pm – Show Gajah
05.00pm – Rose Garden tutup dan bertolak pulang ke hotel
08.00pm – Naik BTS ke Siam Center, Makan Malam di Siam Paragon Mall (Ada Food Court Halal)

Day 3 : 12/10/2015 : Isnin
08.00am – Sarapan
09.00am – Guna kemudahan Gym Hotel
10.00am – Swimming Pool
12.00am – Jakuzi
01.00pm – Sauna
03.00pm – Naik BTS ke Stesen Saphan Taksin ( Stesen Chao Phraya River Cruise)
03.30pm – Beli tiket Sehala 40 baht ( Jika pass sehari 140 baht lebih untung dan jimat)
04.00pm – Naik Cruise sehingga ke hentian terakhir patah balik turun ke Asiatique The riverfront (80 Baht dua hala)
06.00pm – Makan di Asiatique The riverfront ( Restoran India Muslim)
09.00pm – Naik BTS ke Stesen Sala Daeng – Jalan-jalan di Patpong Night Market

Day 4 : 13/10/2015 : Selasa
08.00am – Sarapan
12.00pm – Chek Out
01.00pm – Naik BTS Mo Chit
01.30pm – Chatuchak Weekend Market buka cuma sabtu ahad. Jd kami ke Jatujak Mall Sebelahnya untuk shoping
05.00pm – Naik bus No A1 atau A2 ke Airport Don Mueang International Airport
08.00pm – Berlepas ke Kuala Lumpur

Tips dan Panduan

Perbelanjaan
– Untuk 4 hari kami bawa 5000 Baht sahaja
– Cukup untuk perbelanjaan seperti Itenari kami
– Kami cuma sewa Van sehari sahaja selebihnya kami naik BTS sahaja
– Bus Airport ke stesen BTS Mo Chit sehala 30 baht
– Tambang Tren BTS antara 20-50 Baht sahaja bergantung stesen
– Hotel RM120/semalam share 2 orang jadi RM60 ja semalam – Cari dlm agoda flash promo
– Tiket Flight RM250 retun
– Van 1600 Baht sehari (8.00am-8.00pm) share 7 orang
– Rose Garden (Cultural Village) 600 baht seorang
– Pakej Floating market, naik gajah 1300 Baht seorang

Makan
– Makan tak susah cuma kena mencari restoran halal sahaja.
– Gerai muslim juga ada tapi tak banyak
– Dalam mall pasti ada 1-2 restoran halal

Hiburan
– Ada show Muay Thai – Bayaran agak mahal jd kami tak tengok
– Show-show lain juga ada seperti tarian tiang dan sebagainya – Hati2 jika tidak pandai, takut kena tipu ( Pau bayar lebih), Kami tak tengok jd tak tau berapa bayarannya.
– Massage kat kedai2 yang betul, jangan panggil ke bilik dan jangan bgtau no bilik, nanti dia datang dengan bapak ayam paksa kita ambik.
– Kalau lelaki Jalan di Patpong Night Market, akan ada org follow kita promot supaya tengok show dewasa, jangan rimas dan tenang, cakap sahaja tidak mahu dan terus berjalan buat bodo, 2-3 kali dia promot kita tak mau dia akan berlalu pergi.

Keselamatan
– Selamat untuk pergi Bangkok walaupun wanita 2-3 orang
– Semasa di Airport sentiasa pastikan beg kita tidak dibiarkan tanpa pengawasan untuk elakkan pengedar dadah seludup dlm beg kita
– Kalau tak pandai jgn masuk pusat hiburan dewasa

Transportation
– Nak jimat guna BTS – last tren jam 12mlm
– Kalau nak guna teksi pastikan dia guna meter
– Bas dan ferry juga murah
– Kalau nak pergi Wat Pho dan Grand Palace boleh naik BTS dan Ferry lagi jimat

Massage
– 3 jenis massage yang patut anda cuba bila di thailand- harga jgn lebih 250 baht
– Body Oil aroma Massage
– Thai Massage – nak yang origenal bole cuba kat Wat Pho
– Foot Massage – last day – biasanya untuk kesegaran kaki

Posted in Melancong | Tagged: , , , | 2 Comments »

Bangkok ~ Thailand

Posted by hamydy on 26, June 2015

Bangkok
Bangkok 3h2m
Trip pendek ke Bangkok ini merupakan trip pertama saya ke Bangkok. Sebelum ini belum pernah pun ke Bangkok walaupun selalu ada tiket promo air asia. Trip ke Bangkok ini saya tidak plan apa2 sangat dan tak google info kat blog sangat pun. Kebetulan saya ada kawan di Bangkok orang Thailand.

Booking Hotel
Jika kita google atau tanya orang yang biasa ke Bangkok kebanyakkan akan cakap stay area Jalan Sukhumvit, sebab situ kawasan pelancong dan dekat dengan MRT dan sebagainya. Tapi jika kita buat sikit pembacaan sebenarnya terdapat beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pelancong untuk menginap, antaranya seperti area Jalan Sukhumvit, jalan Thanon Surawong (Patpong Night Market), Witthayu Rd (Suan-Lum Night Bazaar), Jalan Silom dan beberapa lagi.

Day 1 : 19/06/2015 Jumaat
Saya berlepasa dari KLIA2 sekitar jam 10.00am dan sampai sekitar 11.30am waktu Thailand, Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Sampai di Airport Dang Mueng saya ambil teksi bermeter yang terletak di hujung sebelah kanan dan kaunter teksi ini warna kuning. Sampai di kaunter bagi alamat lengkap hotel beserta nama jalan dan lorong dan juga no telefon hotel kepada petugas kaunter. Seterusnya dia akan panggil driver teksi untuk kita. Saya diberi satu borang komen dan di cop dan ditulis nama driver dan nama teksi rasanya dlm tulisan thai :). Teksi ini ikut Hiway jadi pastikan anda ada duit kecil sekitar 100 Bath kerana bayaran tol 70 bath kita kena bayar sendiri. Seterusnya saya sampai ke hotel di Jalan Sukhumvit soi 18 dengan bayaran 230 Bath sahaja.
Bangkok Bangkok
Selepas cek in hotel saya rehat kejap dan seterusnya keluar berjalan kaki sehingga ke Station BTS Asok yang bersambung dengan Shopping mall Terminal 21. Saya layan jalan disini sambil menggunakan Wifi Free. Daftar wifi di kaunter informasi dengan menggunakan pasport dan kita diberi user name dan kata laluan yang boleh digunakan selama 1 tahun secara percuma setiap kali ke mall ini. Mal ini besar dan ok jugak la ada food court di tingkat atas, terdapat hanya satu gerai halai di food court ini nama Basmillah kalau tak silap. KFC juga tidak halal info ini saya dapat dari pekerja kaunter informasi yang kebetulan muslim melayu thailand. Dia boleh bercakap melayu stay siam. Dia bagitau saya dan dia cakap kalau nak banyak kedai halal pergi area Nana yang tak jauh dari mall ini. Dari jejantas MRT ke Terminal 21 ni kita boleh lihat pemandangan kesesakkan jalan di kawasan ini.
Bangkok Bangkok
Sekitar 6.30pm saya balik hotel mandi dan segarkan diri sebelum bergerak semula ke Terminal 21 untuk menaiki Subway station Sukhumvit untuk ke Esplanade turun di Station National Cultural Village keluar gate no 3. Jumpa kawan saya di Esplanade. Nama beliau Samartan, orang thailand. Lepak makan dengan dia mencuba makanan local. Memang sedikit susah untuk cari makanan halal, banyak gerai yang saya pergi semua ada pork, last2 jumpa satu kedai yang tiada pork, oder makanan laut seperti sotong, ikan dan udang. Masakkan dari daerah utara thailand. Masakkan ini memang pedas dan sedap…meleleh air mata dan air liur..sambil makan saya berbincang tentang plan untuk esoknya.
Bangkok Bangkok
Selepas makan kami bergerak ke Esplanade semula dan pergi ke Train Night Market Ratchada yang terletak di belakang Esplanade. Kawasan Night Market ini besar jugak dan sama macam Down Town kat Malaysia, macam2 ada kat sini dari barangan baru, barangan lama dan juga tempat minum dan gerai makan. Tapi gerai makan susah nak jumpa halal. Saya pusing2 sehingga jam 10.30pm dan seterusnya bergerak pulang ke hotel. Saya menaiki Subway manakala kawan saya menaiki bas.
Bangkok Bangkok
Hotel Rembrandt Bangkok
Saya menginap di hotel ini yang terletak di Jalan Sukhumvit soi 18. Hotel ni boleh tahan jugak besar, harga pun bukan budget tapi tidak la mahal sangat. Sesekali nak merasa selesa sedikit apa salahnya. Kawasan hotel ini banyak komuniti india, kerana ada beberapa restoran india. dan kebetulan malam saya menginap ada majlis keraian kaum india, tidak pasti pulak saya majlis apa. Hotel ni memang selesa dan best jugak. Harga semalam RM295. Huhu mahal jugak kan kalau yang nak budget. Pemandangan dari hotel juga menarik dan dapat melihat sungai walaupun jauh.

Day 2 : 20/06/2015 Sabtu
Jam 9.00am saya menunggu kawan saya di Shopping mall Terminal 21, saya lepak sini sambil menggunakan wifi free :). Mall belum lagi dibuka jadi kelihatan ramai orang menyandar di tepi mall sambil menggunakan smartphone untuk wifi free :).
Bangkok
Floating Market
Trip ke Floating Market. Terdapat beberapa tempat floating market sekitar Bangkok ada yang jauh dan ada yang dekat antaranya Damnoen Saduak Floating Market (ini yang paling popular), Amphawa Floating Market, Talin Chan Floating Market, Khlong Lat Mayom Floating Market, Bang Nam Pheung Floating Market dan beberapa lagi. Setelah berbincang kami memilih untuk ke Klong Lad Mayom Floating Market. Floating market ini saiz sederhana dan dekat dengan rumah kawan saya lagi seorang, Kebetulan beliau free dan berbesar hati untuk membawa saya ke sana. Dari Terminal 21 Mall saya menaiki BTS ke Wongwian Yai BTS station.
Bangkok Bangkok
Sampai di Wongwian Yai BTS station lagi seorang kawan saya yang bernama Jay sudah sampai untuk jemput saya ke Klong Lad Mayom Floating Market yang merupakan kampung halaman Jay. Menaiki Honda Jazz melalui kawasan kampung mengambil masa sekitar 20minit. Tiada transport awam untuk ke Floating Market ini, cara terbaik adalah menggunakan teksi dari Wongwian Yai BTS station, menurut kawan saya tambang teksi cuma sekitar tidak lebih 100bath sahaja. Klong Lad Mayom Floating Market ini terletak di kawasan Taling chan dan kawasan ini terkenal dengan Talingchan Market. jadi biasanya pelawat akan melawat kedua-dua tempat ini baru lengkap jika datang ke kawasan ini.
Bangkok Bangkok
Perlu datang awal kerana menjelang tengahari pengunjung sudah berkurangan. Klong Lad Mayom Floating Market ini adalah kombinasi pasar tepi sungai dan juga peniaga di atas boat. Klong Lad Mayom Floating Market menjual pelbagai makanan ada yang halal dan ada yang tidak, jadi kena pandai pilih dan bertanya. Tak semua peniaga pandai bertutur english.
Bangkok Bangkok
kat sini cuma terdapat beberapa sampan sewa dan juga sampan panjang untuk cruise kawasan kampung. Saya menaiki sampan tanpa engin menyusuri market dan melawat kawasan kampung dan kebun lotus dengan bayaran hanya 20 bath sahaja dengan mengambil masa 30minit. Jika naik sampan panjang untuk Cruise ambil masa 1jam 30minit, Cruise ini akan stop 2-3 tempat untuk lawatan seperti tempel dan ia pergi lagi jauh. Sebab kesuntukkan masa kami cuma naik sampan sahaja.

Selesai pusing Klong Lad Mayom Floating Market saya bergerak ke Grand Palace di hantar oleh kawan saya Jay.Sekitar 2.00pm sampai di Grand Palace. Lepak sekejap di sebuah cafe PUFA milik keluarga diraja Thailand pekena aircond 🙂 menunggu ketibaan kawan lagi seorang, Panas kot tunggu kat luar :). Sekitar 2.30pm macam tu baru saya masuk ke Grand Palace.

Bangkok
Grand Palace
Memang ramai pengunjung kat sini. Saya Masuk melalui pintu utama dan melepasi laman Palace, selepas itu kat dalam baru ada pintu lain yang bertiket. Untuk masuk kedalam pengunjung perlu berpakaian sopan menutup aurat. Tidak boleh seluar pendek, lengan pendek dan seksi, kat sini juga ada disediakan perkhidmatan sewa pakaian dan beli pakaian menutup aurat, kalau cuma masuk di kawasalan laman Palace masih ok kalau seksi. Kalau kat Malaysia masuk pejabat kerajaan kena pakai sopan pun nak dijadikan isu politik.
Bangkok Bangkok
Saya tidak jadi masuk kedalam palace kerana di kaunter tiket saya lihat tutup jam 3.30pm. Jadi dari pintu utama sudah tidak dibenarkan masuk ke dalam oleh pengawal, yang mana sudah kat dalam dan sudah beli tiket masuk kedalam boleh keluar sehingga jam 5.00pm. Jadi sekitar Laman Palace ada jugak tempat pameran yang tidak berbayar, jadi saya melawat muzium barangan raja-raja Thailand. Menurut cerita dan infomasi yang ada disitu dahulunya Malaysia (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Melaka adalah wilayah dibawah naungan Kerajaan Siam. Disebabkan tidak mahu di jajah oleh kuasa barat seperti Penjajah Britih dan Eropah maka sebahagian wilayah di bawah naungan kerajaan Siam ini telah diberikan kepada penjajah contohnya Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Melaka diserahkan kepada British, manakala Cambodia, Loas diberkan kepada France. Dalam muzium ini banyak barangan kebersaran seperti pedang, cincin, mahkota dan perhaisan badan raja-raja siam juga terdapat tembikar dan matawang lama seperti matawang kedah lama.
Bangkok
Wat Pho
Setelah pusing2 sekitar kawasan Laman yang free ini saya bergerak keluar dari Grand Palace menuju ke Wat Pho. Bayaran masuk ke Wat Pho ni 100 bath dapat free air satu, kanak-kanak bawah 120cm free. Apa ada dalam Wat Pho ini…ermm. kat sini ada beberapa benda boleh kita lawat yang pertama Reclining Buddha (Buddha Baring), Phra Ubotsot, Deretan Patung Budha, senibuna dan beberapa temple .
Bangkok Bangkok
Reclining Buddha
Patung Buddha besar sedang baring mengiring yang di salut dengan lapisan emas berkilauan. Nak masuk ke tempat ini kena pakai sopan tidak boleh seksi seluar pendek dan lengan pendek. Pelancong yang pakai seksi diberi jubah untuk di tutup badan dan diberi beg kasut untuk meletak kasut. Saya buat satu pusingan masuk dari laluan depan Buddha dan keluar melalui laluan belakang Buddha. Seterusnya jangan lepaskan peluang bergambar dengan latar belakang pagida temple yang sangat unit ukiran dan senibinanya.

Phra Ubosot
Selain Buddha baring terdapat lagi patung Buddha lain antaranya adalah Buddha duduk dalam temple Ubosot. Tempel ini masih digunakan untuk penganut Buddha sembahyang, saya tengok dari luar sahaja. Setelah melihat dari luar pintu bilik sembahyang saya bergambar sekitar kawasan tersebut. Seterusnya bergerak ke tempat massage sambil melalui kawasan yang menempatkan banyak patung2 Buddha.
Bangkok Bangkok
Original Thai Massage
School for traditional medicine and massage. Ini merupakan sekolah khas tradisonal yang mengajar ilmu massage thai yang asli. Jadi kalau datang ke Wat Pho ini jagna lepaskan peluang merasa massage ini. Harga sedikit mahal berbanding yang kat luar, saya ambil 30 minit sahaja dengan bayaran 200 bath untuk Thai Body Massage. Kalau kat luar boleh dapat 200 bath untuk 1 jam. Sebelum ini saya pernah merasa Thai body massage kat luar ternyata ia berbeza, bila cuba Thai body massage di wat pho barula saya tau yang kat luar tu cuma ala kadar sahaja untuk relaks. Bermula dari kaki, dan berakhir di bahu dan tangan dan kepala. Selesai massage walaupun cuma 30 minit terasa kesegaran badan. Setelah abis massage pelanggan di beri minum teh china. Selepas massage saya bergegas keluar menuju ke jetty memandangkan hari nak hujan. Kalau di Bangkok perlu bawa payung pendek untuk cuaca hujan yang sering turun waktu petang pada bulan jun.
Bangkok Bangkok
Ferry Chao Phraya
Kami memilih untuk pulang ke hotel menggunakan ferry menyusuri sungai Chao Phraya. Asalkan anda tahu direction dan tempat stop yang hendak dituju. Bayaran cuma hanya 15 bath sahaja sekali naik boleh stop kat mana-mana stop yang anda suka. So saya dari Wat Pho menaiki ferry ke hentian jetty Mandarin Oriental kerana ia yang paling dekat dengan jalan ke Talai Hotel yang terletak di jalan Thanon Surawong.
Bangkok Bangkok
Talai Suites Hotel
Saya memilih Talai hotel di jalan Thanon Surawong ini kerana ia berdekatan dengan Lorong Patpong yang terkenal dengan Night Market dan juga hiburan. Yang bagusnya Hotel Talai ini ialah ia terletak bertentangan dengan lorong Thanon Thaniya yang menuju ke MRT (BTS Sala Daeng Station). Harga cuma RM156 satu malam. Ada hotel lain yang lebih murah sekitar RM60-100 sekitar lorong Wall Street, lorong Patpong, tapi disebabkan review yang tak berapa baik maka tak jadi saya booking kawasan itu. Jadi sebelum booking baca dahulu komen dan review dari pengunjung sebelum itu. Hotel Talai Suitesini boleh la dikatakan budget hotel. Bilik bersih dan selesa serta signal wifi yang baik. Tiada lif jadi saya minta tinkat paling rendah yang dia ada, huhu dapat tingkat satu ok la kan. Selepas mandi dan tukar pakaian kami mula bergerak ke ASIATIQUE THE RIVERFRONT di jalan Charoen Krung.
Bangkok
ASIATIQUE THE RIVERFRONT
Kami menaiki teksi sahaja kerana tidak jauh dan tambang tidak mahal tak sampai 100 bath. Sebelum naik teksi sila tanya dahulu pakai meter atau tidak, nak jiimat naik teksi yang pakai meter sahaja. Sampai ASIATIQUE THE RIVERFRONT sekitar 8.30pm, Perut dah lapar kami cari tempat makan terlebih dahulu yang halal. Huhuhu memang susah last last jumpA kedai seafood, nasib baik kawan saya tu orang thailand jadi saya suh dia yang bertanya. Kami makan nasi lauk ikan, tomyam campur, dan sayur kangkung. Ok jugak walaupun mahal sedikit.
Bangkok Bangkok
Setelah makan perut dah kenyang apa lagi jalan2 la tengok kawasan sekitar. ASIATIQUE ni asalnya adalah sebuah warehouse yang besar. Tetapi setelah lama terbiar ia dibeli oleh hartawan Chang dan menukarkan tempat ini menjadi ASIATIQUE THE RIVERFRONT sebuat tempat makan dan tarikkan membeli belah dan bersantai di tepi sungai chao phraya. Kawasan ini memang happening ramai orang. Ada kemudahan cruise percuma menyusuri sungai chao phraya, tapi ramai pulang yang beratur nak naik. Sekitar jam 10.30pm kami pulang ke hotel menaiki teksi dengan bayaran cuma 70 bath sahaja.
Bangkok Bangkok
Patpong Night Market
Night market ini memang terkenal di kawasan ini. Macam2 boleh kita beli di sini. Selain Night Market kawasan sekitar penuh dengan tempat berhibur. Ada berbagai2 pertunjukkan dari perempuan, pondan, lesbian dan gay. Tidak digalakkan untuk masuk melihat jika anda tidak pernah masuk ke tempat2 begini. Hasil bacaan blog ramai yang kena tipu supaya berbelanja minum didalamnya. Saya pusing night market ni terasa best pulak. Peniaga2 tidak pulak memaksa kita beli dan tarik tangan kita so kita boleh la shopping dengan aman.

Day 3 : 21/06/2015 Sabtu
Sekitar jam 9.30am saya bergerak ke MRT BTS Sala Daeng Station untuk ke Pasar Chatuchak Weekend Market yang terletak di berhampiran MRT stesen Mo Chit. Tidak susah nak kesana yang penting anda ada peta MRT dan itu sudah cukup untuk jadi panduan. Peta ini boleh diambil di stesen2 MRT.
Bangkok
Pasar Chatuchak Weekend Market
Pasar Chatuchak ni memang antara pasar yang terkenal di Bangkok. Kalau tak pergi tidak sah. Kawasannya besar dan macam2 ada dijual disini. Pelbagai jenis makanan dan juga barangan dijual disi. Saya berjalan pusing2 sehingga jam 3.30pm. Memang tak cukup masa nak melawat satu2 gerai. bagi kaki shopping memang haven la kat sini. Shopping kat sini pun aman kerana tiada yang memaksa kita beli tambahan pula ada ramai polis pelancong disini. Tapi kat sini banyak signboard yang bagi amaran supaya berhati2 dengan penyeluk saku.
Bangkok Bangkok
Dalam banyak2 gerai makan saya hanya terjumpa satu gerai muslim, nama gerai ini Saman Islam, itupun setelah kawan thai saya bertanya pada peniaga. Gerai ini terletak di tengah pasar berdekatan dengan menara jam, saya singgah untuk ambil gambar kedai tu sebagai rujukan akan datang kepada pembaca blog saya. Tengok harga macam mahal sahaja, tapi kalau situ sahaja boleh makan apa boleh buat. Sepinggan hidangan sekitar 200 bath macam RM20 sepinggan. huhuhu mahal tu. Terdapat gerai2 lain di bahagian luar pasar ini tapi kena pandai cari yang halal.

Selesai shopping saya rehat di Taman bersebelahan Pasar Chatuchak, kat sini kita boleh lihat ramai orang duduk bersantai sambil makan makanan yang di beli di pasar. Sekitar jam 4.00pm saya menaiki teksi menuju ke Airport Dang Mueng dengan harga 170 Bath tanpa melalui tol hiway. jika anda kesuntukan masa guna hiway lagi cepat.
Begitulah trip ringkas saya ke Bangkok
Sekian

Tentative

Day 1 : 19/06/2015 Jumaat
10.00am – Berlepas dari KLIA2 ke Bangkok
11.30am – Tiba di Dang Mueng (Waktu Bangkok)
12.00am – Ambil teksi Bermeter ke Hotel Rembrandt Bangkok di Jalan Sukhumvit 18 – 230 Bath
01.00pm – Cek in Hotel
02.00pm – Jalan sekitar Jalan Sukhumvit menuju ke Terminal 21 (Shopping Mall)
07.00pm – Jumpa kawan di Esplanade (Naik MRT)
08.00pm – Makan
08.30pm – Jalan di Night Market di belakang Esplanade (Train Night Market Ratchada)
10.30pm – Pulang ke Hotel dengan MRT

Day 2 : 20/06/2015 Sabtu
09.00am – Tunggu kawan di Terminal 21
10.00am – Tiba di MRT di jemput kawan naik honda Jazz ke Floating Market
10.30am – Tiba di Floating Market Klong Lad Mayom, Taling chan Area, koordinat 13.762042, 100.415927
02.00pm – Grand Palace, Wat Po
05.00pm – Naik Ferry di hujung jalan Thai Wang selepas Wat Po menyusuri Sungai chao phraya ke Hotel – 15 Bath
06.00pm – Turun di jetty Mandarin Oriental dan berjalan ke hotel Talai di Thanon Surawong
08.00pm – Naik Teksi ke ASIATIQUE THE RIVERFRONT di jalan Charoen Krung
08.30pm – Sampai jalan2 cari makan dan bergambar
10.30pm – Naik Teksi ke Hotel – 70 Bath
11.00pm – Shopping di Patpong Night Market

Day 3 : 21/06/2015 Sabtu
09.30am – Naik BTS Sala Daeng Station ke stesen Mo Chit (Chatuchak Weekend Market)
10.00am – Sampai di Chatuchak Weekend Market – Shopping
03.30pm – Rehat di Park Queen Sirikit Park
04.00pm – Naik Teksi ke Airport Dang Mueng – 170 Bath
04.30pm – Sampai Airport

Perbelanjaan

Hotel
Hotel Rembrandt Bangkok (Jalan Sukhumvit 18) : RM295
Hotel Talai Suites (Berdekatan Patpong Night Market) : RM156

Teksi
Airport Dang Mueng – Hotel Rembrandt Bangkok : 230 Bath + 70 Bath tol
Chatuchak Weekend Market – Airport Dang Mueng : 170 Bath (tak ikut hiway)

Ferry
Sungai chao phraya : 15 Bath

MRT
sekitar 20-40 Bath ke sesuatu Station

Tiket Masuk
Grand Palace : 500 Bath – Tapi saya tak masuk istana..kat luar sahaja tengok musium
Wat Pho : 100 Bath free air.
Massage di Wat Pho : 200 Bath 30minit (Full Body Thai Massage)

Floating Market Klong Lad Mayom
Masuk free
Sampan : 20 Bath
Cruise : 60 Bath – tapi saya tak naik.

Tips
Sentiasa membawa pasport semasa berjalan di Bangkok, sebabnya bila2 masa kita boleh di tahan untuk pemeriksaan. Ada juga mat salleh kena tahan dan di minta buat ujian air kencing. Jika kita tak bawa dokumen perjalanan di kuatiri mereka akan menyusahkan kita dan menyebabkan masa travel kita terjejas. Jika di tahan bagi kerjasama tetapi jangan tanda tangan apa2 selagi tidak ada bantuan dari pihak kedutaan.

Sepanjang saya di Bangkok saya tidak ada masalah dengan pihak polis. ini cuma langkah berjaga sahaja.

Makanan halal memang susah nak cari. Memang ada cuma susah nak jumpa jika kita tidak biasa. paling senang jumpa restoran indian. saya senang sebab ada kawan thai yang tolong carikan. kalau yang tiada kenalan harap baca blog lokasi makanan halal.

Posted in Backpacker, Melancong | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »