The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Datuk Pendakian Malam 25 Nov 2011

Posted by hamydy on 1, December 2011


Gunung Datuk 25 Nov 2012
Trip Pendakian Malam Gunung Datuk kali ini adalah terdiri seramai 17 orang peserta. Saya dibantu oleh 4 orang rakan dari kelab Orang Hutan Malaya (Yang Berbaju Merah) sebagai guide yang lengkap dengan walkie talkie  pada pendakian malam tersebut. Pendakian ini turut disertai oleh 5 orang peserta Gunung Kinabalu 9-11 Disember 2011. Dan 2 orang pembaca blog saya iaitu En Hezuan dan Cik Zulia.

Seperti biasa sebelum pendakian, sesi taklimat ringkat dan senaman regangan dilakukan. Kami mula bergerak dengan diiringi bacaan doa selamat oleh guide Sweeper (En Syed). Mula mendaki jam 12.30pagi. Tersasar dari jadual asal kerana 4 orang rakan saya tiba lewat disebabkan ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Hezuan (Baju Biru) salah seorang pembaca blog saya yang datang dari Johor Bahru semata2 untuk join Gunung Datuk.

Ditengah berbaju merah rambut panjang adalah Tuan Syed dari OHM.  Kecil2 je orangnya tetapi kuat, beliau membantu saya menjadi salah sorang guide (Sweeper).

Diawal Pendakian sudah ada peserta yang ada masalah kaki. Gambar berikutnya peserta sedang memasang khemah. Pic oleh Hezuan. Tak banyak gambar semasa mendaki malam diambil sbb ketiadaan cahaya. so selepas ini kita layan gambar puncak dan semasa turun sahaja yer.

Puncak

Memang cantik pemandangan di puncak gunung datuk, tambahan pulak cuaca elok dan langit cerah. memang best.

Group Kinabalu 9-11 Dis 2011                                         Group Rabiatul Adawiyah dan anak buah

Group Zulia dari PJ                                                              Inilah Group OHM merangkap Guide

Menurut lagenda ini dikatakan tapak kaki kanan Datuk Panglima Hang Tuah hulubalang Melaka. Beliau dikatakan melompat dari Gunung Ledang dan singgah memijak puncak gunung datuk untuk melompat ke tempat lain. Itu sebab Gunung ini dinamakan Gunung Datuk.

Begini la rupanya jika hendak mendaki kepuncak. amat bahaya dan bergantung pada kekuatan tangga besi yang sudah lama dan karat  dan juga tali yang sudah lama (Bila la pihak yang terbabit nak tukar). gambar diambil ketika peserta hendak turun.  Jadi untuk langkah keselamatan pendaki dikendaki turun satu2 dan perlahan2. Tiupan angin yang kencang juga diambil kira jika hendak turun, jika terlalu kencang sangat bahaya.

Aksi terlarang ini adalah amat bahaya sekali. Peserta dan pembaca blog saya harap jangan di tiru aksi ini. saya buat aksi ini setelah mengambil kira faktor keselamatan, tiupan angin dan sudah stanby rakan2 saya untuk menjaga pendaratan saya.

Base Champ
 
Para pendaki sudah mula bersiap2 mengemas khemah dan buat sarapan. Group zulia kempunan roti gardenia kerana tikus gunung lebih dulu sarapan sebelum mereka sempat sarapan, tapi nasib baik ada bekalan lain yang masih ada.

Sarapan Terbaik Dari Guide Ina,  Sup Cendawan Cicah Roti.  Air Milo Panas dibuat oleh Guide Syed.  Memang sodap.. panas2 makan ketika angin bertiup sejuk dan dingin.

Bergambar Group kenangan, satu dengan banner hamydy.wordpress.com dan lagi satu dengan banner OHM.  Saya jer yang tiada dalam gambar sbb jadi fotografer😀 .

Pendakian turun bermula dengan melalui kawasan Pokok Besar dan Batu Besar. Ramai peserta tertanya2 kawasan inikah mereka lalui semalam sebab dalam gelap langsung tidak perasan kawasan batu besar dan pokok besar ini.

Berhenti rehat dikawasan Cek Point Pondok Roboh. Tempat ini dipanggil pondok roboh kerana dahulunya memang terdapat dua buah pondok yang cantik sebagai tempat berteduh dan rehat. tetapi lama kelamaan pondok ini telah roboh dan tidak dibina baru. Kawasan pondok roboh ini adalah tempat semua pendaki berhenti sekejap sebelum meneruskan perjalanan. Pondok Roboh ni adalah separuh perjalanan atau pertengahan trek. Kebiasaan pendaki yang fit dan sudah biasa cuma akan berhenti sekali sahaja sepanjang perjalanan pendakian disini barulah boleh sampai puncak dalam masa satu jam pendakian. Tetapi kalau bawa biginer yang banyak kali buat hentian maka masa diambil boleh sampai 3 jam perjalanan.

Laluan turun melalui kawasan agak curam menggunakan tali dan kawasan berakar yang memerlukan pendaki berhati2 ketika memijak dan melangkah bagi mengelakkan terseliuh dan jatuh sersepak akar. Kawasan ini jika ramai sedang naik dalam suatu masa boleh jadi lambat.
 
Akhirnya semua pendaki berjaya sampai di kaki gunung di kawasan Tapak Rekreasi gunung Datuk. Kawasan ini ada chalet yang boleh disewa dan merupakan kawasan riada dan mandi manda pengunjung.

Ini adalah antara chalet dan pondok yang boleh digunakan dan disewa di tapak rekreasi gunung datuk.

Keriangan dan kepuasan mendaki terpancar di muka setiap peserta kerana telah berjaya mendaki Gunung Datuk. Semua peserta gembira dan bersalam-salaman sebelum pulang ke destinasi masing2.

Terima kasih semua. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan OHM saya yang sudi membantu menjadi Guide.

Jumpa lagi di Trip seterusnya.

Sebelum tu kita layan dilu pic dari Bro Hezuan

Solat Subuh atas puncak

Layan Sunrise

Berikut adalah Senarai Pendaki Yang Hadir:

1. Zulia Jainon
2. Fatimah Mokhtar
3. Siti Misnizawati Miksun
4. Azurahani Ab Aziz

5. Robiatul Adawiah Ohn
6. Siti Azwan Mohd Aini
7. Aiman Sofiah Razlan
8. Nurul Aiman Ilyani Razlan
9. Mohd Naztil Syah Najib

10. Mohd Hezuan Bachok Ali
11. Noor Faizan Mohamad Azmi
12. Hashim Muda

Guide
13. Abdul Hamydy Abdul Hamid
14. Muhammad Khaidir Hashim
15. Nurul Azlina Omar
16. Syed Ahmad Zulfadhli
17. Mohd Faiz Md Ghagus

Guide
Khidmat Guide tidak disediakan jika anda dalan kuantiti kurang dari 5 orang. Jika anda dalam kumpulan yang besar adalah dinasihatkan untuk mengambil khidmat guide dari mana2 kelab yang biasa membawa orang naik ke Gunung Datuk tambahan lagi jika waktu malam. Khidmat guide yang ada lesen “Natural Guide” biasanya sekitar Rm100-150 sehari. Bagi guide yang tiada lesen Guide ( Orang kampung, pendaki aktif yang sudah banyak kali naik gunung datuk) adalah pada hasil rundingan dan biasanya lebih murah dari Guide yang berlesen.  Bezanya antara Guide Berlesen dan guide tidak berlesen adalah dari segi ilmu hutan. Kalau Guide berlesen mereka perlu melalui pelbagai ujian dan  peperiksaan sebelum lulus dan mendapat lesen guide, mereka mempelajari pelbagai ilmu survivor, ilmu hutan, keselamatan dan lain2 lagi. Guide tak berlesen sebenarnya boleh dipanggil sebagai penunjuk arah, mereka ada lah orang yang selalu dan biasa melalui trek tersebut, mereka juga akan memastikan keselamatan group terjaga dan bergerak dalam kumpulan.

Ini adalah contoh resit dan bayaran yang dikenakan oleh pihak koperasi yang menjaga Taman Reakreasi Gunung Datuk. Boleh call En Rahman (013 2364446) jika ada pertanyaan tentang keadaan cuaca  dan laluan trek sama ada tutup atau buka sebelum anda bercadang untuk kesana.

3 Responses to “Gunung Datuk Pendakian Malam 25 Nov 2011”

  1. zue said

    setuju…. view yg sgt cantik .. terlupa seketika kepancitan semasa nk naik … hehehehe

  2. fyza said

    nak join the next trip…klu ader program/ trip time school holiday sy nk follow

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: