The life journey

Kembara Kehidupan

Roti Doll ~ Restoran Mee Sham Alor Setar

Posted by hamydy on 28, July 2015

Roti Doll
Restoran Restoran Mee Sham Alor Setar
Jalan-jalan cari makan kali ini saya singgah di Restoran Mee Sham Alor Setar. Restoran ini memang terkenal di Alor setar dan kawasan sekitar. Port sarapan pagi dan juga minum petang. Lokasi yang terletak di Jalan Pantai Johor berdekatan dengan Taman Jubli Emas Jalan Gangsa dan jalan menuju ke Taman Rekreasi Gunung Keriang. Koordinat 6.176829, 100.355281.
Roti Doll Roti Doll
Roti Doll
Menu yang popular di restoran ini adalah Roti Doll. Sebenarnya Roti Doll ini adalah roti canai + Telur goreng dan kuah kari sambal. Cuma apa yang buat ia kelainan adalah cara hidangan nya. Roti canai ni koyak dan di gengam bulat seperti bentuk doh, seterusnya telur goreng separuh masak diletakkan di atas roti canai dan diletak serbuk lada, kemudiannya kuah di tuang keliling membentuk seperti pulau. Memang sedap dimakan roti ini bila bercampur telur lada dan kuah dalam setiap suapan. Pengunjung patut cuba. Cuna roti canainya biasa sahaja, pada pendapat saya jika roti canai tersebut lembut dan enak, pasti lagi sedap Menu Roti Doll ini. Selain Roti Doll ini, menu lain yang sedap adalah Mee Sham. Mee Goreng ala-ala mamak ni memang sedap jugak.
Roti Doll Roti Doll
Ramai pengunjung kebiasaannya pada sebelah pagi dan petang. Jika ke Alor selain mencari nasi lemak kuning dan nasi lemak Royal, anda boleh la cuba restoran ini.

Sekian

Entri tambahan🙂
Disebabkan ada yang bertanya kepada saya Perbezaan antara Nasi Lemak Royale dan Nasi Lemak Kuning. Harap gambar dibawah ini dapat menjelaskan. Nasi lemak Royale adalah Lauk Nasi Kandar + Nasi Lemak Kuning. Manakala Nasi Lemak Kuning Origenal adalah Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang Lauk Ikan Bilis Telur. Disebabkan dulu2 nasi lemak kuning ni memang sudah terkenal di kedah maka apabila restoran mamak buka mereka menggunakan nasi kuning ini menggantikan nasi kandar biasa.
Roti Doll Roti Doll

Nasi Lemak Royale                                                                  Nasi Lemak Kuning Ori

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: