The life journey

Kembara Kehidupan

Bukit Kutu 2014

Posted by hamydy on 12, May 2014

Bukit Kutu
Bukit Kutu
Trip Day Pack ke Bukit Kutu ini saya join event Group BAT (Boarderles Atventure Team) . Kelab outdoor BAT. Trip yang di uruskan oleh Cik Diana dan groupnya berjalan lancar dan baik. Lead pendakian di ketuai oleh Aidil dan Sweeper pula oleh Azman dan runner oleh Rizal. Team BAT cuma mengenakan bayaran RM5 seorang untuk luch dan pengurusan. Trip yang santai ini memang menarik. Trip di sertai seramai 23 orang dari pelbagai latarbelakang. Tahniah kepada Team BAT kerana penganjuran trip yang baik ini.

“Gunung Kutu juga dikenali sebagai Bukit Kutu, kedudukannya berada dalam daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang terletak berhampiran Kampung Pertak, Selangor, Malaysia. Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Trecher’s Hill yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter daripada aras laut. Dahulunya ketika zaman kolonial British puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Perjalanan atau pendakian untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli peretak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang, tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor.  Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran mula dirasai. Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing Bukit Kutu juga banyak menyimpan seribu satu khazanah alam semulajadi yang belum diterokai.Bukit kutu ini juga adalah merupakan tempat peranginan bangsawan-bangsawan British suatu ketika dahulu. Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Kutu”

Sejarah Bukit KUTU
“Bukit Kutu juga dikenali sebagai Bukit Treacher apabila William Hood Treacher menemui tempat ini pada tahun 1893 (New Straits Times 2003). Sir WH Treacher, K.C.M.G. berkhidmat sebagai Residen British di Selangor dari 1892 hingga 1896.
-sumber : http://www.jimmychew.com/Places/Remembering-Bukit-Kutu/

Banglo di puncak Bukit Kutu dipercayai dibina pada 1894 apabila tender untuk mendirikannya dikeluarkan pada 21 Mei 1894. Ini bermakna banglo tersebut sudahpun berusia 119 tahun. Tinjauan S2 di puncak Bukit Kutu pada 25 Ogos 2013 lalu mendapati runtuhan banglo termasuk dinding, cerobong asap, perigi dan tangga masih ada.- Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Laporan_Khas/20130921/lk_02/Upah-pikul-tandu-RM5-seorang © Utusan Melayu (M) Bhd”
Bukit Kutu Bukit Kutu
Berbalik pada trip saya. Kami semua berkumpul di Exit Tol Tanjung Malim pada jam 6.00am. Selesai solat subuh di Tol kami betolak ke Pekan Kuala Kubu Baru. Kami singgah sarapan di Restoran Mamak Fazlina Maju sambil urusetia melaporkan pendakian di Balai Polis. Selesai Sarapan satu taklimat ringkas diberikan oleh Aidil di kawasan Parking. Setelah itu baru kami bertolak ke Kg Pertak untuk ke Bukit Kutu.

Kami bergerak sehingga penghujung jalan yang ada jambatan besi. Disini Parking kereta agak terhad, jadi perlu susun kereta cantik2, Selain yang mendaki ada juga yang datang bercamping dan berkelah di kawasan sungai ini.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Pada jam 8.35am kami semua sudah siap sedia untuk naik. Satu taklimat ringkas diberikan sekali lagi oleh Aidil sebelum sesi pemanasan badan dan bacaan doa.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Perjalanan diawal pendakian tidak susah cuma mendatar sahaja dengan melalui 3 buah sungai, Sungai pertama dan kedua melalui 2 buah jambatan Besi. Jambatan Besi yang pertama masih kukuh dan boleh digunakan Manakala jambatan besi kedua telah roboh dan masih boleh boleh melintas dengan berhati-hati. Setelah 25minit berjalan melepasi jambatan kedua ini kita akan berjalan mendatar di laluan yang luas sehingga jumpa sungai ke tiga yang perlu direntasi. Jadi kat sini perlu buka kasut la jika tidak mahu basah. Kecuali yang pakai sander atau kasut getah adidas kampung😀.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Setelah merentasi sungai ini maka laluan makin sempit dan melalui kawasan hutan. Kita juga akan jumpa sungai kecil jika air tak banyak boleh melangkah sahaja kalau tak kena merentas jugak jika air banyak. Setelah jumpa sungai kecil ini barulah cabaran bermula. Trek mula menaik sehingga 45 darjah. Kesemputan mula terasa bagi yang beginer😀. Dilaluan ini anda akan jumpa satu pokok besar yang sangat berakar. Memang banyak akar dan anda perlu berjalan dan melangkah secara berhati2 untuk mengelakkan kaki terseliuh.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Penanda Cekpoint pun sudah tidak kelihatan. So kami pun tak pasti cekpoin berapa yang kami lalui. Seterunya kami terus mendaki melalui kawasan pokok buluh. Mencabar juga di kawasan pokok buluh ini kerana trek terhalang oleh pokok buluh yang patah dan tumbang. terpaksa membongkok dan merangkak. Laluan trek memang jelas kelihatan. Ada tempat kelihatan ada simpang namun kita ikut tali merah yang ditandakan sahaja.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Pada jam 11.15am kami sampai di kawasan batu besar yang pertama. So bila jumpa batu ini maka anda sudah dekat dengan tempat hentian rehat Kawasan Berbatu Besar cuma berjalan dalam masa 10minit sahaja lagi. Sampai kawasan Berbatu besar ni jam 11.26am, kawasan ini memberikan pemandangan yang menarik. So biasanya disinilah semua pendaki berhenti rehat dan makan. Batu ini sangat besar dan tinggi sehinggakan kita boleh berteduh jika hujan. Kebetulan masa kami mendaki dikatakan musim lebah. Jadi banyak juga lebah yang hinggap pada kita. Jangan di tepuk nanti kena sengat jadi kibas-kibas sahaja. lebah ni mungkin hinggap untuk menjilat air garam peluh kita🙂.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Kami berehat selama lebih kurang 15 minit, sambil makan roti, biskut dan minum air. Tidak ketinggalan sesi bergambar. Trip kami ni santai sahaja jadi kami tidak terkejar masa. Namun kami juga target untuk sampai ke kawasan tinggalan Bunglow lama ini jam 12.00pm. Setelah melalui kawasan batu besar ini kami lagi sekali melalui kawasan pokok buluh. kawasan ini kelihatan pernah terbakar kemungkinan ketika musim kemarau yang lalu.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Bukit Kutu Bukit Kutu
Seterusnya kami sampai di kawasan puncak iaitu kawasan Tinggalan Bunglow lama pada jam 1.00pm. Nampaknya kami telah tersasar satu jam. sampai di kawasan ini kami rehat sambil tunggu peserta yang lain yg sedikit pelahan kerana masalah kekejangan. Di Tapak Bunglow lama ini yang tinggal hanyalah Cimney (Cerobong asap yang masih kukuh, tangga dan serpihan dinding. Terdapat juga telaga besi yang masih kukuh.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Kalau dah sampai ke Bunglow Lama ini bermakna anda sudah sampai puncak, jadi untuk ke Peak anda pelu memanjat Batu menggunakan tangga. Peak batu ini kecik sahaja, cuma boleh naik 2 orang sahaja satu masa. jadi kita kena bergilir-gilir untuk naik. Memang bahaya dan pendaki hendaklah berhati-hati.
Bukit Kutu Bukit Kutu Bukit Kutu
Terdapat 3 tangga yang disediakan. Tangga pertama yang paling tinggi, jika tangga pertama ni tiada rasanya memang susah untuk memanjat batu ini. Kemudian tangga kedua dan ketiga pendek sahaja. Tangga kedua dan ketiga ini terletak diatas batu, tidak kukuh sangat, jagi anda jangan goyang2 kan tangga ini kalau jatuh memang terus kebawah dan bembawa maut. Di Peak batu hanya boleh duduk seorang sahaja, jika berangin di harap anda jangan bangun dan jika hujan juga bahaya sebab licin.

Bukit Kutu
Setelah bergambar di Peak Bukit Kutu, kami turun ke Kawasan Bunglow Lama untuk makan tengahari. Pihak penganjur telah pun masak air dan juga masak sardin untuk di cicah dengan roti sandwich. Stetelah semua siap makan kami pun bersiap2 turun dengan membawa semua sampah yang kami yang hasilkan.

Bukit Kutu Bukit Kutu
Bukit Kutu Bukit Kutu
Menu ringkas ini memang mengenyangkan. Tambahan pula jika ada ada bawa meggi cup, memang terasa lazat saja makan meggi atas gunung tambah lagi jika hujan dan sejuk. Hendak lagi sedap tambahkan meggi anda dengan sardin yang di masak. Pergghh memang terbaik la rasanya kennyang sehingga menjilat magkuk la orang kata.. haha😀

Bukit Kutu
Perjalanan turun lebih cepat dari naik. Kami bertolak turun pada jam 3.45pm dan sampai ke sungai pertama yang kami rentasi pada jam 6.20pm. Sampai si sungai ini ada peserta melepaskan penat dengan mandi dan berendam sambil menunggu peserta lain tiba. Lebih kurang 6.45pm kami semua bergerak ke parking kereta dan pulang menuju destinasi masing2.

