The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for the ‘Kesihatan’ Category

Info2 Kesihatan

Mencari Dana untuk Adik Nurul Afiqah

Posted by hamydy on 6, September 2011


En Idris Mohamad ketika membentangkan Projeknya di dalam Rancangan Sejuta Impian

En Idris Mohamad ketika bersama2 dengan saya mendaki Puncak Gunung Kinabalu pada 22-24 May 2011

Kepada pembaca Blog dan pengunjung Blog saya marilah kita sama2 membantu dan menyokong usaha murni En IDris Mohamad yang berusaha membantu Adik Nurul Atiqah dan pesakit2 lain yang senasib denganya melalui Sejuta Impian yang telah beliau Usahakan. Bantuan boleh dibuat melalui beberapa cara:

Kewangan : Sila layari web www.nurulafiqah.com
Promosi : Copy Post saya ini dan promot di laman blog anda
Hebahan : Buatla hebahan sebanyak yang mungkin di Twitter, FB, dan pelbagai lagi yang mampu anda buat.

Ingatlah anda bukan sahaja membantu Adik Nurul Atikah tetapi mungkin pesakit lain yang senasib dengannya dengan wujudnya Dana ini.

Bantulah dengan Ikhlas

Berikut adalah MSG dari En IDris Mohamad kepada saya
———————————————————————————–

SALAM AIDILFITRI

Tuesday, 6 September, 2011 2:01 AM
From:”IDRIS MOHAMAD” <idris.mohamad72@gmail.com>
To: “abd hamydy” <hamydy@yahoo.com>
As Salam bro Hamydy.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.
Saya ingin meminta kerjasama bro utk promosikan laman web www.nurulafiqah.com di blog bro yg mantop tu hehe …
25/9 Ahad, 9.00 pagi – saya menganjurkan Pertandingan Bowling Amal – Dana Adik Nurul Afiqah (pesakit hati kronik) utk membantu adik ini dan kanak2 yg senasib dengannya. Adik Afiqah memerlukan bantuan perubatan bernilai RM2000.00 (setiap bulan) sepanjang hayatnya.
Semoga setiap usaha yang kita lakukan dapat meringankan beban ahli keluarganya. Ini tidak termasuk bayaran bil hospital pakar sekiranya adik Afiqah mengalami masalah kesihatan yang agak teruk baru2 ini. Salur darahnya pecah dan memerlukan sedikit pembedahan dan bantuan pendermaan darah.
Oh! Ya berbalik kepada Pertandingan Bowling Amal tadi …
20 pasukan (80 peserta) diperlukan. Bayaran RM 50.00 seorg (termasuk jamuan ringan).
Jom Bowling … sambil beramal!
IDRIS MOHAMAD
(Pemidato Mahir Pangkat 2)
Pegawai Perhubungan Awam KPP
+6 019 – 235 2954
Advertisements

Posted in Kesihatan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Bukit Gasing

Posted by hamydy on 2, February 2011



Bukit Gasing
Bukit Gasing atau juga dikenali sebagai Hutan Pendidikan Bukit Gasing terletak di kawasan Petaling Jaya. Hutan Bukit Gasing ini menjadi tarikkan orang ramai yang datang ntuk bersenam. Bentuk muka buminya yang berbukit dan masih seperti hutan asal membuatkan pengunjung dapat berjoging dan trekking dalam masa yang sama. Terdapat juga kawasan yang bertangga. Ini membuatkan latihan kecergasan menjadi sempurna.




Flora dan Fauna
Terdapat pelbagai Tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok hutan, menyebabkan ia sesuai dikenali hutan pendidikan. Terdapat pokok-pokok yang dikenalpasti dan di label nama pokok tersebut dengan nama saintifik.



Haiwan dan Serangga
Haiwan yang ketara dapat dilihat adalah monyet jenis ekor panjang. Terdapat pada beberapa laluan sahaja kumpulan monyet2 ini sering berlepak, jadi kebanyakan laluan anda tidak akan dapat melihat kelibat monyet2 ini. Oleh kerana Bukit Gasing ini adalah hutan jadi anda perlu berwaspada kepada haiwan dan serangga menjalar seperti lipan dan ular. Walaupun tiada kes tapi perlulah waspada dan berhati-hati.

Anda boleh baca entri bukit gasing untuk trail2 lain di entri berikut
1. https://hamydy.wordpress.com/2013/05/26/bukit-gasing-latihan-pre-mt-kinabalu/
2. https://hamydy.wordpress.com/2012/10/11/latihan-pre-kinabalu-bukit-gasing/
3. https://hamydy.wordpress.com/2011/11/27/bukit-gasing-27-nov-2011/
4. https://hamydy.wordpress.com/2011/02/02/bukit-gasing/
5. https://hamydy.wordpress.com/2014/05/04/bukit-gasing-via-pantai-hillpark/

Posted in Kesihatan, Riadah Santai, Sukan | Tagged: | 3 Comments »

Statistik Terkini Pengunjung Blog Saya

Posted by hamydy on 1, December 2010

Saya menghargai kunjungan dan komen2 anda di laman blog saya. semoga saya semakin rajin menulis blog selalu.

terima kasih kepada peminat dan pengunjung blog saya. terima kasih..terima kasih…terima kasih

Posted in Agrotek, Blogroll, Cuti2 Malaysia, Fotografi, Jalan2 Cari Makan, Jom Piknik, Jurnal Kehamilan, Kayak, Kesihatan, Koleksi Buku Lelong, Melancong, Memancing, Multimedia ICT, Pendakian Gunung, Ruangan Perniagaan, Sajak Nusantara | Leave a Comment »

D’tox Enzim dapat kuruskan badan dan buang toksin

Posted by hamydy on 30, March 2010

D’tox Enzim ini sangat berkesan dalam menghilangkan toksin dalam tubuh kita. Ini adalah cara bijak untuk buang toksin dari usus kita dalam masa 24 jam, tanpa mengganggu kehidupan kita sehari-hari. Mengurangkan beban toksin tubuh, menyelesaikan masalah gerakkan usus, meningkatkan keserian kulit dan membuat anda merasa muda semula, meremajakan & kembali bertenaga!

Kelebihan & Kebaikkan
Membuang toksin dan melancarkan pencernaan
Pembuang air besar yang lebih teratur
Menghilangkan bahan berbahaya dari perut
Mengempiskan Perut
Meredakan perut kembung dan gas
Meningkatkan kesihatan, vitalitas dan energi
Menjaga fungsi pencernaan yang sihat
Membantu fungsi organ-organ detoks secara optimum

Efektif
Keputusan cepat dalam waktu 2-4 jam selepas pengambilan
Gerakan halus, tanpa usaha berat

Mudah
Sangat nyaman
Ideal bagi mereka yang sibuk, stres gaya hidup
Tidak ada kawalan diet khusus diperlukan
Bekerja dengan lembut, baik untuk pengambilan berulangan
Cara untuk langsing dan mempromosikan kesejahteraan

Penggunaan
Campurkan 1 sachet D’tox Enzim ke 200ml sejuk atau air suam dan larutkan sebelum minum
Terbaik untuk diminum sepuluh minit selepas makan atau sebelum tidur

Cadangan Untuk Mengurangkan Berat Badan / Slimming
Bulan Pertama : 1 sachet selepas makan malam setiap hari
Bulan Kedua : 1 sachet setiap 2 hingga 3 hari

Untuk Regular Cleansing / Detox
Ambil 1 sachet selepas makan malam setiap 3 hingga 5 hari

Kepada yang berminat dgn produk ini boleh hubungi saya di talian 013 2383464

Pengedar kawasan diperlukan hubungi segera. Komisen hebat menunggu anda, jana pendapatan tambahan secara online.

maklumat lanjut sila layari http://enzyme2u.wordpress.com/product-4-d’tox-enzym/

Posted in Kesihatan, Ruangan Perniagaan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Meningkatkan Kesihatan sambil Menjana Pendapatan

Posted by hamydy on 11, February 2010

Menjana Pendapatan di samping meningkatkan tahap kesihatan bersama

Zymtech Corporation Sdn Bhd.

Perniagaan yang saya maksudkan ialah Zymtech http://www.zymtechworld.com

Perniagaan ini berteraskan teknologi bioteknologi. Menjelang tahun 2010 ini teknologi ini bakal menyaksikan yang industri kesihatan akan menerajui ekonomi dunia, manakala Bidang bioteknologi pula akan menggantikan industri IT dan minyak.

Zymtech ialah sebuah perniagaan yang terlibat secara langsung dalam industri Bioteknologi dan Kesihatan!

Lihatlah peluang yang terbentang luas.

Bagaimana Zymtech bermula?

Kerajaan Malaysia melalui mesyuarat cabinet telah menyedari hakikat bahawa gas dan minyak di Malaysia akan habis, oleh itu Majlis Perundingan Ekonomi Negara II (MAPEN II) telah mencadangkan supaya kerajaan memanipulasi sepenuhnya sumber alam Negara dalam bidang bioteknologi.

Prof Dr Suffian merupakan salah seorang dari ahli MAPEN II dan penasihat kepada banyak Negara mengenai Bioteknologi, beliau merupakan CEO kepada 1st Global Biotech Sdn. Bhd.

” Bioteknologi adalah satu industri yang akan menjadi enjin bagi menjana ekonomi negara”
Menteri Sains &Teknologi D. Dr Maximus Ongkili

Tetapi bioteknologi bukanlah satu industry yang mudah, ianya ialah satu industri berteknologi tinggi. Maka pada tahun 2007, satu deligasi yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak (TPM pada masa itu) dan Menteri Sains danTeknologi (pada masa itu) DS Jamaludin Jarjis telah ke persidangan dan pameran biotek dunia di Boston, USA.

Deligasi ini disertai oleh 9 agensi. 1 darinya ialah agensi swasta iaitu 1st Global biotech. 1st Global Biotech telah berjaya menandatangani satu MOU dengan pakar yang mengetuai kajian enzim didunia iaitu Bioenzyme Biotechnologi dari Taiwan. MOU ini disaksikan sendiri oleh DS Najib Tun Razak.

Berikutan itu kerajaan Malaysia memberikan geran sebanyak RM 20 juta!! kepada 1st Global Biotech kerana kejayaan tersebut. 1st Global biotech kemudianya menubuhkan sebuah anak syarikat yang dinamakan sebagai Zymtech Corporation Sdn Bhd yang bertindak sebagai agen pemasaran produk yang dihasilkan dari kerjasama tersebut.

Lesen AJL baru sahaja diterima pada 9 April 2009
Lihat betapa beruntungna kita kerana menjadi orang terawal dalam sebuah syarikat yang cukup berpotensi tinggi.

Lagi berita yang ingin saya kongsikan dengan rakan2 sekalian ialah, Zymtech menerima RM 5 juta lagi kerana berjaya mengekstrak enzim CoQ10 dari daun tembakau!! Ini telah dapat menyelamatkan industry tembakau yang mana WHO telahpun meminta kerajaan Malaysia menamatkan penanaman tembakau yang banyak di Kelantan dan Terengganu kerana selama ini semuanya digunakan untuk penghasilan rokok. Sekarang para petani tembakau perlu berterima kasih kepada Zymtech!!

Kenapa pilih Zymtech sebagai perniagaan?

1. Zymtech dipimpin oleh orang yang berpengalaman.
CEO Zymtech En. Brandon Lee menerima anugerah CEO terbaik Asia Pasifik 2009/2010.
Brandon Lee juga berpengalaman dalam MLM selama 13 tahun.

2. Bisnes ni baru sangat, ahli baru dalam 600-700 orang.
Ini peluang kita untuk buat duit sebanyak mungkin dalam bisnes yang berpotensi ini.

3. Syarikat ini (1st Global Biotech) mendapat geran dari kerajaan yang tidak perlu dibayar balik, lihat betapa besarnya sokongan kerajaan pada syarikat ini.

4. Produk bermutu tinggi, berteknologi tinggi, tiada saingan, unik, berkesan dan sukar ditiru.

5. Produk ini adalah trend semasa. Ini (enzim)Adalah trend terkini di eropah dan asia timur (japan,korea&taiwan)

Ingat tak dulu…

Saintis mengesyorkan piramid makanan, iaitu :
i. Karbohidrat
ii.lemak
iii. Protin
iv. Air

Kemudianya kajian menemui kita perlukan vitamin, so banyak lah syarikat seperti amway,cosway dan lain2 keluarkan produk multivitamin seperti vitamin a,b,c dan lain2. Kayalah syarikat dan orang yang jual vitamin tersebut.

Tapi sekarang cuba kita nak jual vitamin? orang akan jawab apa barang nak beli semua ada kat pasaraya, guardian dan mana2 farmasi pun boleh dapat.

Kemudian Saintis buat kajian lagi, maka mengesyorlah saintis yang kita memerlukan mineral.. Lihat sampai sekarang air mineral lebih mahal dari minyak. Minyak seliter baru RM 1.80, tetapi mineral water 500ml dah RM 1.50. Lihat jutawan yang dihasilkan dari industry penjualan penapis air yang turut mengeluarkan air mineral.

Tapi sekarang cuba kita nak jual penapis air,susah nak laku,hampir semua rumah dah ada penapis air. Lagi pun masuk je pasar raya, pintu depan lagi orang dah jual penapis air.

Begitu juga lah dengan enzim (enzyme) benda ni bakal jadi trend terkini dan masa depan, kitalah orang terawal, orang yang akan jadi jutawan tu!!. 1st Global biotech ni merupakan syarikat pertama di asia tenggara yang buat R&D dalam bisnes ni..

Cuba anda search di engine pencarian google, cari apa pentingnya enzim pada tubuh badan, apa hebatnya ginseng panak, CoQ10 dan apa itu teknologi MMSFT.

6. Pelan pemasaran dia hebat, unik adil dan menguntungkan.

Konsepnya ialah O.W.N

Online – Bagi saper yg malas keluar rumah dan pandai IT
Whosale – Bagi saper yg rajin menjual, untung sangat tinggi!
Nertworking – Bagi mereka yg rajin dan nampak pendapatan tanpa had!!

OWN ni maksudnya sendiri, so kita boleh pilih jenis mana yang kita nak atau kita buat ketiga-tiganya sekali.

Modal permulaan rendah je, anda akan dibantu oleh MLM Academy dengan OPP,OBP,BYT,BYB, dan NEP.

Bisnes ni bakal meletop dalam masa terdekat ini, skuad Bisnes Sinar Harian telahpun menerbitkan artikel penuh tentang potensi syarikat ini, Komposer yang menaikkan Kumpulan Nasyid Tersohor tanah air, Raihan yang juga komposer yang mengankat kad hijau untuk penyanyi penuh aura Mawi dalam saringan AF, Saudara Iman Wan dan Penyanyi Rock tersohor tanah air Amy Search antara yang telah merebut peluang untuk menjadi orang terawal dalam bines ini.

Zymtech juga telah menaja hadiah untuk program Ewah2 di TV3 dan berbagai majlis lagi. Janganlah bila dah meletop, dah ramai orang, baru anda nak datang dengar, masa tu peluang anda untuk menjadi JUTAWAN agak lambat berbanding dengan mereka yang terawal oleh itu, tenangkan fikiran anda, beri peluang kepada diri anda untuk menerima penjelasan lanjut saya. InsyAllah berbaloi-baloi!!!
(Kredit to Fyrol ikram atas karangan yang cukup hebat ini)

Maklumat lanjut sila layari website berikut : http://enzyme2u.wordpress.com/
Atau hubungi saya di talian Hamydy : 013 2383464
Tak kira dimana saja anda berada.


pengenalan syarikat

pengenalan syarikat2

pengenalan syarikat3

Posted in Kesihatan, Ruangan Perniagaan | Tagged: , , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Coenzim Q10 Meningkatkan Tenaga Batin

Posted by hamydy on 11, February 2010

Apa itu Koenzim Q10? Dan Apakah Manfaat Koenzim Q10?

KOENZIM Q10 (Co Q10) atau ubikuinon merupakan salah satu daripada nutrien yang paling penting dalam badan manusia.

Dr. William Judy, seorang penyelidik perubatan dan pakar yang terkemuka mengenai Co Q10 berkata, ramai orang tidak menyedari bahawa tanpa Co Q10 yang mencukupi, sel-sel, organ-organ, bahkan seluruh sistem badan tidak dapat mengeluarkan cukup tenaga untuk berfungsi dengan baik.

Dr. Karl Folkers, seorang ahli biokimia yang terkenal pula menyifatkannya sebagai penemuan biokimia yang terpenting dalam tempoh empat dekad yang lalu.
Untuk membantu para pembaca mengetahui dengan lebih lanjut mengenai nutrien yang penting ini, kami telah menyediakan beberapa jawapan yang jelas dan mudah difahami mengenai soalan-soalan yang biasa ditanya tentang Co Q10

1.  Apakah Koenzim Q10 (Co Q10)?
Co Q10 ialah sejenis bahan yang menyerupai vitamin dan dijumpai di dalam setiap sel dalam badan. Ia merupakan salah satu daripada nutrien paling penting dalam badan manusia dan juga dalam semua organisma hidup, termasuk tumbuhan dan haiwan.

2.  Mengapakah Co Q10 begitu penting?
Co Q10 adalah penting bagi kesihatan dan daya hidup anda, bahkan untuk hidup itu sendiri. Co Q10 mempunyai dua peranan penting. Pertama, ia memainkan peranan yang kritikal dalam pengeluaran tenaga di dalam setiap sel. Sel dan badan anda memerlukan tenaga untuk berfungsi, dari kegiatan mengepam oleh jantung sehingga ke pernafasan, berjalan mahupun berfikir.

Kedua, Co Q10 juga merupakan sejenis antioksidan yang berkuasa dan dapat mematahkan serangan radikal bebas. Kesihatan yang baik bermula dan dikekalkan dengan sel-sel yang sihat. Tidak ada ancaman lain yang boleh mengancam sel-sel anda dengan lebih serius pada hari ini selain daripada kerosakan yang berpunca daripada radikal bebas.

Radikal bebas merupakan molekul-molekul yang mempunyai kereaktifan yang sangat tinggi, dikeluarkan secara semulajadi di dalam sel-sel anda semasa proses pengoksidaan. Radikal bebas ini menyerang sel-sel badan, membran, bahkan DNA itu sendiri. Apabila sel-sel rosak, maka kesihatan anda akan tergugat, seterusnya mendedahkan anda kepada penyakit-penyakit dan juga mempercepatkan proses penuaan.

3.  Co Q10 memainkan peranan penting
dalam pengeluaran tenaga tetapi di manakah tenaga ini dikeluarkan dalam badan?
Tenaga sebenarnya dikeluarkan di dalam setiap satu daripada bertrilion sel dalam badan. Di dalam setiap sel terdapat banyak mitokondria (loji kuasa) di mana makanan ditukarkan menjadi tenaga dikenali sebagai Adenosine Trifosfat (ATP).

ATP adalah sejenis molekul yang mengandungi tenaga tersimpan, seolah-olah seperti sebuah bateri, yang diperlukan oleh tisu sel dan organ anda untuk berfungsi dengan lancar. Tanpa Co Q10, badan anda tidak dapat mengeluarkan tenaga.

4. Apakah manfaat daripada Co Q10 larut air (hydrosoluble)?

a.  Meningkatkan tenaga dan Daya Hidup
Co Q10 larut air terlibat dalam pengeluaran tenaga di dalam setiap sel. Tenaga yang mampu dikeluarkan oleh Co Q10 bukan sekadar sejenis tenaga yang hanya membolehkan anda berlari ke sana-sini secara fizikal, malahan ia juga menyediakan tenaga yang diperlukan oleh sistem penghadaman untuk memproses makanan, tenaga yang diperlukan oleh jantung anda untuk terus mengepam darah, malahan tenaga yang perlu dibekalkan kepada setiap organ dalam badan agar ia dapat berfungsi dengan sempurna.

b.  Menyokong jantung yang kuat
Jantung memerlukan bekalan tenaga yang paling besar berbanding dengan organ lain dalam badan anda. Otot-otot jantung tidak pernah berhenti bekerja. Untuk kita terus hidup, jantung kita mesti terus mengepam darah dan kegiatan ini memerlukan tenaga dan Co Q10.
Jantung memerlukan sepuluh kali ganda lebih banyak Co Q10 untuk berfungsi secara optimum. Jika jantung mengepam darah dengan baik, maka pernafasan juga menjadi lebih lancar. Tangan dan kaki anda akan berasa lebih kuat, demikian juga minda berasa lebih tajam. Malahan seluruh jiwa raga anda berasa lebih bertenaga.

c. Menyokong Sistem Imuniti
Apabila badan menjadi lebih kuat sehingga ke peringkat setiap sel, begitu juga dengan sistem imuniti anda. Ancaman terhadap sistem imun oleh radikal bebas sebenarnya merupakan serangan terhadap setiap sel anda.
Radikal bebas boleh mengoksidakan atau merosakkan sel-sel jantung, paru-paru, hati, mata, perut, arteri, kulit, payu dara dan organ-organ lain dan boleh menjadi suatu ancaman yang besar terhadap kesihatan. Co Q10 boleh membantu melindungi sel-sel daripada serangan radikal bebas. Hasilnya, sel-sel organ dan badan anda kekal sihat.

d.  Memperlahankan proses penuaan
Satu lagi manfaat yang paling berkuasa daripada Co Q10 ialah apabila ia disertai dengan pemakanan serta gaya hidup yang sihat (seperti senaman), ia dapat membantu anda menangani proses penuaan dengan lebih baik.

5.  Dari manakah badan anda mendapat CoQ10?
Co Q10 dibuat secara semula jadi di dalam hati dan juga oleh setiap sel dalam badan. Biosintesis Co Q10 merupakan proses 17 peringkat yang memerlukan asid amino beserta dengan beberapa jenis vitamin dan mineral surih.

Ia juga dapat dijumpai dalam kebanyakan makanan tetapi dengan jumlah yang lebih kecil. Diketahui bahawa paras Co Q10 dalam badan kita menurun apabila usia kita semakin meningkat. Inilah sebabnya mengapa pakar menasihati mereka yang berusia 30 tahun ke atas supaya mengambil makanan tambahan Co Q10 larut air (hydrosoluble) kerana ia merupakan jenis yang paling mudah diserap ke dalam aliran darah.

Bentuk tradisi suplemen Co Q10 tidak dapat diserap dengan mudah oleh badan (serbuk Co Q10 yang diampaikan dalam minyak soya, dalam kapsul gel lembut, pil-pil yang berasaskan serbuk, kapsul gelatin keras yang diisikan dengan serbuk). Masalahnya ialah saiz zarah Co Q10 adalah sangat besar, tidak larut air serta tidak begitu larut dalam lipid, membuatnya sukar diserap badan anda.

Namun demikian, terdapat satu bentuk Co Q10 yang larut air (hydrosoluble) dan dihasilkan melalui teknologi “Biosolv” yang dipatenkan. Ini dapat mengurangkan saiz zarah Co Q10 dari 25 hingga 70 mikron, kepada kurang dari 0.3 mikron iaitu lebih kecil daripada saiz bakteria!

Oleh itu, ia dapat diserap dengan lebih mudah ke dalam aliran darah. Apa yang tidak dapat diserap ke dalam aliran darah tidak boleh digunakan oleh badan. Dengan mengambil Co Q10 yang larut air, lebih banyak Co Q10 boleh diserap ke dalam aliran darah untuk meningkatkan paras tenaga dalam badan anda.

Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.

Sumber : Utusan Malaysia Online 25 Jan 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

Untuk Maklumat lanjut dan membeli CoQ10 anda boleh lawati laman web berikut : http://enzyme2u.wordpress.com/

CoQ10

Posted in Kesihatan | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Menjaga mitokondria, memelihara kesihatan

Posted by hamydy on 1, January 2010

MITOKONDRIA merupakan ‘kilang tenaga’ sel-sel badan. Lebih daripada 200 jenis penyakit yang diwarisi telah dikaitkan dengan gangguan fungsi mitokondria termasuk kebanyakan penyakit tua seperti penyakit Alzheimer, Parkinson, diabetes, kanser, penyakit jantung dan strok.

Kebanyakan sel mengandungi 200 hingga 5,000 mitokondria. Sel yang mempunyai lebih banyak bilangan mitokondria menghasilkan lebih banyak tenaga. Mitokondria dikenali sebagai ‘kilang tenaga’ bagi sel kerana ia menghasilkan adenosina trifosfat (ATP), iaitu bekalan tenaga biologi yang mengawal kegiatan badan. Semasa muda, mitokondria menghasilkan ATP yang cukup untuk kita kekal aktif.

Apabila usia meningkat, mitokondria kita juga kehilangan bentuk dan struktur, menjadi lebih keras dan menghasilkan tenaga yang kurang. Kekurangan tenaga memberi kesan kepada setiap sel dan sistem organ badan. Apabila sistem imuniti pula terjejas, badan kita akan mudah terdedah kepada jangkitan dan gangguan masalah autoimun seperti rheumatoid artritis.

Kecacatan fungsi mitokondria

Setiap kali mitokondria menghasilkan tenaga, ia juga menghasilkan radikal bebas berbahaya dan harus dihapuskan. Radikal bebas boleh mengakibatkan kerosakan dahsyat kepada setiap bahagian mitokondria termasuk membran dan DNAnya. Membran Mitokondria merupakan kunci bagi penghasilan tenaga. Jika terjadi kerosakan membran, kurang tenaga akan dihasilkan dan toksin yang terkumpul akan merosakkan sel. Jika banyak sel telah dirosakkan, fungsi sistem organ pasti terganggu.

DNA mitokondria (mtDNA) adalah amat mudah terancam oleh radikal bebas yang mempunyai berkaitan dengan proses penuaan. Kerosakan mtDNA dalam otak dipercayai merupakan satu faktor penyakit seperti alzheimer, parkinson dan strok. Kegagalan jantung, iaitu masalah mengepam darah ke seluruh badan, merupakan contoh biasa bagi masalah fungsi mitokondria. Demi mengelakkan kerosakan oleh radikal bebas, sel-sel menggunakan sekumpulan bahan antioksidan, gabungan Asid Lipoik Alfa, Acetyl L-Carnitine dan Koenzim Q10 yang boleh membantu memlihara fungsi dan mengurangkan kerosakan mitokondria oleh radikal bebas.

Mitokondria tidak berfungsi

Sejak masalah fungsi mitokondria diterangkan sekitar 1960-an, bidang perubatan telah mempertingkatkan pemahaman tentang peranan mitokondria dalam kesihatan, penyakit dan penuaan. Berbagai jenis gangguan yang kelihatan tidak berkaitan akhirnya menunjukkan hubungkait dengan kelemahan fungsi mitokondria. Kerosakan mitokondria juga telah dikaitkan sebagai satu penyumbang utama proses penuaan.

– Tanda mitokondria tidak berfungsi termasuk: penyakit jantung dan strok, alzheimer, demensia, parkinson, kanser, diabetes, sawan, tekanan darah tinggi, sakit kepala migrain, paru-paru berlemak (bukan disebabkan alkohol), dan keletihan (termasuk sindrom keletihan kronik, fibromialgia).

Pemeliharaan mitokondria

Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Nutrition mendapati gabungan Asid Alfa Lipoik (ALA) dan Acetyl L-Carnitine (ALCAR) dapat mengurangkan radikal bebas dengan lebih baik berbanding penggunaan keduanya secara berasingan. Gabungan bersinergi ini membantu mengelakkan kerosakan mitokondria dan mengembalikan fungsinya.

– Jantung berdegup sepanjang hayat dan memerlukan jumlah tenaga yang banyak. Oleh kerana mitokondria menghasilkan tenaga, maka tidak hairanlah yang lebih kurang 50 peratus isipadu jantung adalah mitokondria! Jika bilangan mitokondria kurang atau berfungsi dengan lemah, ia akan memberi kesan buruk kepada jantung. Kajian mendapati penggunaan ALA akan menurunkan tekanan oksidatif (kerosakan akibat radikal bebas) secara mendadak dalam jantung. Jika tekanan oksidatif berkurangan, kerosakan mitokondria juga berkurangan.

– Melalui proses penuaan, anda cenderung untuk hilang upaya membakar asid lemak (lemak) untuk mendapatkan tenaga. ALCAR terlibat dalam pengangkutan asid lemak ke dalam mitokondria untuk menukarkannya kepada tenaga. Takat ALCAR menurun mengikut peningkatan usia dan pengangkutan asid lemak menjadi tidak berfungsi dengan baik. Jantung akan kehilangan satu sumber bekalan tenaga utama iaitu lemak. Pengambilan ALCAR dapat meningkatkan pengangkutan dan lebih asid lemak boleh dibawa masuk ke dalam mitokondria agar dipergunakan dengan lebih cekap untuk menyokong fungsi jantung.

– Gabungan ALA dan ALCAR membantu mempertingkatkan prestasi ingatan dan pemikiran di kalangan golongan dewasa. Terdapat bukti bahawa mitokondria dalam otak adalah amat penting dalam fungsi daya ingatan dan pemikiran kerana penghasilan tenaganya dan kesannya ke atas kerosakan akibat radikal bebas. ALA and ALCAR juga boleh melintasi rintangan darah-otak dan dengan itu akan memanfaatkan otak. Masalah fungsi mitokondria berkaitan dengan banyak jenis demensia seperti Alzheimer dan Parkinson.

– Banyak teori mengenai penuaan telah diketengahkan, teori paling menarik perhatian adalah ‘Teori Penuaan Mitokondria’. Teori ini mencadangkan radikal bebas terjadi sebagai hasil sampingan daripada penghasilan tenaga dalam mitokondria yang seterusnya mengakibatkan kerosakan ke atas DNA dan membran mitokondria. Kerosakan yang dibiarkan berlaku dalam jangka masa panjang akan mengurangkan penghasilan tenaga dan memberi kesan buruk kepada fungsi sel dan organ. Kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan usia seperti alzheimer, parkinson, kanser dan kegagalan jantung boleh dikaitkan dengan penurunan penghasilan tenaga.

Koenzim Q10 (Co Q10)

Co Q10 memainkan peranannya dalam fungsi mitokondria dan melengkapi tindakan ALA dan ALCAR:

– Peranan Co Q10 dalam penghasilan ATP telah dibuktikan dengan baik. Tanpa Co Q10 mitokondria tidak boleh menjana tenaga.

– Hanya ALCAR boleh mengangkut asid lemak ke dalam mitokondria untuk dibakar menjadi tenaga oleh Co Q10 dan kedua-duanya berfungsi secara bersinergi untuk mempertingkatkan fungsi mitokondria.

– Co Q10 adalah antioksidan berkuasa. Terletak di mitokondria, tempat di mana radikal bebas dihasilkan, dan terbukti berfaedah dalam mengelak kerosakan kepada membran mitokondria dan mtDNA. Dalam konteks ini, Co Q10 melengkapi tindakan ALA yang juga merupakan antioksidan berkuasa.

Penjagaan mitokondria

Mengambil suplemen yang menggabungkan ALA dan ALCAR ditambah dengan Co Q10 larut air akan membantu mencegah kerosakan mitokondria dan meningkatkan penghasilan tenaga. Kerosakan mitokondria dan gangguan fungsi mitokondria dalam penghasilan tenaga telah dikaitkan dengan banyak jenis penyakit. Oleh demikian, mengambil langkah penjagaan untuk mitokondria adalah peluang terbaik untuk memelihara kesihatan sel, organ dan badan anda sejajar dengan peningkatan usia.

Setiap orang boleh memperolehi faedah daripada pengambilan makanan tambahan kombinasi ALA dan ALCAR bersama-sama dengan tambahan Co Q10 larut air. Golongan berusia 40-an atau yang lebih muda boleh mengalami kesan berfaedah yang ketara. Faedah yang paling biasa dilaporkan adalah pertambahan tenaga sepanjang hari dan kecerdasan mental lebih tinggi.

Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.

Sumber : Utusan

ARKIB : 05/04/2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

Posted in Kesihatan | Tagged: , | Leave a Comment »

CoQ10 dapat mengawal penyakit darah tinggi

Posted by hamydy on 20, November 2009

Sila clik pada gambar untuk membaca saiz sebenar.

Untuk Maklumat lanjut sila layari laman web berikut :
http://enzyme2u.wordpress.com

Posted in Kesihatan, Ruangan Perniagaan | Tagged: , | Leave a Comment »

Royal Jelly Rahsia Awet Muda

Posted by hamydy on 15, August 2008

Royal Jelly – Makanan Kesihatan Semulajadi Paling Berkhasiat

Pengenalan

 

            CNI Lyophilized Royal Jelly diperolehi daripada Dataran Hua Dong, China yang kaya dengan bunga Japanese Pagoda. Ia dihasilkan menerusi teknologi beku kering pada suhu -40ºCuntuk menjamin khsiat semulajadinya tidak terjejas. Ia mengadungi 21 jenis asid amino, unsur asas sintesis protein , 11 jenis unsur surih, 10-hidroksi desenoik, hormon dan enzim, vitamin A,C,D,E dan B kompleks, kalogen, Asetilkolina dan 3% unsur misteri, Faktor R. Ia sesungguhnya antara makanan kesihatan semulajadi yang paling berkhasiat.

 

Apakah Royal Jelly?

 

            Royal Jelly (susu lebah) ialah makanan ratu lebah, sejenis bahan seperti lemak mentega yang berwarna putih dan sedikit masam. Sejak dilahirkan hingga mati, ratu lebah hanyamemakan Royal Jelly yang dihasilkan oleh lebah pekerja. Royal Jelly ialah rembesan dari kelenjar farinks lebah pekerja. Rembesan ini ialah nutrien madu bunga dan debunga yang telah dicernakan oleh lebah pekerja. Pada permulaannya, nutrien tercemar ini akan dialirkan ke kepala lebah pekerja sebelum ke kelenjar farinksnya. Royal Jelly kaya dengan nutrien dan merupakan makanan khas raut lebah. Ia membolehkan ratu lebah mengeluarkan 1,500 biji telur sehari.

 

Kandungan dan Khasiat Royal Jelly

 

            Separuh kandungan Royal Jelly terdiri daripada protein. Protein ialah nutrien yang penting untuk darah, otot, hormon, antibody, kulit, rambut dan sebagainya. Pakar perubatan dari Amerika Syarikat mendapati bahawa Royal Jelly mengandungi sekurang-kurangnya 21 jenis asid amino yang amat diperlukan oleh tubuh manusia. Tubuh manusia terbentuk daripada 80% sel, 6yang akan mati dan dugantikan dengan yang beru selain daripada sel otak dan sel miokardium. Mamandangkan kadar penggantian sel yang begitu tinggi, maka adalah penting untuk kita memperolehi protein dan asid amina bermutu yang terkandung dalam Royal Jelly.

            Kandungan vitamin Kumpulan B dalam Royal Jelly adalah 40 kali lebih tinggi daripada madu. Bitamin B larut dalam air, merangsang penghadaman dan penyerapan protein, lemak dan gula, sekaligus membantu menggalakkan fungsi enzim dan melegakan neuritis(keradangan saraf). Royal Jelly juga mengandungi hormon yang dapat membantu mengawalatur perembesan, memulihkan system saraf autonomic, merangsang metabolisme, mengaktif dan merangsang pertumbuhan semula sel-sel baru agar kelihatan sihat dan berseri. Selain daripada protein, lemak, gula dan pelbagai vitamin, Royal Jelly juga mengandungi nutrien-nutrien lain yang berkhasiat kepada kesihatan tubuh manusia.

 

Nutrien

Khasiat

Asid Amino

Merangsang ‘interbrain’ dan melambatkan penuaan pangsi, diperlukan untuk membentuk protein

10-Hidrosi dekanoik

Anti ulser

Paraparotin

Membina otot dan organ, melambatkan penuaan

Asetilkolin

Merangsang bahagian pinggir otak

Bahan R dan lain-lain

Memulihkan fungsi sel; merangsang metabolisme

Sebatian asid fosforik

Merangsang aktiviti-aktiviti hayat

Zink

Bahan perlu untuk kelenjar seks

Pelbagai vitamin

Memulihkan dan merangsang metabolisme

Zat Galian

Bahantara tisu formatif, meningkatkan sel darah merah.

 

Saranan:

Ø       1 paket sehari sebelum sarapan pagi bersama 1 gelas air “WaterLife”/air masak

Ø       Nota: Jika menghidap gastric pengambilan disarankan selepas makan. Tidak digalakkan mengambil makanan masam atau merokok selepas mengambil Royal Jelly. Dos boleh ditambah untuk tujuan terapi.

Antara Kegunaan Royal Jelly

Dari “Bee Pollen, Royal Jelly, Propolis and Honey”, Hasilan Rita Elkins, M.A.

 

  • Simptom-simpton berkaitan menopause
  • Lemah/ketidakupayaan seks
  • Ketidaksuburan
  • Keletihan
  • Tompokan dan garisan halus pada kulit
  • Penggalak daya imun
  • Jangkitan virus dan bakteria
  • Gangguan sistem endokrin (rembesan).
  • Ketidak seimbangan hormon
  • Penyakit jantung
  • Aras kolesterol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Pengawalan berat badan
  • Kecederaan/kelemahan tulang
  • Tumbesaran terbantut
  • Jangkitan pundi kending
  • Penyembuhan luka
  • Masalah Gastro
  • Masalah sendi-sendi
  • Anemia
  • Keradangan
  • Penyakit hati
  • Barah (Kanser)
  • Arthritis
  • Lemah ingatan
  • Tekanan
  • Serangan rasa cemas atau kerisauan
  • Penyakit Parkinson’s
  • Kencing manis (Diabetes)
  • Lelah/Semput (Asthma)
  • Sokongan anabolic (Atlit )
  • Kelesuan/kelemahan mata
  • Arteriosklerosis
  • Arterosklerosis
  • Kekurangan zat makanan
  • Penggunaan mental yang berlebihan
  • Mononucleosis
  • Ulser
  • Ekzema
  • Impetigo (Bernanah)

Jika anda igin membeli atau mencuba produk kesihatan ini boleh la membeli terus di stokis berhampiran dengan menggunakan no ahli saya seperti berikut

nama : hamydy

No CNI : 877524

 Atau anda boleh mendaftar sebagai ahli terus dengan menggunakan nama dan No saya sebagai UPLINE.

 

Posted in Kesihatan | Tagged: , , | Leave a Comment »