The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for April 20th, 2009

Sungai Gabai

Posted by hamydy on 20, April 2009

gabai6gabai5p4110149gabai

Kawasan bahagian atas Air Terjun Sg Gabai (letih jugak naik tangga sambil bawa semua barang tu)

Dengan rakan Msc berkelah sempena sem akhir pada 11 April 2009

Air terjun Sg Gabai ini ada 2 kawasan yang selalu dikunjungi orang ramai. Bahagain bawah dan bahagian atas. Jika bahagian atas, terpaksa menaiki anak tangga yang agak tinggi. Letih jugak bagi yang tak biasa. Air terjun yang tinggi hanya di bahagian bawah iaitu lebih kurang setinggi 7 tingkat. tapi luas kawasannya agak terhad. Bagi bahagian atas pulak air terjun tidak tinggi, yang menariknya bahagian atas ni adalah ia ada gelongsur semula jadi, walaupun tak tinggi tapi boleh nampak la org ramai macam histeria bila main gelongsor tu. Lagi satu luas kawasan dia agak besar, ramai yang buat camp site dan BBQ kat situ. kat bahagian atas ni kemudahan seperti toilet dan bilik salin ada disediakan.

 

Air terjun Sungai Gabai

Terletak di daerah Hulu Langat,SelangorMalaysia. Kawasan rekreasi ini sangat tinggi, kira-kira 50 meter, bercerun curam dan licin. Oleh itu berbahaya kepada pengunjung. Bahagian bawahnya tidak cukup lebar dan dalam dan boleh mendatangkan kecederaan bagi mereka yang menggelongsor dari atas.

Pihak Jabatan Hutan telah membina tangga-tanga dan wakaf istirehat untuk kemudahan pengunjung. Jalan raya dan tempat parkir kereta serta gerai beli-belah disediakan dengan bayaran minimum.Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Air_Terjun_Sungai_Gabai

selangor_sungai_gabai_waterfalls

Bahagian Bawah Air Terjun Sg Gabai

Posted in Jom Piknik | Tagged: | Leave a Comment »