The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Nuang April 2011

Posted by hamydy on 10, April 2011

Gunung Nuang merupakan salah sebuah gunung yang terkenal di negeri Selangor. Gunung nuang juga merupakan gunung tempat latihan dan persiapan yang glamour bagi para pendaki yang ingin atau dalam perancangan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Gunung nuang berketinggian 4898 kaki dari paras laut.

Struktur dan muka bumi gunung ini membuatkan ia sesuai sebagai tempat latihan memandangkan trek nya yang mencabar dan menguji daya ketahanan fizikal dan mental. Pendakian ke Gunung Nuang merupakan kali kelima saya mendaki dan kali ke dua sampai kepuncak. Biasanya saya hanya sampai ke kem LOLO sahaja menikmati keindahan alam dan mandi di sungai yang jernih dan segar.

Pendakian bermula seawal pagi sekitar jam 7.00pagi. Group saya kali ini seramai 11 orang. Mengikut perancangan asal kami akan memulakan pendakian pada jam 7.00pagi, namun disebabkan berlaku sedikit masalah teknikal kepada separuh lagi rakan saya semasa dalam perjalanan mereka maka kami agak lewat memulakan pendakian iaitu sekitar 10.45pagi.

 
Memulakan Pendakian, sebelum memulakan pendakian anda dikehendaki untuk melaporkan group anda dibalai polis yang berdekatan. Mudah sahaja Print kan 2 salinan senarai nama berserta ic, no telepon waris, alamat dan tarikh program naik dan turun. Satu salinan diberikan di Balai Polis yang berdekatan iaitu di batu 14 dan satu salinan lagi di pondok renjer semasa membayar permit mendaki. Sekiranya group anda kecil maka anda Cuma perlu mendaftar di buku pendaftaran di pondok renjer semasa membayar permit mendaki. Bayaran permit mendaki yang dikenakan hanya RM1 sahaja dan ia merupakan antara bayaran permit mendaki yang termurah di negeri Selangor.

Untuk membuat pendakian secara ‘day pack’ anda perlulah mengambil kira faktor masa. Untuk Daypack pendaki seharusnya mula mendaki tidak lewat dari jam 7.00pagi atau sekitar jam 6.30pagi. Ini kerana jika anda terlalu lewat memulakan pendakian maka anda akan menghadapi kesukaran kerana terpaksa mendaki turun dalam keadaan gelap kerana telah menjelang malam. Biasanya para pendaki yang melakukan pendakian secara daypack akan turun sekitar jam 4 dan 5 petang sekiranya mereka mula mendaki sekitar jam 7.00pagi.

Setelah kesemua ahli kumpulan saya tiba dan berkumpul, kami mula melakukan repacking barang-barang dan ration (makanan) yang hendak di bawa naik memandangkan kami akan bermalam satu malam di kem LOLO. Repacking ini penting bagi mengagihkan makana dan barang-barang supaya masing-masing dapat sama2 membawa berat makanan dan barang dengan sama rata. Setelah repacking kami tetap buat sedikit taklimat bagi mengingatkan sesame kami, contohnya berhenti rehat, keadaan muka bumi dan kemudahan yang ada sepanjang pendakian. Kaedah ini dapat member sedikit gambaran kepada org yang pertama kali mendaki dan juga kepada mereka yang telah lama tidak mendaki. Kemudiannya kami melakukan sedikit senaman merengangkan badan.

Berikut adalah tentative perjalanan kami

Hari Pertama : 2/4/2011 : Sabtu
07.00 am – Berkumpul di Pondok renjer
10.00 am – Ketibaan ahli kumpulan yang menghadapi masalah dalam perjalanan
10.15 am – Repacking dan agihan makanan dan barangan
10.30 am – Taklimat dan stretching
10.45 am – Memulakan Pendakian
12.28 pm – Tiba di punca air pertama (merentasi sungai)
12.53 pm – Tiba di Kem LoLo..rehat dan makan
02.00 pm – Memulakan pendakian ke puncak
04.00 pm – Tiba di Kem Pacat
05.00 pm – Tiba di Puncak Kasih
05.50 pm – Tiba di Puncak Gunung Nuang
06.30 pm – Mula mendaki turun
09.00 pm – Tiba di kem Lolo …mandi, makan dan berehat

Hari Kedua : 3/4/2011 : Ahad
08.00 am – Mula membuat sarapan
10.00 am – Sarapan beramai-ramai
11.00 am – Mula mengemas dan membersihkan tapak perkhemahan
12.00 pm – mula mendaki turun
02.30 pm – tiba di pokdok renjer ..berkumpul dan daftar keluar

8 Responses to “Gunung Nuang April 2011”

  1. mama hani said

    tahniah! ^v^ Satu kepuasan dapat sampai ke puncak….

  2. suzie said

    bestnyer…sy cuma sampai kt kem lolo jer…huhuhu…..

  3. Hanafi said

    salam..nk tanya..klo utk bermalam kt sana tu perlu:
    – ada permit ?
    – khemah bawa sendiri ?

    TQ

    • hamydy said

      hi hanafi
      Terima kasih komentar di blog saya

      Jika masuk ikut hulu langat main entrance..untuk Permit ambik masa daftar kat entrance
      Khemah pula perlu bawa sendiri, kat kem lolo ada beberapa pondok

      ok harap info ni membantu

      TQ

  4. Hanafi said

    ok thanks..cuma klo nak bermalam tu ada bayaran tambahan ke? or permit masuk rm 1 tu include skali klo nk bermalam?

  5. gondol said

    MEMANG TERBAIK NUANG DLAM KENANGAN KALI PERTAMA MENDAKI GUNUNG ADALAH GUNUNG NUANG SEBELUM JATUH CINTA UNTUK MENDAKI GUNUNG YG LAIN. PENGALAMAN PERTAMA MENDAKI GUNUNG NUANG PADA TAHUN 1998 DAN SEHINGGA KINI MASIH LAGI KE GUNUNG NUANG. TERIMA KASIH MAHYUDIN MAHMUD KERANA MEMPERKENALKAN AKU KEPADA GUNUNG.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: