The life journey

Kembara Kehidupan

Nasi Kandar ~ Restoran Kudu Kuala Lumpur

Posted by hamydy on 4, August 2015

Nasi Kandar Kudu
Restoran Nasi kandar Kuala Lumpur
Jalan-jalan cari makan saya kali ini ialah di Restoran Nasi Kandar Kudu Kuala Lumpur. Restoran Nasi Kandar ini antara memang terkenal di kuala lumpur. Keyword yang biasa orang sebut pasal restoran ini adalah “Sedap dan Murah”. Restoran ini telah bertapak sejak sekian lama lagi.
Nasi Kandar Kudu Nasi Kandar Kudu
Katanya dulu-dulu Pelakon terkenal Allahyarham Tan Sri P Ramlee sering singgah makan disini. Kebiasaanya jika anda datang tengahari memang ramai orang dan perlu beratur panjang. Dan makan waktu tengahari lebih sedap kerana semuanya masih panas2 baru masak. Saya mencuba Nasi Kandar 3 lauk iaitu Ayam Goreng, Sotong dan Telur ikan. Tau tak berapa harganya.. cuma RM14 sahaja. Kalau restoran Nasi kandar yang lain kalau 3 lauk macam ni tak dapat la RM14.
Nasi Kandar Kudu Nasi Kandar Kudu
Rasa kuah kari yang di campur2 memang sedap. Restoran nasi kandar Kudu ni saya dapati rasa rempahnya lebih berbanding restoran Nasi kandar yang lain. Nak komen lebih saya tak dapat la, kena datang dan cuba sendiri kerana setiap orang punyai citarasa yang berbeza. Lokasi Restoran ini senang sahaja, ia terletak di tepi jalan bertentangan dengan Tune Hotel Kuala lumpur,  Jalan Tunku Abdul Rahman koordinat 3.160622, 101.697398, Tidak jauh dengan Maju Junction Mall dan QUILL City Mall.
Nasi Kandar Kudu Nasi Kandar Kudu
Foto dari Google Street waktu tengahari.

5 Responses to “Nasi Kandar ~ Restoran Kudu Kuala Lumpur”

  1. ali said

    mmmmrasa macam best
    but tak suka le reramai orang
    gimas
    but must try
    cos … kalau tak sedap gamaknya dapat ikut trip ami D percuma
    huhuh

  2. winnymarch said

    mau nasi kandar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: