The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for January 12th, 2014

Memancing ~ Kelong Greenway Pulau Ketam

Posted by hamydy on 12, January 2014

Greenway Pulau Ketam

Trip memancing kali ini membawa saya ke Kelong Greenway Pulau Ketam. http://www.greenway2u.com/
Cara untuk ke pulau ketam dan apa yang ada di pulau tersebut boleh merujuk entri saya yang lepas di https://hamydy.wordpress.com/2013/11/03/pulau-ketam/. Banyak juga yang saya ceritakan tentang pulau ketam, pembaca boleh baca entri ini untuk dapatkan gambaran pulau ketam. Untuk ke kelong ikan greenway ini anda perlu naik speed boat dengan bayaran RM10 sehala. Ferry tidak boleh. Bila anda di jetty anda hanya perlu bertanya pada speed boat mana yang boleh singgah di Kelong Ikan Greenway. Speedboat last jam 6.00pm sama juga dengan ferry. Jika selepas jam 6.00pm speed boat hanya ambil harga carted (sewa satu boat) dengan harga sekitar RM120 satu boat. Jadi pastikan anda tidak lewat dan timming yang betul. Kalau ramai berbaloi, tapi kalau 1-2 org saja kiranya agak mahal la.
Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam
Untuk trip memancing ini saya tidak sampai ke pulau Ketam. Kelong ini terletak berhampiran pulau ketam, jika menaiki ferry atau speed boat ia akan melalui kawasan sangkar ikan. Kelong Greenway ini asalnya adalah sangkar ikan suatu masa dahulu, kemudiannya bertukar menjadi kelong memancing. Jika pembaca membaca blog pemancing yang dulu2 memang kita akan lihat ada gambar sangkar dan ikan yang besar dari sangkar. Tapi sekarang sangkar sudah tiada dan kita memancing bergantung sepenuhnya pada nasih. Kalau dulu bole la curi2 pancing dalam sangkar :).

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam

Kemudahan yang disediakan.
Kelong memancing ini boleh dikatakan selesa dan ada kemudahan asas. Besar dan boleh dibuat aktiviti santai bersama keluarga. Terdapat Tempat memasak, meja, ruang menonton TV, Bilik penginapan, ruang solat dan juga tandas. Makanan yang disediakan cuma megi segera dan air tin, selebihnya pengunjung perlu bawa bahan bekalan sendiri.

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam
Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam
Pakej
Pakej yang disediakan cuma ada dua iaitu bermalam atau harian. Jika bermalam ada disediakan chalet iaitu RM60 satu orang masuk jam 12.00 tengahari dan keluar 12.00 tengahari hari berikutnya. Jika harian masuk jam 8.00am dan keluar jam 4.00pm dengan bayaran cuma RM20 seorang dan tiada penginapan. Tempahan boleh dibuat melalui no contact yang terdapat di laman webnya.

Hasil
Sepanjang malam saya dan kawan2 memancing tak banyak ikan yang kami berjaya naikkan. Ada pari (tuka), Gelama, Ikan Duri, ikan selar, ikan kerapu biasa. Namum dalam masa yang sama ada group lain yang berjaya dan bernasib baik menaikkan ikan merah dan ikan siakap yang berat sekitar 3-4 kilo. Umpan yang digunakan cuma sotong dan ikan kembung dan udang.

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam

Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan.

Sekian

Contact Green Way Kelong

PULAU KETAM GREEN WAY TOUR SERVICE SDN BHD
4, Jalan Merdeka, 42940 Pulau Ketam,
Selangor, Malaysia.
T: (603)3110-5402
F: (603)3110-5402
E: Customer Service
W: greenway2u.com

Contact Person:
Calvin Tan h/p: (012)322-5333
Vincent h/p: (013)361-6668

Pakej Memancing dari Syarikat Green Way
greenway
http://www.greenway2u.com

Posted in Memancing | Tagged: , | Leave a Comment »

Kari Kepala Ikan ~ Bawah Pokok Bangsar

Posted by hamydy on 12, January 2014

Kari Kepala Ikan

Kari Kepala Ikan Bawah Pokok di Bangsar
Jalan-jalan cari makan kali ini membawa saya mencuba kari kepala ikan yang menjadi sebutan ramai. Lokasi kedai makan ini hanya gerai kecil yang terletak dibawah pokok di Bangsar di belakang Banggunan Pasaraya TMC. Kedai makan ini sering disebut2 oleh rakan saya. Jadi kebetulan saya tergerak untuk mencuba makan tengahari kari kepala ikan ini.
Kari Kepala Ikan Kari Kepala Ikan
Adalah dinasihatkan agar anda datang tengah hari sekitar jam 1.00-2.oopm jika lewat kuatir kari kepala ikan ini habis. Saya tiba sekitar jam 1.30pm saya dapati parkir punya la susah, terpaksa pakir jauh sikit, sampai saja tengok dah ramai orang beratur dan dah ramai orang sedang makan. Pelbagai bangsa yang makan kat sini.
Kari Kepala Ikan Kari Kepala Ikan
Rasa kari memang pior kari mamak, so kepada yang suka kari mamak memang sedap la pekena kari kepala ikan ini. Harga bergantung kepada saiz kepala ikan, saya punya harga RM20, hahaha boleh tahan jugak kan. Selain kari kepala ikan ini saya lihat kebanyakkan pengunjung memesan kari kepala ikan bersama ayam goreng dan sotong dan juga sayur toge. Sotong goreng memang sedap jugak. Kepala ikan yang saya makan adalah kepala ikan tenggiri.

Rasanya itu sahaja yang dapat saya ceritakan pasal kari kepala ikan bawah pokok ini. Para pembaca blog saya boleh  lah cuba. Koordinat kedai ini adalah 3.128472, 101.668771

Sekian

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , | 3 Comments »