The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for February 2nd, 2011

Bukit Gasing

Posted by hamydy on 2, February 2011



Bukit Gasing
Bukit Gasing atau juga dikenali sebagai Hutan Pendidikan Bukit Gasing terletak di kawasan Petaling Jaya. Hutan Bukit Gasing ini menjadi tarikkan orang ramai yang datang ntuk bersenam. Bentuk muka buminya yang berbukit dan masih seperti hutan asal membuatkan pengunjung dapat berjoging dan trekking dalam masa yang sama. Terdapat juga kawasan yang bertangga. Ini membuatkan latihan kecergasan menjadi sempurna.




Flora dan Fauna
Terdapat pelbagai Tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok hutan, menyebabkan ia sesuai dikenali hutan pendidikan. Terdapat pokok-pokok yang dikenalpasti dan di label nama pokok tersebut dengan nama saintifik.



Haiwan dan Serangga
Haiwan yang ketara dapat dilihat adalah monyet jenis ekor panjang. Terdapat pada beberapa laluan sahaja kumpulan monyet2 ini sering berlepak, jadi kebanyakan laluan anda tidak akan dapat melihat kelibat monyet2 ini. Oleh kerana Bukit Gasing ini adalah hutan jadi anda perlu berwaspada kepada haiwan dan serangga menjalar seperti lipan dan ular. Walaupun tiada kes tapi perlulah waspada dan berhati-hati.

Anda boleh baca entri bukit gasing untuk trail2 lain di entri berikut
1. https://hamydy.wordpress.com/2013/05/26/bukit-gasing-latihan-pre-mt-kinabalu/
2. https://hamydy.wordpress.com/2012/10/11/latihan-pre-kinabalu-bukit-gasing/
3. https://hamydy.wordpress.com/2011/11/27/bukit-gasing-27-nov-2011/
4. https://hamydy.wordpress.com/2011/02/02/bukit-gasing/
5. https://hamydy.wordpress.com/2014/05/04/bukit-gasing-via-pantai-hillpark/

Advertisements

Posted in Kesihatan, Riadah Santai, Sukan | Tagged: | 3 Comments »