The life journey

Kembara Kehidupan

Tabur West +Tabur East+ Batu Cave Nov 2011

Posted by hamydy on 13, November 2011

Tabur West

12 Nov 2011. Lagi Bukit Tabur West dan Bukit Tabur East dan juga Batu Cave saya naik lagi cuma selang beberapa minggu sahaja. Kali ini yang special sikit adalah saya mendaki bersama dua orang pembaca blog saya. Lutfi bekerja di Syarikat Felda dan Hawa yang bekerja Swasta, kenalan baru. Mereka berdua dan 3 org lagi sudah buat perancangan untuk ke kinabalu pada Bulan April 2012.


Tebing Curam. kawasan curam ini ada sebuah tali pendek yang digunakan oleh pendaki untu turun dan melalui trek. Kawasan ini kita boleh nampak UIA bunmbung biru. Biasanya ketika melalui laluan curam ini ramai pendaki yang salah langkah dengan menggunakan tali tersebut sepenuhnya untuk menyokong berat badan.. cara ini salah. tali tersebut sebagai sokongan badan untuk imbang. Kenapa tidak boleh gunakan sepenuhnya tali tersebut untuk sokong badan, kerana tali tersebut telah lama dipasang dan kita tidak pasti kekuatan nya. Pernah seorang budak pompuan mati terjatuh disebabkan tali tersebut terputus. Oleh itu sy nasihatkan jika anda melalui kawasan curam ini hendaklah satu tangan memegang batu dan satu tangan pegan tali sebagai sokongan.

Kali ini sebelum menamatkan Bukit Tabur West saya singgah di Puncak Carpet, Jarang naik puncak ni sebab tiada view. kebanyakan pendaki akan terus turun semasa di persimpang antara kebun dan puncak carpet. Keunikan puncak ini adalah kerana ia mempunyai hamparan lumut hijau yang membentuk seperti carpet yang cantik. Namun kadang2 para pendaki yang tidak peka dan sayang keindahan telah merosakkanya dengan duduk di atas carpet tersebut. Pesan saya jika anda hendak pergi ke Puncak carpet ini jangan la beramai2 dan ambil lah turn. Sbbnya jika anda ramai anda kakan duduk di banyak tempat dan menyebabkan carpet ini mati. jika anda pergi ke puncak carpet cuba sebolehnya jgn duduk di atas hamparan carpet tersebut, duduklah diatas laluan trek sahaja.

Tabur East
Ketika menamatkan Tabur West jam sudah 9.00am, Tanpa berhenti kami terus meneruskan perjalanan untuk ke Tabur East. Semasa di laluan kebun turun dari tabur west hujan sudah pun turun renyai2.

Kami merentasi sungai. sungai ini cetek ketika air tidak dilepaskan dari empangan, jika air dilepaskan dari empangan adalah bahaya untuk melintas kerana arus deras. disamping itu juga anda merenah air sehingga paras pinggan. so kalau tidak mahu basah kena pergi keseberang melalui jalan tar dan jambatan.

Air empangan ini jika selepas hujan atau pun selepas air empangan dibuka memang jernih dan terasa hendak mandi. Tetapi awas jika airnya sudah tidak jernih jangan la anda mandi sbbnya air itu dah bertakung  dan menyebabkan ada parasit dan patogen yang boleh menyebabkan kulit anda gatal.

Saya seperti biasa, selepas turun dari Tabur East saya meneruskan perjalanan untuk latihan kaki di Batu Caves. Selepas singgah di Petro station sebelum tiba Batu Cave sy tukar pakaian yang basah kena hujan semasa di Tabur East. Dah mandi wangi2 sy pun terus menaiki tangga batu Cave sebanyak 5 kali naik. pastu terus balik umah rehat.

Batu Caves

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: