The life journey

Kembara Kehidupan

Restoran Masakan Arab ~ Al Diafah

Posted by hamydy on 19, November 2013

Al Diafah
Restoran Arab ~ Al Diafah Sri Petaling
Jalan-jalan cari makan saya kali ini singgah di Restoran Makanan Arab. Sudah agak lama saya tidak makan masakan arab. Kebetulan pergi ke Sri Petaling maka saya tergerak untuk mencuba restoran ini. Tak banyak yang saya tahu berkenaan dengan restoran ini. Restoran ini terletak di banggunan lot kedai empat tingkat. Ground Flour merupakan kedai yang menjual barangan dan makanan dari arab milik restoran ini juga. di tinggkat atas (tingkat !) merupakan restorannya, restoran ini besar dan cantik dekorasi arabnya. Memang agak terpesona jika santai makan disini.

Al Diafah Al Diafah

Saya cuma mencuba Lamb Mandy dan Hommus. Lamb Mandi di hidang dengan nasi dan sambal dan acar timun dan tomato, Yang menarik pasal Lamb Mandi ni, isi kambingnya lembut dan terasa sedikit rempah, tak seperti sesetengah Lamb Mandi di tempat lain yang rasa agak tawar, Nasi yang di hidang memang lembut dan berasnya panjang-panjang. Memang kenyang kalau seorang makan. Hommus pula adalah krim yang di hidang dengan 2keping roti arab yang nipis makan dan cicah dengan hommus. Memang sedap.

Al Diafah Al Diafah

komen menu lain saya tak dapat nak berikan kerana saya tak cuba. namun saya mencadangkan restoran ini jika pembaca blog ingin mencuba. Harga boleh tahan mahal jugak. Saya cuba Lamb Mandi dan Hommus pun dah total RM44. Harga minuman juga mahal. Mungkin standard restoran Arab di kawasan ini. Mahal2 pun saya lihat ramai jugak pengunjung cina yang makan selain Pengunjung melayu, india dan pengunjung Arab. Komen saya setakat dua menu yang telah saya cuma boleh saya katakan ia sedap.

Sekian

Contact
Restoran Al Diafah Sri Petaling
no 43&45, Jalan Radin Anum 57000 Sri Petaling
Tel : 03-9059 6237
web : http://www.aldiafah.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: