The life journey

Kembara Kehidupan

Restoran Wadihana Islamic Kitchen Bangi

Posted by hamydy on 25, August 2013

Wadihana
Restoran Wadihana Bangi
Dah lama tak jalan-jalan cari makan dan update dalam blog. Baru-baru ini saya telah dicadangkan rakan saya yang menginap di Bangi untuk mencuba makan malam di sebuah restoran di Bandar Baru Bangi. Restoran Wadihana outlet Bangi, ada dua restoran ditempat yang sama satu di blok depan dan satu di blok belakang. Saya mencuba di Restoran Sajian Wadihana Islamic Kitchen yang terletak di blok belakang. Restoran ini besar jugak dan mengambil ruang dua lot kedai lot tepi.
Wadihana Wadihana
Saya semak menu banyak juga menu menarik, ada harga murah dan ada harga mahal. Tapi masih boleh anggap murah bagi menu2 yang biasa seperti masakan melayu dan cina, tapi kalau makan western harga standard RM10-RM30. Selain itu ada juga masakan Jepun dan Korea. Ramai yang datang ke restoran ini, layanan dan servis juga baik. Saya mencuba makanan Western iaitu Steak Combo yang berharga RM29 dan juga Chiken Chop tak ingat harganya. Errmm rasa memang enak dan kena tekak saya. Saya boleh katakan sedap. Mungkin lain kali saya nak cuba menu lain pulak. Dah lama tak citer pasal jalan-jalan cari makan dah kurang idea nak tulis😀. Kalau tak silap restoran ini pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari makan TV3 yang di hostkan oleh Chee.
Wadihana Wadihana

Berikut adalah Maklumat Restoran Ini ~ Harap tiada yang tersilap call hp saya untuk buat tempahan🙂

Outlet Bangi
Sajian Wadihana Islamic Kitchen
No 2 Jalan Medan Pusat 2C
38 Curve Busines Park
43650 Bandar Baru Bangi Selangor.
Tel : +603 8927 5540

Wadihana Islamic Steakhouse
No 25 Jalan Medan Pusat 2C
38 Curve Busines Park
43650 Bandar Baru Bangi Selangor.
Tel : +603 8926 4546

Outlet KL
Wadihana Islamic Steakhouse
No G-36, PV128 Jalan Genting Klang
Setapak 53300 Kualal Lumpur
Tel : +603 4131 8696

web : http://www.wadihana.org
FB http://www.facebook.com/Wadihana-islamic-kitchen

Wadihana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: