The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘bagan lalang’

Private Tour Guide

Posted by hamydy on 10, April 2012


Pada 5-8 April 2012 saya jadi Private Tour Guide pada seorang pelancong dari Thailand iaitu Samart Thongkhanan. Beliau berasal dari daerah yang berhampiran dengan Hatyai dan beliau bekerja di Bangkok. Trip ini merupakan kali pertama beliau datang ke Malaysia. Saya telah dihubungi sejak sebulan yang lepas. Pada hari pertama beliau datang sudah petang dan sy berjaya dapatkan sebuah hotel buget dengan harga RM60 satu malam di kawasan Bukit Bintang. hotel tersebut selesa dan ada Aircond serta Tuala, Nama hotel tersebut adalah Sabrina Hotel. Terdapat juga hostel dengan Dorm di kawasan Bukit bintang dengan harga RM30 satu malam.

Pada 6 April 2012 – Beliau jalan sendiri sekitar Kuala Lumpur iaitu KLCC, Bukit Bintang, Pudu Raya dan China Town, Mana kala Batu Cave dan Putrajaya ada CoAgent syarikat beliau iaitu Miss Stella tolong bawakan.

Memandangkan Beliau suka makan makanan laut, maka saya pikir2 yang terdekat dan dan best adalah Bagan lalang. Jadi pada malam 6 April saya pun bawa beliau ke Bagan Lalang sampai sana sekitar jam 12.00tengah malam dan nasib kurang baik restoran tepi muara dan hujung sekali baru sahaja tutup, jadi tak sempat untuk oder. Jadi kami berpindah ke gerai yang pertama di persimpangan jalan untuk makan seafood. Kami makan di restoran Bagan Lalang Sea View, Restoran ni tutup lewat. Setelah selesai makan saya carikan chalet sekitar Pantai Bagan Lalang dan dapat Chalet Family Room dengan harga RM100 satu malam.


Keesokkan harinya 7 April 2012, saya bawa beliau melawat Sepang Gold Cost. Dan sarapan dengan Nasi Lemak, nasi lemak merupakan kali pertama beliau makan. Sepang Gold Cost memang canting dan mengambil sedikit masa untuk dihayati didalamnya.

Ā 

Akan Bersambung……..

Advertisements

Posted in Cuti2 Malaysia, Melancong | Tagged: , , , | 1 Comment »

Bagan Lalang

Posted by hamydy on 26, April 2009

bagan lalang5bagan lalang1bagan lalang3bagan lalang6bagan lalang2bagan lalang4

Pantai Bagan Lalang yang terletak di Sepang sekarang makin popular sejak terbinanya Sepang Gold Cost (Chalet terapung ala2 pokok palma macam kat dubai tu). Pantai bagan lalang ni telah aku terokai sejak 2001 lagi. Tapi masa tu aktiviti utama memancingĀ  danĀ menangkap ketam (masa waktu bulan mengambang penuh dan air surut isi ketam penuh).

Bab mandi ni aku kurang sebab air laut pantai bagan lalang tu tak la cantik sangat. tapi ramai jugak yang mandi manda kat situ. Selain riadah dan memancing kat situ aku selalu jugak makan kat restoran ikan bakar (restoran yang terapung tepi pantai tu)

Perjalanan dari kuala lumpur ke pantai bagan lalang mengambil masa hampirĀ 1 jam.Ā  Ada dua cara untuk kesana, pertama sekali jalan kampung ikut bangi , dengkil, putrajaya…tapi jalanĀ ni aku tak biasa so tak tau la nak terang. Jalan yang selalu aku guna melalui lebuhraya seremban pastu exit nilai, dari nilai terus ke pekan sepangĀ pastu jumpa pekan Sg PelekĀ  pastu baru jumpa simpang ke kiri ke pantai bagan lalang.

Di pantai bagan lalang ni banyak jugak chalet2 murah, hotel Sri Malaysia juga ada. Maklumat chalet belom ada..tengokla bila free nanti aku masukkan.

Posted in Jom Piknik | Tagged: | 6 Comments »

Ikan Bakar Bagan Lalang

Posted by hamydy on 30, January 2008

Restoran ikan bakar ini antara tempat yang aku selalu pegi makan sejak beberapa tahun since 2001 lagi. kat pantai Bagan Lalang Sepang ni ada banyak restoran seafood, tapi Restoran ni lain sikit sebab ia terapung betul2 tepi kuala, cuma satu jer restoran yang terapung kat sini. kalau nak tengok ia terapung semasa air pasang la.kemudahan yang ada kat restoran ni seperti Astro dan toilet. sebelum kita order kita kena pilih dulu ikan , kerang, ketam, sotong, pepahat dan bayak lagi untuk dimasak mengikut citarasa kita. yang paling aku suka ialah pepahat masak pedas.

bab harga aku rasa ok je, taktau la mahal ke murah sebab aku tak pernah pun

cuba restoran lain yang ada kat situ.kawasan pantai bagan lalang sekarang ni dah mula terkenal kerana telah ada banyak projek pembangunan di kawasan itu. antaranya yang paling high class ialah Sepang Goldcost la ala2 chalet terapung pokok

Palma seperti di Dubai.Bagan Lalang ni biasanyak jadi port aku kalau pergi memancing, sama ada memancing di sungai kawasan itu mahupun pergi kekelong Mamod. Dulu berhampiran restoran itu terdapat satu jeti kecil berpondok, ini tempat aku selalu memancing la. nak kata banyak ikan tak la tetapi kekadang tu boleh la dapat ikan kalau air pasang dan kena masanya.

Kalau anda nak cuba makan kat restoran ni pada hujung minggu ada baiknya call dulu dan tempah makanan yang hendak dimakan, sebabnya hujung minggu ramai dan kekadang terpaksa tunggu agak lama, bayangkan kalau datang dari Kuala Lumpur, perjalanan ke sana dah mengambil masa hampir 2 jam, bila sampai perut dah lapar pastu makanan lambat sampai …huuu tersiksa wooo. tapi kalau datang awal dan org tak ramai boleh la pilih2 ikan ker pilih aper ker.

nampaknya itu aje yang dapat aku komen pasai restoran ni ..yang lain tu kena rasa sendiri la…

maklumat lanjut klik links restoran ni www.hmsribagan.com (**links ini sudah tiada** tak tahu kenapa)

Update terbaru : 16 Sept 2009

Blog : http://hmsribagan2.blogspot.com

Website : http://hmsribagan.net/index.html (sudah tiada link ini)

Peta Lokasi : http://hmsribagan.net/lokasi-sribagan.html (sudah tiada link ini)

Menu Masakan (Sila klik untuk besarkan)

menu1

menu2

Galeri Gambar Restoran


Update : 6/12/2010
Nampaknya pemilik blog restoran ini telah jumpa blog saya dan telah meletakkan link blog saya dalam websitenya seperti gambar dibawah ini. TQ

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , , , | 21 Comments »