Bukit Kutu Bukit Kutu
Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama menjayakan trip Bukit Kutu dan juga ribuan Terima kasih kepada penganjur Team BAT.

Sekian

Tips
– Bole buat daypack tanpa bermalam
– Digalakkan mula pendakian awal iaitu sekitar jam 7.30am
– Bawa Baju Hujan
– Makanan untuk lunch
– Ada pacat jika hujan sebelumnya
– Insect repellent jika perlu untuk elak nyamuk dan lebah
– Pastikan anda sarapan sebelum mendaki, jangan minum yang berangin seperti nescafe
– Bila sampai kat Puncak, kat area Cimney (Cerobong asap) jangan lupa pergi ke belakangnya ada satu trail pendek ke Bunglow Tersembunyi yang masih ada tinggalan dinding dan jendela. Saya terlepas Bunglow ini…huhuhu
Bukit Kutu Bukit Kutu
Sumber Gambar : Blog http://dexxy.net/2011/07/bukit-kutu-revisited/

Tips, Bayaran dan Guide
– Setakat ini tiada bayaran dikenakan
– Permit – Kalau ikutkan jika kita masuk hutan simpan ni kena bayar permit kat Jab Perhutanan, tapi kat sini tiada
– Guide – Tidak perlu guide, tapi anda perlu pergi dengan orang yang biasa pergi untuk keselamatan.
– Sediakan List Nama lengkap dengan IC dan waris untuk lapor diri pada Pejabat polis kat Pekan kuala Kubu Baru

Amaran
– Peak Batu Puncak Bukit Kutu kecil – Perlu Hati-hati jika hendak panjat ke batu, Utamakan keselamatan
– Jangan Buang sampah
– Sila bawa turun sampah yang anda buat

Lokasi : Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia
– Masuk ikut Kampung Pertak (Kampung Moden Orang Asli)- Terus hingga ke sungai.
– Point Mula: 3.572510, 101.738128
– Summit: 3.543263, 101.719998
– Ketinggian : 1053m atas paras laut

Tentatif
Hari Pertama : 10 May 2014 : Sabtu
05.00am – Bergerak dari KL
06.00am – Berkumpul di Exit Tol Tanjung Malim
06.30am – Mula bergerak
07.30am – Tiba Pekan Kuala Kubu Baru
08.00am – Bergerak ke Kampung Pertak
08.24am – Tiba di penghujung jalan – Parking kereta dan Siap sedia
08.35am – Mula bergerak
09.00am – Menyeberangi Sungai
11.23am – Tiba di Batu Sangat Besar
01.00pm – Tiba di Kawasan Tinggalan Bunglow dan rehat tunggu peserta lain
01.30pm – Mula naik ke Peak Bukit Kutu dan Bergambar
02.00pm – Lunch
06.20pm – Tiba di Sungai
06.45pm – Bertolak ke Parking dan pulang.

Gambar Lama Bunglow di Bukit Kutu
Gambar lama ini saya petik dari Blog En SHIEK ENG MENG, Beliau bertuah kerana semasa beliau mendaki beliau telah terserempak dengan Mr Tony Wright yang turut mendaki. Mr Tony Wright adalah merupakan salah seorang cucu kepada pegawai British yang pernah menginap di Bunglow tersebut yang satu masa dahulu yang merupakan rumah peranginan bagi Pegawai-Pegawai British.
Blog En Shiek http://shiekblog.blogspot.com/2011/07/bukit-kutu-interesting-story-from.html.

Gambar dan text dibawah ni saya petik dari Blog En Shiek. Gambar Hitam putih ini pula sumbangan Mr Tony Wright kepada En Shiek.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Bukit Kutu
(Photo contributed by Mr Tony Wright)
Bukit Kutu
Mr Tony Wright (second from right) showing photos to other trekkers at the peak of Bukit Kutu. The old photos of the bungalow created massive interest among the trekkers.
Bukit Kutu
Photo of Tony’s grandmother (sitting) with Sister Sutton (who was working at the sanatorium). You can still find these two big rocks among the overgrown vegetation at the peak of Bukit Kutu.
(Photo contributed by Mr Tony Wright)

3 Responses to “Bukit Kutu 2014”

  1. kak bib said

    Tahniah mydy & the geng.

    • hamydy said

      TQ kak Bib

      Mydy join even group BAT jer ni. Tapi best jugak trek dia. Ingat bila2 nak repeat sbb terlepas bunglow lama tu.

      • kak bib said

        Kok nk pegi lagi akak kena betul2 mantapkn stamina. Kitaorg pon x der yg g kt bungalow tu. Lepak kt atas batu jer. Akak paling last smpi kt batu. Snap photo pas tu mkn2 n turun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: