The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for June 15th, 2012

Cuci-Cuci Zoo Negara ~ Volunteer 2012

Posted by hamydy on 15, June 2012


Pic credit to Nazril Yen

Program Cuci-cuci Zoo Malaysia
Program ini berlangsung satu hari suntuk pada 10 Jun 2012. Seramai hampir 80org sukarelawan yang terlibat. Program ini dianjurkan oleh Kelab Cuci-Cuci Malaysia. Iklan tentang program ini dibuat dalam pelbagai hebahan blog, FB dan sebagainya.

Antara group dan kelab yang turut menjayakan program ini seperti Kelab Orang Hutan Malaysia (KOHM), Group AmBank, NGO, Rumah Kasih dan dengan kerjasama Pihak Zoo Negara.

Kami semua mula berkumpul seawal jam 7.30am. Setelah masuk melalui pintu B, kami dieri taklimat dan penyerahan T-Shirt oleh Kelab Cuci-Cuci Malaysia selaku penganjur. Kemudian taklimat diberikan oleh pegawai ZOO Negara. Setelah itu kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mengikut penyelia masing-masing. Antara kandang yang dibersihkan seperti kandang Burung, kandang landak, kandang rusa dan pelbagai lagi. Selain membersihkan kandang aktiviti seperti memberi makan dan penyediaan makan turut diberi peluang kepada sukarela.

Antara kelebihan menjadi sukarela Zoo Negara ini adalah antaranya dapat masuk Zoo percuma, boleh masuk dan pegang haiwan yang jinak dengan lebih dekat dalam kandang dimana pengunjung biasa tak dapat buat. dapat beri makan pada haiwan. Semasa rehat dapat melawat haiwan2 lain. Dan dapat diskaun bagi sesetengah produk jualan yang ada dalam Zoo seperti Madu Lebah.

 

Mengambil gambar semasa dalam kandang, dapur, sangkar adalah dilarang sama sekali oleh penyelia. jadi gambar dari luar sahaja yang ada, itupun diambil oleh salah seorang rakan saya yang menyertai program ini sebagai juru gambar. Dia tidak masuk dalam kandang so dia shoot dari luar menggunakan camera yang power. 😀 Thanks pada Yen.

TENTATIF Seperti Berikut: :

Tarikh : 10/06/2012

07.00am – 08.00am – Berkumpul dan sarapan di perkarangan Zoo Negara
08.00am – Pendaftaran dan briefing oleh Penjaga Zoo
08.15am – 10.00 am – Zoo Clean-Up
10.00am – 10.20am – Rehat
10.20am – 12.00pm – continue Zoo Clean-Up
12.00am – 01.00pm – Makan Tengahari (disediakan)
02.00pm – 04.30pm – continue Zoo Clean-Up
04.45pm – 06.00pm – Amazing Zoo Race

——————————————————————-

NOTA KAKI :

Aktiviti – Membantu Penjaga Zoo menjalankan tugas berikut :
– Memberi makan kpd binatang
– Membersihkankan kandang binatang
– Membantu menanam pokok (jika perlu)
– untuk volunteer, tiket masuk adalah percuma
– min umur peserta is 16 tahun.




Sekian

Advertisements

Posted in Cuti2 Malaysia, Riadah Santai | Tagged: | 2 Comments »