The life journey

Kembara Kehidupan

Bandung Jakarta 4H3M

Posted by hamydy on 20, December 2016

Bandung Jakarta 2016
Bandung Jakarta 4H3M
Trip santai shoping ini telah di rancang sejak tahun lepas lagi 2015 dengan kesempatan promo air asia. Tiket pergi Kuala Lumpur ke Bandung dapat RM74 campur tax dan insuran jadilah RM122, manakala tiket pulang dari Jakarta Kuala Lumpur dapat RM18 campur tax, insuran dan ludgage jadilah RM115. So total RM237 untuk Return. Semua peserta 10 orang dan semua mendapat tiket harga yang sama.

Trip kali ini adalah terdiri daripada peserta rombongan yang sama dari trip yang lepas Jakarta Bandung 2014, cuma tambahan 2 orang peserta baru. Memandangkan ini trip santai shoping sahaja jadi itenarinya tidak banyak ke wisata, cuma ke Kawah Putih sahaja. Berikut adalah kisahnya..

Hari Pertama
Penerbangan Kuala Lumpur ke Bandung seawal jam 6.40am, jadi ada para peserta yang telah datang awal ke KLIA2 sejak jam 3.00am, selebihnya ada yang tiba jam 5.00am. Penerbangan dengan pesawat Air Asia berjalan lancar tiada kelewatan dan tiba di Bandung jam 8.05am waktu Indonesia.

Sampai di Airport sudah ada supir yang tunggu dan jemput iaitu Pak Arofah dan Randy. Kami naik van 12 Seater. Destinasi pertama apabila sampai adalah ke Kawah Putih. Pak Arofah guide dan Randy supir, memang peramah Pak Arofah ni dan tak lokek bercerita tentang Indonesia.

Singah Makan
Kami singgah makan di sebuah restoran masakkan sunda di Rumah Makan Saung Gawit yang terletak sudah hampir dengan Kawah Putih. Restoran suasana kampung dengan binaan restoran ini daripada buluh. Selepas makan barulah kami ke Kawah Putih. Sampai di Pintu masuk beli tiket dan naik ke puncak dengan van sendiri dengan bayaran 600ribu.
Bandung Jakarta 2016 Bandung Jakarta 2016
Dari tempat parking ke dasar kawah putih tidak jauh jalan kaki sekitar 10minit sudah sampai ke dasar dimana terdapat tasik. bau belerang tidak kuat jadi tiada yang memakai mask. setelah bergambar sakan kami pun turun dari Kawah Putih ke entering gate untuk minum teh panas yang diberi percuma.

Setelah selesai melawat kawah putih maka bermula la misi shoopig santai kami. Toko pertama kami singgah apabila sampai di kota bandung adalah toko kain ela namanya D’Fasion. Banggunannya 5 tingkat kalau tak silap saya. Kat sini terdapat pelbagai kain ela yang menarik2, memang ramai juga pengunjung. Dalam group kami tiada yang beli kerana tidak kena dengan citarasa.

Seterusnya kami bergerak pula ke Toko Tiga. Toko ini memang antara yang menjadi sebutan pelancong.

…….bersambung ..Maaf ya… 😦

Tentative

Hari Pertama : Jumaat 11.03.2014
06.40am – Berlepas KL- Bandung
08.05am – Tiba di Bandung
11.00am – Singgah Makan
12.00pm – Tiba Kawah Putih
04.00pm – Toko Kain Ela – D’Fasion
05.00pm – Toko Tiga – Jeans
06.30pm – Collector Parfum Jln Pasirkaliki no 148 – Shooping Perfume bau Ori
09.30pm – Kambing Bakar Cairo – Jalan Cihampelas
11.00pm – Hotel Rorompok Jalan Riau

Hari Kedua : Sabtu 12.03.2014
07.00am – Sarapan di Hotel
08.30am – Naik Angkutan Kota ke Pasar Baru – Charted 1 Angkutan muat 9 orang 50ribu
09.00am – Sampai Pasar baru belom buka – tapi sudah ada beberapa kedai yang buka, masuk juga
01.00pm – Berhenti lunch di Food Court Pasar Baru
03.00pm – Naik Angkutan ke Jalan Cihampelas – Charted 1 Angkutan muat 9 orang 50ribu
04.00pm – Shoping di Jalan Cihampelas
06.00pm – Makan2 di ChiWalk (Cihampelas Walk)
08.00pm – Makan di Kambing Bakar Cairo – Jalan Cihampelas
09.30pm – Hotel Rorompok Jalan Riau

Hari Ketiga : Ahad 13.03.2014
07.00am – Sarapan di Hotel
08.00am – ke Pasar Baru, ada peserta tertinggal barangan shoping di kedai – kedai masih simpan 🙂
09.00am – Bergerak ke Jakarta
12.30pm – Tanah Abang
04.00pm – Thamrin City
07.00pm – Hotel Wisma 9 Jalan Kebun Kacang
09.00pm – Makan di Restoran Sate Senayan
11.00pm – Minum di Hard Rock Cafe Jakarta
12.00pm – Hotel Wisma 9 Jalan Kebun Kacang

Hari Keempat : Isnin 14.03.2014
07.00am – Sarapan di Hotel
08.00am – Dataran Monas
10.00am – Tanah Abang
01.00pm – Pasar Senen – Jam
03.00pm – Magga Dua
04.00pm – Gerak Ke Airport
05.00pm – Sampai Airport
08.25pm – Berlepas pulang ke KL
11.30pm – Sampai Kuala Lumpur

Total Kos
Hotel + Van untuk 4h3m = RM360 seorang
Flight = RM237 Return (KL-Bandung, Jakarta-KL)
Masuk Kawah Putih = 600ribu untuk 9 Orang dengan van sendiri

Supir
Nama : Edi
Tel : +62 853 2089 9973
FB : Cahya Edi Permana

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: