The life journey

Kembara Kehidupan

Bukit Gasing 27 Nov 2011

Posted by hamydy on 27, November 2011


Bukit Gasing
Ahad 27 Nov 2011.7.00am . Sekali lagi sy Jogging+Trekking+Hiking di Bukit Gasing entah kali yang keberapa pun dah tak ingat. Bukit Gasing antara salah sebuat tempat yang yang sering menjadi tumpuan sy dikala hendak joging waktu pagi atau petang. Bukit Gasing ini telah diwartakan sebagai salah sebuah taman rekreasi. Bentuk muka bumi Bukit Gasing ini yang pelbagai bentuk membuatkan kita merasai 3 aktiviti sekaligus iaitu boleh jogging sebab ada laluan trek yang mendatar, boleh trekking kerana ada laluan yang naik dan turun dan seterusnya hiking kerana ada kawasan yang agak tinggi perlu didaki.
 
Bukit Gasing ini amat terkenal dan mendapat kunjungan ramai oleh kebanyakkan Kaum Cina. mungkin kawasan ini majoritinya kaum cina atau mungkin kaum cina lebih suka aktiviti readah kesihatan seperti ini berbanding kaum2 lain. Semasa saya jogging disini boleh dikatakan kalau kaum melayu tu boleh bilang dengan jari sahaja. (Tak ramai).
 
 
Masa Jogging cuma mengambil 30 minit untuk habiskan satu pusingan. Kalau tak fit atau jarang joging mungkin akan ambil masa satu jam, kalau santai2 menikmati pemandangan, bergambar boleh jadi sampai 2 jam. Kawasan Bukit Gasing ini boleh dikatakan masih Dara. Kerana Hutan kecil ini masih belum tercemar dan masih mempunyai pokok-pokok hutan seperti sediakala. Trek laluan jogging telah dibina dengan baik sekali, ada kawasan yang bertangga, ada yang diletakkan batu dan ada trek biasa. Dalam Hutan Bukit Gasing ini terdapat beberapa puncak bukit, Bagi yang suka mencabar dan mendaki mungkin boleh melalui laluan mendaki ke puncak. Bagi yang hanya hendak Jogging mungkin boleh ikut laluan biasa. Terdapat juga laluan yang melalui jambatan gantung. tetapi jambatan ini sy dapati telah uzur dan cabel telah karat. walaupun belum putus tetapi pengunjung di galakkan untuk melalui trek dibawah jambatan ini. Jika anda perasan masih terdapat haiwan seperti monyet yang menghuni hutan Bukit Gasing ini dan masih liar. Oleh itu jangan anda jinakkan monyet ini dengan memberi makanan atau membuang makanan. Laluan Trek adalah bersih dari sampah, harap pengunjung tidak membuang sampah sesuka hati, sebab tiada tong sampah disini.
 
Antara kemudahan yang disediakan di Taman Bukit gasing ini hanyalah pondok dan tempat duduk. Sumber air paip atau Tandas tiada disediakan. Di hutan bukit gasing ini ada anak sungai yang kecil, kekadang kalau kemarau mungkin tiada langsung.
 

Selain itu terdapat sebuat menara pandang dibina disalah sebuah puncak. Menara pandang ini dapat memberikan pemandangan Kuil Hindu di puncak yang ada Pencawang. Kalau tak silap saya ada trek laluan ke puncak kuil tersebut dari bukit gasing tetapi sy tidak pernah cuba pun. Terdapat sebuah Pentas disebelah menara pandang. Pentas ini menjadi tempat singgahan bagi pengunjung melakukan senaman.
 

Cara Hendak ke Bukit Gasing
Mudah sahaja Bukik Gasing terletak dalam daerah Petaling Jaya. kalau dari KL anda akan melalui Federal Higway melepasi LRT Universiti, lepas tu jumpa pintu Gerbang Selangor selepas pintu gerbang tu anda terus himpit kiri dan masuk ke jalan Gasing. Terus sehingga jumpa kedai-kedai ada restoran india kat sebelah kiri simpang dan masuk simpang kiri tersebut terus sehingga hujung dan belok kanan. kemuadian terus dan akan jumpa pintu gerbang Bukit Gasing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: