The life journey

Kembara Kehidupan

Singapore Travel by Bus

Posted by hamydy on 28, December 2014


Entri Singapore Travel by Bus ini saya buatkan khas bagi menjawab pertanyaan dari pembaca blog saya yang banyak bertanya dalam entri-entri Singapore sebelum ini. Mungkin setengah orang kata senang sahaja untuk kesana, tapi bagi yang pertama kali dan ingin travel seorang diri mungkin dia tertanya2 dan mencari maklumat untuk ke Singapore. Oleh itu harap entri ini “Singapore Travel by Bus” ini dapat membantu anda.

Cara untuk ke Singapore
Terdapat beberapa cara untuk ke singapore. Anda boleh memilih cara-cara ini bergantung kepada masa dan buget kewangan anda. Lihat mana yang lebih murah dan senang.

Flight
Jika harga tiket flight murah dan berbaloi dengan buget anda, maka flight lebih mudah dan cepat, Beli return tiket lebih senang dan jimat masa. Saya pernah dapat tiket RM00.00 dari Air Asia cuma bayar airport tax sahaja return sebanyak sekitar RM100. So jimat masa dan Murah.

Kenderaan Peribadi (Kereta dan Motosikal)
Menaiki kereta juga boleh, jika anda bercadang menaiki kereta ke singapore pastikan anda membawa geran kereta. Cuba anda cek syarat dan peraturan, maaf saya tidak pernah menaiki kereta jadi saya tiada pengalaman dan info. Ramai juga yang menaiki motosikal terutama yang bekerja di Singapore.

Keretapi
Menaiki keretapi saya belum pernah cuba, Untuk semak tiket dan beli online anda boleh layari web https://intranet.ktmb.com.my @ http://www.ktmb.com.my/. Anda boleh semak harga tiket dan jenis tempat duduk, jika anda ingin travel malam dan selesa ambil la seat tidur harga tiket sekitar RM40-46, Seat biasa RM34 dan Cabin RM88-139.

Bus
Terdapat beberapa cara untuk ke singapore menaiki bus, anda boleh menaiki bus expres terus ke singapore atau pun ekpress ke Larkin dan kemudiannya masuk singapore menggunakan bus awam. Berikut adalah caranya

Bus Express KL (TBS) – Singapore (Beach Road)
Harga Tiket
KL – Singapore = RM45-50
Singapore – KL = 30-35SGD (RM75-90)
* Return Bus setakat ini tidak boleh di beli di Kaunter TBS

Bus Express KL (TBS) – Johor Bahru (Terminal Bus Larkin)
KL – Larkin = RM35-40
Larkin – KL = RM35-40
* Return Bus boleh dibeli di di Kaunter TBS tetapi tidak semua syarikat bus ada Returns di kaunter TBS, Antara yang ada seperti syarikat Konsartium. Kalau syarikat lain kena beli di kaunter syarikat tersebut. Di TBS ada juga beberapa kaunter syarikat bus yang tidak berkongsi kaunter TBS.

Bus Awam : Terminal Bus Larkin – Singapore (Bugis Bus Terminal)
Larkin – Bugis Bus Terminal = RM2-3 (bergantung kepada Bus, ada 2 syarikat bus SBS dan Singapore Express)
Bugis Bus Terminal – Larkin = 3SGD-3.50SGD (Bergantung kepada syarikat Bus)

Berikut adalah Foto Terminal Bus
 

Terminal Bas Selatan (TBS) Tasik Selatan.
Terdapat beberapa cara untuk membeli tiket di TBS ini. Antaranya kaunter tiket TBS, Kaunter tiket beberapa syarikat bus di TBS, Mesin tiket layan diri dan juga ONline(https://eticketing.tbsbts.com.my @ http://www.tbsbts.com.my) Di TBS ni banyak kemudahan yang ada dan selesa, Terdapat Parking kereta dengan bayaran RM3 sehari, Motel, Restoran, Tandas, Locker simpanan beg RM5 sehari dan juga gerai2.



Terminal Bus Larkin Johor
Terdapat 3 terminal untuk ke Singapore iaitu 12,13,14. Ada yang terus ke Terminal Bugis, Ada yang ke MRT Kranji.
Sampai di Stesen Bus Larkin tunggu Bus SBS Transit, Bus No 170, bus ni paling awal masuk Singapore sekitar jam 5.30am. Bus no 170 ini sampai ke Stesen bus Bugis, dekat dengan Bugis Street dan MRT Bugis. Jika dekat Emigresen anda telah tertinggal bus tak apa, anda naik mana-mana bus dr syarikat yang sama tidak perlu bayar. Kalau di woodland ada bus ke Stesen MRT Kranji, so boleh naik MRRT ke stesyen Bugis. Terminal Bus Larkin ini terdapat kemudahan yang lengkap, ada gerai, restoran, medan selera, Money Changer dan juga tandas awam. Jadi kalau anda sampai awal sekitar jam 4.00am, jangan risau anda selamat dan sedah ada restoran mamak yang sudah buka.



Terminal Bus Bugis (Singapore)
Ini lah Stesen Bus yang berdekatan dengan Stesen MRT Bugis. Terdapat 3 jenis bus di stesen ini, Bus SBS, Causeway Link (Bus Kuning) dan Singapore Johor Express (Bus Merah). So kena tanya betul2 bus yang mana ke Larkin dan yang mana ke JB. Dari stesen bus ni kita jalan dalam 2-3minit jumpa la Stesen MRT Bugis..jalan lagi ke kawasan Bugis Street, kat sini banyak hotel backpacker yang murah.

Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Beach Road Bus Station Singapore
Hanya satu syarikat bus sahaja yang ada perjalanan tengah malam ke TBS iaitu syarikat StarMart Express, Syarikat lain rata-rata ke TBS sekitar jam 3.00pm dan 5.00pm. Tapi kalau anda hendak turun di Time Square KL dan Bukit Bintang memang ada banyak bus tengah malam dari Beach Road di semua kaunter syarikat bus. Bus dari Beach Road Singapore ke TBS KL paling last jam 11.00pm, so saya sampai TBS cepat juga dalam 3.30am sbb bus pulang melalui jambatan kedua Gelang Patah.

Trip Cuti Christmas 2014
Berbalik pada trip saya. Kali ini saya ke USS (Universal Studio Singgapore) menggunakan pengankutan awam sahaja. Saya ambil kesempatan Cuti Christmas. Saya beli tiket dari TBS ke Beach Road Singapore (RM50) Bus Eltabina. Kemudiannya beli bus pulang dari Larkin ke TBS RM38 Bus Konsortium. Kalau beli bus pulang dari Beach Road ke TBS harga lebih mahal sekitar 30-35 SGD bersamaan RM75-95.

Bertolak tepat jam 11.00pm dan sampai di Imigresen JB CIQ jam 3.30am. Cop pasport beg besar tak perlu bawa jika anda naik bus express, tapi kalau naik bus awam setiap kali turun bus anda kena bawa beg la. Bus express biasanya akan tunggu kita. Seterusnya selepas cek pasport naik bus ke Woodland. Sampai di Imigresen Woodland anda kena bawa beg untuk di scan.

Semasa beratur pastikan anda tidak beratus di hadapan warga asing yang memegang dokument visa, jika tidak anda turut lambat. hendak dijadikan cerita saya tidak perasan yang di hadapan saya warga asing yang memegang visa. Bila sudah beratur dan sudah pertengahan baru saya perasan…huhuhuhu jadi la lambat sebab pegawai imigresen tu semak satu2 dokumen orang tu.. akibatnya saya mengambil masa satu jam beratur dan menyebabkan saya tertinggal bus express. So jangan tinggal apa2 dalam bus, sbb anda tidak pasti apa akan berlaku.

so bila dah tertinggal bus, saya pun menunggu bus SBS yang ke MRT Kranji, Saya tunggu juga bus yang ke Terminal Bus Bugis, tapi bus ke MRT Bugis datang dulu so naik la bus ke MRT Kranji. Sampai di MRT Kranji saya naik MRT ke Stesen MRT Bugis.

MRT Bugis ini ada banyak exit antaranya exit di Bugis Juntion, Exit Victoria Street, exit Rochor Road, dan ada exit ke Bus Stop. Tapi semua dekat2 kita perlu tahu exit mana yang dekat dan mudah untuk kita. Saya menginap di Beach Hotel so exit MRT Bus Stop B12 yang dekat🙂. Ikutnya kalau saya tidak terlepas Bus Express masa di Woodland tu saya dah sampai ke Beach Road jalan kaki sahaja ke Beach Hotel. Sampai di MRT Bugis saya pergi ke hotel untuk letak beg dan meneruskan perjalanan ke USS.

Naik MRT Bugis ke Stesen Outram dan tukar train ke Stesen HarbourFront (Vivocity). Beli tiket MRT saya galakkan anda beli pergi balik kerana anda akan jimat masa tidak perlu beratur jika kebetulan ramai orang semasa pulang. Tiket kertas MRT ini boleh digunakan banyak kali dan dapat diskaun jika guna lebih dari 3 kali. Sampai di Vivocity saya makan kenyang2 di medan selera halal dalam vivocity.


Transport dari Vivocity – USS
Terdapat 3 cara untuk ke USS @ Sentosa, iaitu melalui MONorail, Cabel Car dan juga Bus RWS8. Saya suka naik bus kerana tidak perlu beratur panjang dan kekerapan juga banyak. Monorail 4SGD, Bus 2SGD, bayaran pergi sahaja balik free.

USS
Dari parking bus anda perlu naik escalator ke tingkat atas untuk masuk ke USS, Tiket masuk USS ini anda boleh dapatkan dengan beberapa cara, antaranya melalui ONline dan Kaunter. Bole semak website terlebih dahulu kerana kekadang ada promotion yang tidak dijangka. kalau beli online anda tidak perlu beratur panjang tengah panas. Saya kebetulan tidak beli online kali ini jadi saya pun kena beratur, semasa beratur ada promosi membership so saya ke kaunter promosi membership, saya jimat kerana dengan join membership dapat free express tiket untuk 5 atraction (kebetulan ada promosi, sib baik juga tak beli online🙂.

Ini contoh tiket USS yang saya beli dengan promo Membership Card RWSinvites, dapat express tiket untuk 5 Attraction iaitu Jurasic Park, Mummies, Transfomer, Madagascar dan Shrek. Jimat masa dan berbaloi.


Begitula serba sedikit info perjalanan ke USS dengan menaiki BUS.

Perjalanan Pulang dari Singapore
Selepas cekout hotel jam 12.00 tengahari, saya bergerak Terminal Bus Bugis. MRT Bugis ini ada banyak exit antaranya exit di Bugis Juntion, Exit Victoria Street, exit Rochor Road, dan ada exit ke Bus Stop. Tapi semua dekat2 kita perlu tahu exit mana yang dekat dan mudah untuk kita. Saya menginap di Beach Hotel so exit MRT Bus Stop B12 yang dekat🙂. Ikutnya kalau saya tidak terlepas Bus Express masa di Woodland tu saya dah sampai ke Beach Road jalan kaki sahaja ke Beach Hotel.

Saya menunggu bus di Terminal Bus Bugis. Saya tanya juga petugas tiket bus yang mana ke Terminal Larkin, so beratur dan beli tiket bus yang berharga 3SGD. Saya cadangkan anda beratur naik bas Causeway Link (Bus Kuning) sebab saya lihat kekerapan dia lebih berbanding bas lain, cuma harganya mahal sikit iaitu 3.30SGD. Tapi kalau tak ramai org yang beratur, anda pilih bas mana yang sampai dulu la.

Sampai di Woodland selepas cop pasport saya turun ke pakirbas…Ramai pulak yang beratur, konfius pulak saya nak beratur line yang mana masing2 panjang sahaja. kalau hal ini berlaku pada anda pastikan anda ingat syarikat bus yang anda naik so anda cari dan beratur untuk bus tersebut tak perlu bayar. jika anda naik bus syarikat lain anda cuma perlu bayar tambang semula. So saya dapat naik bus dari syarikat yang sama.

Sampai di Larkin makan di Medan selera tingkat atas, banyak pilihan nasi campur. Bus Konsortium jam 4.00pm ampai di TBS sekitar jam 9.00pm. Bayar tiket Parking cuma RM6 sahaja untuk 3 hari, tapi jika ikut jam saya tak sampai pun lagi 3 hari🙂.

Sekian

Tentative Perjalanan

Day 1 : 24.12.2014 : Khamis
11.00pm – TBS Bus ELTABINA

Day 2 : 25.12.2014 : Jumaat
03.45am – Sampai di CIQ JB Cek Pasport
04.15am – Sampai di Woodland Cop Pasport
05.30am – Baru selesai – Kena tinggal Bus ELTABINA sbb lambat sangat, Solat dahulu.
06.00am – Naik bus ke MRT Kranji
06.15am – Naik MRT ke Stesen MRT Bugis
06.45am – Sampai di MRT Bugis exit ke Bugis Junction untuk sarapan di McDonald🙂
07.15am – Bergerak ke Hotel untuk tinggalkan beg, Sampai di Hotel cuci muka dan gosok gigi.
07.45am – Bergerak ke Vivocity
08.30am – Di Vivocity cuci mata dan jejalan, dan makan di Medan Selera Halal
09.00am – Naik tingkat atas kononnya nak naik Monorail, sekali ramai orang pula.
09.15pm – Naik Bus RWS8 2 SGD sahaja.
10.00am – Beli tiket USS dan masuk
09.30pm – Persembahan Bunga Api dalam USS (Acara Penutup)
10.00pm – Beratur menunggu Bus
10.30pm – Naik bus ke Vivocity
10.45pm – Sampai Vivocity terus ke MRT
11.30pm – Sampai ke Hotel

Day 3 : 26.12.2014 : Sabtu
12.00pm – Cek Out
01.00pm – Naik bus ke Woodland
03.00pm – Tiba di Terminal Larkin
04.00pm – Naik Bus ke TBS

Perbelanjaan
Tiket USS = 74 SGD
Bus TBS ke Beach Road Singapore = M50
Bus Larkin ke TBS = RM38
Terminal Bus Bugis ke Larkin = 3SGD
Hotel = 150 SGD

Penginapan Beach Hotel

Beach Hotel ini boleh dikatakan budget hotel juga, sesuai untuk group jika anda datang dengan family 3-4 orang boleh booking family room. Saya booking dalam Booking.com sahaja last minit ini sahaja yang murah dan berdekatan dengan Bugis MRT. Hotel selesa dan ada wifi. OK la untuk satu malam sahaja. Kaunter tingkat 2, so kalau bilik anda tingkat 3, kalau anda masuk lebih muatan pun takde yang cek🙂.

5 Responses to “Singapore Travel by Bus”

  1. winnymarch said

    dulu ke singapura pakai pesawat

  2. Ida said

    Thank you, very helpful..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: