The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Air Terjun Kolam Abadi’

Gunung Sibayak Medan Indonesia ~ 19 – 21 Julai 2019

Posted by hamydy on 22, July 2019

Gunung Sibayak
Trip gunung Sibayak Medan Indonesia ini saya tidak organize, sebalikknya saya join trip yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi HUKM (MERC). Trip ini diuruskan dari Malaysia oleh NIK AFFANDI dari Sondol Hiker. Trip 3 hari 2 malam ini memang santai dan sedikit adventure. Ground pakej di Medan diuruskan oleh Shah Reza dari agen Ayo Melancong. Peserta 6 orang  sahaja yang terdiri daripada kakitangan HUKM iaitu Farid, Jamil, Nadia, Linda dan Ramli

Info Gunung Sibayak
Gunung Sibayak dengan ketinggia 2,212m (7,257 ft) adalah stratovolcano yang menghadap ke kota Berastagi di utara Sumatra, Indonesia. Walaupun letusan terakhirnya lebih dari satu abad yang lalu, aktiviti geoterma dalam bentuk ventilasi stim dan mata air panas tetap tinggi di sekitar gunung berapi. Terdapat lubang-lubang yang mengeluarkan belerang kristal dan Rembesan gas sulfur.

Day 1 – 19/07/2019 – Jumaat
Penerbangan dari kuala Lumpur jam 10.45am mengambil masa satu jam. Sampai di Airport Kuala Namu Medan jam 10.45am waktu Indonesia kami telah dijemput oleh Nik dan Reza. Dari airport kami langsung terus ke Air Terjun Sipiso Piso Danau Toba. Dalam perjalanan kami singgah makan di Restaurant CINDELARAS, rumah makan ini ada beberapa cawangan dan harga berpatutan murah contohnya Nasi Ayam Penyek cuma berharga 22ribu (RM6.5). Kami juga singgah membeli simkad, telco yang bagus signalnya di cadangkan SIMPATI.

Kami sampai di Air Terjun Sipiso Piso sekitar jam 4.00pm. Disini tiada aktiviti yang kami buat sangat cuma melihat pemandangan dan bergambar dengan Air Terjun Sipiso Piso. Setelah itu kami singgah makan malam di sekitar sebelum bertolak menginap di Grand Orri Hotel & Convention Berastagi. Kawasan Berastagi ini sejuk seperti Genting.

Day 2 – 20/07/2019 – Sabtu
Selepas sarapan pagi di hotel jam 8.00am kami bertolak ke Air Terjun Pelaruga. Perjalanan ke Air Terjun Pelaruga kami akan melalui daerah Gunung Sinabung dimana di kawasan ini kita akan dapat melihat dengan dekat Gunung Sinabung yang masih aktif mengeluarkan asap. Terdapat beberapa kawasan yang cantik untuk bergambar. Tempat wisata Air Terjun Pelaruga ini terkenal dengan beberapa kolam air terjun yang jernih airnya antaranya seperti Air Terjun Kolam ABADI dan Air Terjun Tongkat. Di wisata ini kami menggunakan khidmat 2 orang guide yang disediakan bagi mengawal kesalamatan kami 7 orang semasa berada di air terjun. Kami juga dibekalkan dengan jaket keselamatan. Harga pakej saya tiada info kerana telah termasuk dalam pakej ground. Harga tiket masuk sekitar Rp 30 ribu per orang untuk satu air terjun dan harganya meningkat bergantung kepada bilangan air terjun dan pakej guide. Harga ini juga boleh berubah mengikut masa. Antara aktiviti yang disediakan adalah spot kolam yang sangat jernih seperti kristal dan Body Rafting oleh guide. Aktiviti di air terjun ini secara santai dan puas akan mengambil masa separuh hari dan satu hari, iaitu kita akan pulang petang. Kami selesai dan siap tukar baju pun sudah jam 2.00pm. Seterusnya kami pulang ke Hotel sambil bergambar di kawasan berlatar belakangkan Gunung Sinabung. Kami sampai di pekan Berastagi sekitar jam 5.00pm di bulatan tugu. Sekitar bulatan tersebut ada restoran minang dan kami makan malam disitu sambil jalan2 cari makan sekitarnya. Tiadak lupa juga kami beli bekalan roti buat bekal untuk naik ke Gunung Sibayak.

Day 3 – 21/07/2019 – Ahad
Jam 4.00am kami sudah mula bersiap2 dari hotel. Kami sampai di Pintu Masuk Gunung Sibayak jam 5.00am, selepas membayar tiket masuk kami mula trekking ke Pos Lestari Sibayak sekitar jam 5.25am. Perjalanan ke Pos ini mengambil masa 15-20 minit, kami solat subuh jam 6.00am di surau. Disebabkan cuaca tidak baik, jadi hasrat kami untuk melihat sunrise tidak dapat kerana berkabus dan berawan tebal. Jadi kami tidak perlu terkejar2. Kami lepak santai sambil makan sarapan di Gerai kawasan Station POS Lestari sehingga 6.30am barulah kami mula trekking ke Puncak Sibayak. 30 minit trekking sudah sampai di kawasan Champsite. Kawasan ini anda akan dapat lihat banyak khemah. Kami santai2 melawat dan bergambar dengan lubang yang keluar asap dan gas sulfur. Seterusnya kami bergerak ke Puncak Gunung Sibayak secara santai dan bergambar di kawah gunung berapi dan sampai puncak sekitar jam 8.00am. Terdapat 3 puncak di gunung Sibanyak ini. Jika punya masa yang lama boleh mencuba bergambar disetiap puncak. Kami santai dan lepak di puncak selama 30 minit untuk bergambar dan menghayati pemandangan setelah itu baru beredar turun dan sampai di POS kawalan sekitar jam 9.30am setelah berehat sebentar dan bergambar bersama group malaysia yang lain kami pun turun ke pintu masuk Gunung Sibayak dan sampai sekitar jam 10.00am. Jadi perjalanan turun secara santai dan berhenti bergambar mengambil masa 1jam 30minit.

Kami sampai di hotel Jam 11.00am dan pihak hotel berbesar hati untuk bungkus sarapann pagi untuk kami. Jadi makanan sarapan pagi masih ada :). Kami Cek out jam 12.00 tengah hari dalam misi mencari Durian. Kami mencuba durian kampung medan dengan puas sekali, harga sangat murah sebiji yang besar baru sekitar RM10 sebiji. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Kota Medan. Sampai di kota Medan kami singgah di makan di Restaurant CINDELARAS, setelah selesai makan kami ke kedai Outdoor Eiger untuk shopping barangan outdoor. Kedai Outdoor Eiger ini barangan adalah jenama Indonesia dan famous juga dikalangan peminat dari Malaysia. Seterusnya ada yang ingin membeli ole2 dari medan, jadi kami singgah di kedai kraftangan di Istana Maimun.

Sebelum berangkat ke Airport kami singgah di kedai kek milik abang kepada Reza untuk mencoba kek, Nama kedai kek ini adalah Kedai Medan Napoleon. Ada pelbagai kek dijual disini. Akhirnya kami berkumpul di Airport untuk sesi penutup bersama Reza selaku pengendali agen “Ayo Melancong”. Begitulah trip ringkas santai Sibayak & Kolam Abadi.

Rumusan Trekking
Walaupun Ketinggian Gunung Sibayak (2,212m) ini lebih sedikit ketinggian nya dari Gunung Tahan (2,187m) di Malaysia pendakiannya sangat santai dan tidak susah langsung. Kecuali semasa hendak memanjat ke puncak Sibayak perlu berhati-hati sedikit kerana ada batu yang licin. Kenapa saya cakap mudah kerana kereta dan van boleh naik sampai di Entrance, namakala motosikal boleh naik sehingga ke POS Station.  Dari POS Station jika anda padu dan laju trekking terus tanpa berhenti bergambar, anda boleh sampai ke puncak Sibayak dalam masa 30minit sahaja. Bekalan yang dibawa cuma sebotol air mineral 500ml dan sebiji roti. Pakaian cuma sweater atau wind beaker, glove biasa (Jika menunggu sunrise), penutup muka (Bau sulfur). Boleh berselipar atau sandal tetapi sebaiknya pakailah kasut sport yang tapak tidak licin sebagai keselamatan angkle. Saya lihat ada mat salleh yang bawa anak kecil sekitar umur 5-6 tahun mendaki sibayak ke kawasan kawah.

Sekian

Bagi yang ingin Travel ke Medan boleh menghubungi Shah Reza (Ayo Melancong), atau Nik Appandi bagi pengurusan trip dari Malaysia.

Shah Reza – Agen Ayo Melancong (+6282276425877)
Sedikit info tentang Shah Reza. Khidmat jasa Reza sangat baik. Orangnya ramah dan penuh informasi berkaitan medan dan tour. Beliau sangat menjaga solat dan sentiasa mengingatkan peserta. Seringkali juga belia menjadi imam semasa solat. Bagi yang ingin Travel ke Medan boleh menghubungi Shah Reza (Ayo Melancong). Bagi yang minat adventure atau ingin travel dengan family atau santai2 saya amat mencadangkan beliau. Instagram : Ayo Melancong.

Nik Affandi – Group Sondol Hiker (019-751 5433)
Sedikit info dari Nik Affandi yang saya kenal semasa trip ini. Beliau merupakan pengasas “Group Sondol Hiker”. Beliau banyak open trip2 hiking dan adventure. Apabila saya join trip beliau bayaran dibuat secara ansuran setiap bulan sehingga sebulan sebelum program. Jadi tidak terasa mengeluarkan kos yang banyak. FB : Sondol Hiker

Kos Pakej ini RM450
– Penginapan Hotel 3 hari 2 malam
– Van 11 Seater
– Pakej Sibayak
– Pakej Air Terjum Kolam Abadi

Tips Jimat
Saya lihat ada juga group yang buat sendiri tidak menggunakan khidmat guide dan dapat harga sekitar RM300 seorang. Ini terpulang kepada anda jika anda hendak urus sendiri anda ada pilihan untuk pilih penginapan yang lebih jimat dan juga jenis transport yang sesuai mengikut keselesaan masing2. Jika harga murah tak selesa tidak enjoy jugak kan. Yang penting sesuai dan selesa dengan kehendak anda. Jika masa saya aktif backpacker dahulu memang saya urus sendiri untuk dapat sejimat yang mungkin. Tapi sekarang dengan usia yang semakin meningkat saya pilih yang selesa dan enjoy. Untuk trip ini saya follow saja penganjur tak perlu uruskan apa2.

Gunung Sibayak

Air Terjun Kolam Abadi

Advertisements

Posted in Melancong, Pendakian Gunung | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »