The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for April 26th, 2009

Bagan Lalang

Posted by hamydy on 26, April 2009

bagan lalang5bagan lalang1bagan lalang3bagan lalang6bagan lalang2bagan lalang4

Pantai Bagan Lalang yang terletak di Sepang sekarang makin popular sejak terbinanya Sepang Gold Cost (Chalet terapung ala2 pokok palma macam kat dubai tu). Pantai bagan lalang ni telah aku terokai sejak 2001 lagi. Tapi masa tu aktiviti utama memancing  dan menangkap ketam (masa waktu bulan mengambang penuh dan air surut isi ketam penuh).

Bab mandi ni aku kurang sebab air laut pantai bagan lalang tu tak la cantik sangat. tapi ramai jugak yang mandi manda kat situ. Selain riadah dan memancing kat situ aku selalu jugak makan kat restoran ikan bakar (restoran yang terapung tepi pantai tu)

Perjalanan dari kuala lumpur ke pantai bagan lalang mengambil masa hampir 1 jam.  Ada dua cara untuk kesana, pertama sekali jalan kampung ikut bangi , dengkil, putrajaya…tapi jalan ni aku tak biasa so tak tau la nak terang. Jalan yang selalu aku guna melalui lebuhraya seremban pastu exit nilai, dari nilai terus ke pekan sepang pastu jumpa pekan Sg Pelek  pastu baru jumpa simpang ke kiri ke pantai bagan lalang.

Di pantai bagan lalang ni banyak jugak chalet2 murah, hotel Sri Malaysia juga ada. Maklumat chalet belom ada..tengokla bila free nanti aku masukkan.

Posted in Jom Piknik | Tagged: | 6 Comments »