The life journey

Kembara Kehidupan

Western Food ~ Station 21 Bangsar

Posted by hamydy on 12, January 2015


STATION 21 “STEAK:GRILLED:PASTA”
Jalan-jalan cari makan kali ini membawa saya ke sebuah shop lot medan selera yang menjual masakkan western. Gerai di medan selera yang terletak di Bangsar ini bersebelahan dengan Bangsar Village. Gerai ini selalu saya kunjungi terutama bila teringin hendak makan Lamb Chop.

Nama Gerai ini “STATION 21 STEAK:GRILLED:PASTA”, Terdapat beberapa menu western yang dihidangkan di gerai Station 21 ini. Setiap hujung minggu memang ramai pengunjung yang datang ke gerai ini. ada ketika pengunjung terpaksa menunggu 90 minit untuk mendapat hidangan yang dipesan. Biasanya jika ramai sangat pengunjung masa kita duduk sahaja pelayan gerai akan bagitau yang waktu menunggu sekitar 90 minit jika ramai orang. Jadi kalau sanggup kena la tunggu, tak pun datang awal sekitar 8.00pm.Gerai ini akan ramai sangat orang setiap kali jumaat malam dan sabtu malam. hari2 lain takde la nak kena tunggu sampai 90 minit.

Gerai ini ini beroperasi setiap hari kecuali hari ahad ia tutup. Waktu operasi setakat yang saya tahu malam, siang dan petang tidak pasti sebab tidak pernah datang petang. Sebelah gerai Station 21 ini juga terdapat gerai lain yang jual masakkan goreng-goreng seperti Gerai Senduk Tomyam Seafoad dan gerai minuman.

Saya setiap kali kesini memang menu utama Lamb Chop. Walaupun harga sekitar RM20, tapi saya puas makan kerana rasanya yang sedap dan banyak iaitu 3 keping daging kambing. Selain itu saya juga pernah mencuba chiken Chop dan juga Chiken Grilled. OK juga rasanya. Berkenaan rasa Lamb Chop ini pada lidah saya, saya rasa sedap dan puas.. tidak pasti pada lidah orang lain, jadi kalau nak tau kena rasa sendiri la.

Kawasan Bangsar ini selain Mall Bangsar Village, kawasan sekelilingnya terdapat banyak Pub dan Bar bagi yang kaki minum dan lepak. Selain itu Terdapat beberapa restoran Mamak Seperti Restoran Daun Pisang Devi’s Corner Bangsar (https://hamydy.wordpress.com/2014/01/27/restoran-daun-pisang-devis-corner-bangsar/), Restoran Chawan (https://hamydy.wordpress.com/2012/03/17/restoran-chawan-bangsar/) dan juga Restoran Nasi Kandar Pelita.

Ok Rasanya itu sahaja yang saya dapat kongsikan dengan pembaca.

Sekian

Kemaskini 23/06/2015
Ramai yang call saya semasa bulan puasa tahun 2015, bertanyakan tentang tempahan, ramai yang call nak buat tempahan hmmm😀 , sebenarnya apabila anda google di goole.com akan keluar no tel saya, so ramai yang tidak klik pada pautan entri yang saya tulis berkaitan restoran ini, jadi ramai yang sudah tersalah paham call dan whatsap no saya untuk buat tempahan..begini la yang berlaku setiap kali bulan puasa.. Kebetulan ada salah seorang dari caller yang tersalah call saya selepas itu kongsikan no telefon yang beliau dapat.. terima kasih kepada beliau

berikut adalah contact restoran Station 21 Bangsar

  Contact :
Nama : Station 21
No Tel : 017-889 6460
Email : station21bangsar[@]gmail.com
Waktu Operasi : Isnin – Sabtu (12.00 – 23.00)

2 Responses to “Western Food ~ Station 21 Bangsar”

  1. ali abu said

    hamboi…
    makan aje kerja nye
    but body maintain fit
    tu yang jeles tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: