The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Nuang via Janda Baik – Latihan Pre Kinabalu 2012

Posted by hamydy on 7, February 2012

Latihan Hujung Minggu ini melibatkan 4 tempat yang yang betul2 meningkatkan stamina sempena persediaan mendaki gunung kinabalu. Bukit Tabur West, Bukit Tabur East, Batu Cave dan Gunung Nuang melalui Janda Baik. Terima kasih dan tahniah kepada 3 orang peserta Mt Kinabalu iaitu Cik Andrita, Cik Marlina (24-25 Feb 2012) dan En Fahlulhadi (22-24 Aprl 2012). Terima kasih juga kepada rakan2 kelab KOHM dan Rakan2 pendaki yang sama2 turut menjayakan latihan ini.

Latihan ini menggabungkan 3 group kawan-kawan saya. Group Kelab Orang Hutan Malaya (8 orang antaranya Zainol, Jerol, Yus, Syed,kadok dan lagi 3 orang saya lupa nama), Geng Jiwa kacau (Liza, Dina, Ariza dan Kecyx), Group latihan Kinabalu ( Fadlul Hani, Andrita, Marlina dan saya). Group Kelab Orang Hutan Malaya buat Trip Nuang Extreme  sebab mereka naik dari Ponsun menuju ke Peak dan turun ke Janda Baik untuk camping di air terjun Chemperoh janda baik , selepas itu mereka akan tunggu group saya sampai ke esokannya untuk sarapan sama jam 9.00am. Kemudiannya naik semula ke peak sama-sama. Dari Peak mereka akan tunggu separuh lagi ahli group yang naik ke peak dari ponsun untuk turun sama2 ke Kem Lolo untuk champing dan BBQ. Manakala Group saya dari peak turun semula ke janda baik dan terus pulang.

Secara ringkasnya kami gabungkan 3 event di puncak. Group 1 (Kem Lolo – Peak – Janda Baik), Group 2 (Daypack Janda Baik), Group 3 ( Daypack Lolo). Menarik bukan trip kali ini, tak pernah dibuat orang lagi. Idea ini tercetus asalnya Kelab Orang Hutan cadangkan untuk buat Nuang Extreme, tetapi disebabkan  sebahagian ahli tidak dapat memberi komitment untuk trekking dua hari dan mohon buat daypack, maka digabungkan daypack dan bermalam.
Tabur Batu Cave
4 Feb 2012 – Sabtu – Bukit Tabur West, Tabur East dan Batu Cave
Harini saya bawa group latihan Pre Kinabalu untuk buat latihan mendaki di Bukit Tabur West, East dan Batu Cave saya Andrita dan Marlina. Untuk jimat masa semasa mendaki tabur west kami tidak turun ikut kebun, sebaliknya kami turun ikut trek naik dan seterusnya sambung mendaki Tabur East. Selesai mendaki Bukit Tabur East sekitar jam 1.00pm, berehat sekejap seterusnya 2.30pm kami sambung latihan di tangga Batu Cave 3-4 kali naik dan turun. Memang terasa lenguh la kaki tapi untuk latihan kinabalu ia sangat membantu.

5 Feb 2012 – Ahad
Group Kelab Orang Hutan Malaya yang di ketuai  oleh Uncle Zainul membawa 6 orang ahli mendaki sebelah malam dari Ponsun ke Kem Lolo dan seterusnya ke Puncak Nuang dengan memikul ration dan kelengkapan khemah. Setelah tiba di kem lolo mereka meletakkan sebahagian peralatan dan booking pondok khemah di kem lolo (untuk BBQ) seterusnya mendaki ke puncak dan turun ke air terjun Chemperoh janda baik untuk bermalam. Pendakian mereka sangat mencabar kerana mendaki waktu malam. Saya tidak ingat pukul berapa mereka tiba di air terjun Chemperoh janda baik tapi lewat tengah malam jugak la rasanya sekitar 3-4 pagi.

6 Feb 2012 – Isnin – Cuti ganti Maulid Nabi
Group dari janda baik telah plan untuk bertemu di starting point janda baik jam 7.00am. Berdasarkan koordinat yang diperolehi dan juga maklumat tunjuk arah kami berjaya sampai di lokasi sekitar 7.30am juga :). Koordinat : 3.303979, 101.887121 (3°18’14.3″N 101°53’13.6″E), berdekatan dengan Chalet Janda Baik Nuang Homestay. Kebiasaannya pendaki akan parking kereta berdekatan dengan anak sungai. Kawasan tidak la besar sangat. Setelah semuanya sampai dan bersiap sedia dan ada yang bersarapan, sekitar jam 8.20am kami mula trekking.
Tabur Batu Cave
Halangan pertama adalah merentasi sungai, sungai ni agak lebar tetapi cetek sahaja air paras betis sahaja. Kebanyakkan motosikal dan juga truk 4WD selamba je melintas. Selepas melintas baru la kami pakat pakai kasut masing2. Seterusnya kami trekking melalui kawasan kebun yang mendatar tapi menaik. Tidak susah sangat, kalau ada motosikal atau 4WD maka tidak perlu nak trekking laluan ni. Boleh terus sehingga ke air terjun Chemperoh. Setelah hampir 30minit trekking kami sampai di sempadan tanah hutan simpanan sekitar jam 9.00am. Kat sini ada palang dan ada papan tanda Hutan Simpanan Kekal Pahang. Tapi tiada pihak perhutanan yang jaga. Kami melalui pintu masuk ni dan melalui pondok orang asli.
Tabur Batu Cave
Setelah trekking hampir 20minit kami tiba disimpang jalan. Ada dua simpang ke Kiri dan ke Kanan. Untuk ke Air terjun Chemperoh ambil sebelah kiri. Tiada papan tanda disini, kami tahu pun dari info kawan2. Jika menaiki motosikal anda hanya boleh sampai ke simpang ini, saya dapati jalan ini sudah tidak clear kerana terdapat pokok-pokok buluh yang tumbang dan menghalang laluan jadi kena trekking la.
Tabur Batu Cave
Kami tiba di Air terjun Chemperoh sekitar jam 10.15am. Setibanya kami disambut dengan group Orang Hutan Malaya yang sedang packing khemah dan menjemput kami untuk sarapan pagi bersama-sama. Terima kasih kepada Group OHM kerana sudi tunggu kami sehingga jam 10.00am sebabnya janji bertemu jam 9.00am.

Setelah selesai makan dan packing kami mula mendaki ke Puncak Nuang. Part ni memang mencabar kerana dari air terjun ni trek memang pacak sampai ke Puncak Nuang.Kami mula trekking jam 10.50am. Terdapat signboard kecil untuk arah ke puncak. Setelah hampir 30 minit mendaki kami rehat sebentar sekitar jam 11.35am. Kami meneruskan lagi mendaki sehingga bertemu dengan batu besar dan berhenti rehat sekali lagi disini jam 1.35pm. Jika jumpa batu besar ini maka anda sudah hampir dengan puncak. Kami berehat lebih kurang 10 minit dan meneruskan pendakian ke puncak dengan memanjat batu besar ini. Jam 2.10pm kami sampai di puncak Gunung Nuang.
Tabur Batu Cave
Di puncak kami bertemu dengan lagi satu group OHM daypack dari Lolo. So tiga group telah berkumpul untuk makan tengahari bersama. Selepas makan dan berehat jam 3.30pm .kami mula berpecah turun, group OHM turun ke Lolo untuk champing dan BBQ manakala group saya turun ke janda baik untuk pulang.

Kami tiba di Sempadan Hutan Simpan jam 6.50pm, kemudiannya terus trekking hingga ke sungai tempat parking kereta dan sampai jam 7.15pm. sampai disungai ni kami stop basuh kasut yang sudah comot sambil bersihkan badan. Jam 7.30pm kami bertolak pulang dan singgah di RnR genting Sempah untuk mandi dan makan.

Sekian

Ringkasan
Mula : 8.20am
Air terjun Chemperoh : 10.00am
Mula hiking ke puncak : 10.50am
Sampai Puncak : 2.10pm
Mula Turun : 3.30pm
Sampai Parking : 7.15pm

Trekking dari sungai starting point ke air terjun Chemperoh, trek sangat santai dan anda boleh berlari jika hendak speed dan cepat sampai. Trek mula mencabar dari air terjun Chemperoh untuk ke puncak. Trek Pacak.

Saya kongsikan link tulisan dari Cik Andrita : http://andrejournal.blogspot.com/2013/01/day-trip-to-gunung-nuang.html

6 Responses to “Gunung Nuang via Janda Baik – Latihan Pre Kinabalu 2012”

  1. An said

    counting days for kinabalu..nervous2..huhu

  2. M A R said

    tq kat mydy yg byk bg support akhirnye kami smpai puncak…keep in touch…cm nk pi mendaki lg next year… 🙂
    pic2 kinabalu tu copy je la dari FB..

Leave a Reply to M A R Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: