The life journey

Kembara Kehidupan

Putrajaya Maritim Club House

Posted by hamydy on 13, September 2011

Pusat sukan air yang terletak berdekatan dengan Hotel Pullman Putrajaya merupakan salah satu lokasi santai yang agak menyamankan minda. Di pusat maritim ini saya dapati kebanyakan mat salleh datang untuk main sukan air iaitu jet ski. Harga yang ditawarkan juga tidak la terlalu mahal bagi yang sekali sekala ingin mencuba.


Dalam Maritim club house terdapat cafeteria. lokasi cun jugak sbb boleh view tasik. bagi pasangan yang ingin berdating, amat sesuai la lokasi ini sbb aman dan tidak ramai orang. Tapi makanan yang dijual ala2 hotel la. kalau ala2 hotel paham2 la harganya pun ala2 hotel jugak la. tapi ok jugak la sesekali makan kat situ. Kat cafe ini ada menu western dan juga goreng2 jugak. Saya mencuba nasi goreng cina, biasa jer tak la power sangat.

Club house ni kalau tak silap saya 3 tingkat, di tingkat pertama ada kolam renang untuk awam. Menariknya kolam renang ni kita boleh lihat view tasik dan tak ramai orang. bayaran yang dikenakan cuma RM5 bagi dewasa dan kanak2 dibawah 3 thn tidak dikenakan. di tingkat 3 pula terdapat Gim. Jadi tempat ini memang sesuai la untuk beriadah hujung minggu sambil rilekkan minda. jika anda bawa ahli keluarga anak pun selesa di kawasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: