The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Kinabalu 2009

Posted by hamydy on 28, November 2008

Kepada semua pendaki
Tiket Penerbangan sudah boleh ditempah merujuk jadual dibawah:

Penerbangan Air Asia

Tarikh Bertolak Jumaat 13 March 2009
Berlepas – 09.25pm (KL)
Sampai – 11.55pm
No Pesawat – AK 5112

Tarikh Pulang Isnin 16 March 2009
Berlepas – 09.15m (KK)
Sampai – 11.55pm
No Pesawat AK 5121

**bagi yang ingin pulang pada Tarikh yang berbeza, maka penerbangan pulang adalah terpulang pada masing2.

Tentative Program

Jumaat 13 March 2009
08.00pm Berkumpul di LCCT
09.25pm Berlepas ke KK
11.55pm Tiba di KK terus menginap di hotel

Sabtu 14 March 2009
07.00am Bertolak ke Kinabalu Park
10.00am Mula mendaki ke Laban Rata
03.00pm Dijangka tiba di Laban Rata
09.00pm Tidur

Ahad 15 March 2009
02.00am Mendaki ke Puncak
05.00am Dijangka tiba di puncak- melihat matahari terbit
09.00am Mula mendaki turun
02.00pm dijangka tiba di kinabalu park
terus ke Hot Spring
08.00pm check in hotel
09.00pm makan malam di tepi laut

Isnin 16 March 2009
08.00am selepas sarapan bertolak ke pulau manukan, mamutik dan sapi
snorkeling sampai puas
01.00pm pulang ke kk membeli belah
Pasar philipine (mutiara, ikan masin, cenderahati)
05.00pm Balik ke hotel bersiap untuk pulang
08.00pm Berkumpul di Airport
09.15pm Berlepas pulang ke KL
11.55pm sampai di KL

Selasa 17 March 2009
sudah mula kerja atau ada yang masih bercuti.

Senarai nama peserta yang telah berjaya dibuat tempahan
1. Mohd Arif Alias
2. Samsuddin Yalla
3. Mohd Fadlin Mender
4. Abd Hamydy  Abd Hamid
5. Mohd Syukor  Abd Hamid
6. Nor Bin Muslim
7. Syafiq Taffuddin Hamid
8. Mohd Alif
9. Dr. Arif Bin Hamid
10. Nor Aiwa Samad

Pembayaran
Semua 10 tempat telah dibuat pembayaran.

Latihan Kecergasan
Diharap setiap peserta dapat melakukan latihan kecergasan sendiri sekurang2nya sebulan sebelum tarikh bertolak untuk mengelakkan semput.

latihan seperti
1. joging sekurang2nya 3 kali seminggu
2. Latihan kaki (turun naik tangga) sekurang2nya sekali seminggu, kalau tiada tempat tangga HUKM pun boleh mula dari tingkat bawah naik ke tingkat atas sekali.

Peralatan
Memandangkan kita dapat di Gunting Lagadan Hut (Non Heated Dorm) maka peralatan berikut hendaklah dibawa:

1. Sarung Tangan (sangat mustahak semasa di puncak..sejuk)
2. Baju sejuk (waktu malam sejuk)
3. Sleeping Bag (waktu malam sejuk)
4. Wind Breaker (untuk kurangkan pukulan angin semasa mendaki ke puncak)
5. Kasut (yang sesuai dan tidak licin)
6. Kamera (penting ni… Disana banyak View yang cantik2)
7. Seluar Pendek (untuk Snorkeling)
8. Lotion Sun Burn (bagi yang menjaga kulit muka ketika snorkeling)
9. Lampu suluh kepala (head lamp) sbb mendaki kepuncak awal pagi 2.00am

Memandangkan ada peserta yang pertama kali akan pergi dan ada yang bertanyakan budget keseluruhan berapa. maka saya buatkan anggaran kos

Anggaran Kos

*Kos mendaki RM510
Day 2 – 1 night Laban Rata RM290
RM220 ( Insuran,Permit, Lesen, Guide, Park Fee, sijil and etc.)
**collection RM350 so baki RM160 sebelum bertolak

Van : RM800
Dari Hotel – Kinabalu Park
Dari Kinabalu Park – Hot Poring – Hotel –
So dalam RM80 per person
**collection sebelum bertolak

Teksi : Airport – KK hotel city – Airport
x sure berapa anggaran RM10 per person
Jika Hotel ada Airport PickUp lagi jimat

Boat
ke Pulau manukan, sapi, mamutik
Anggaran dalam RM15-20.
bergantung pada rundingan dengan pemandu boat. Di Jeti nanti

Dormitory
Day 1 & day 3
(Bunk Bed) per person RM25 x 2 day
Sendiri ikut group bilik

Tiket Flight Return (Airasia)
***Beli sendiri

Anggaran Total Kos +/- RM1047 (termasuk Flight)

Duit belanja, makan dan Shoping Masing2 budget la, lain perut lain citarasanya

**Untuk makluman semua KOS yang saya uruskan hanyalah kos mendaki RM510
Kos2 lain saya akan buat collection sebelum bertolak ataupun di sana nanti, Saya buat begini bagi mengelakkan kerugian sekiranya ada peserta yang last minit tarik diri ataupun tukar rancangan.

harap maklum

jika ada sebarang kemuskilan, jgn segan untuk bertanya pada saya. sekian wassalam

Dibawah ni adalah senarai harga dan pakej yang di tawarkan oleh pihak kinabalu park
sabah-park-mt-kinabalu-climbing-fees-new1
kinabalu2

Berikut adalah maklumat hotel dan kenderaan yang saya gunakan:

1. Penginapan di KK
hotel kinabalu backpacker (http://kinabalubackpackers.com)
RM 22/pax/night untuk dormitory
RM 66/night – private room 2 orang.

2. Kenderaan sewa
Adaras Rent Car Sdn. Bhd (www.freewebs.com/adaras-rent-a-car)
Kia Pregio Van 10 seater
Min 8 HRS RM 350.00
Min 3 HRS RM 200.00
KKIA toCITY Hotel TRSF Per way RM 100.00

CONTACT
Sutera Sanctuary Lodges
G 15, Ground Floor, Wisma Sabah
8000 Kota Kinabalu Sabah
tel : 088 243629
Fax: 088 259552
Email : info@suterasanctuarylodges.com
Web : : http://www.suterasanctuarylodges.com

email untuk tempahan : sswisma@suteraharbour.com.my, sslgillian@suteraharbour.com.my, ssl_reservation@suteraharbour.com.my

Senarai harga
Harga Yuran Mendaki Gunung Kinabalu
Harga Pakej Penginapan Mendaki kinabalu

Kepada pembaca blog untuk melihat gambar2 ekspedisi trip ini boleh la melayari post dibawah ini..

https://hamydy.wordpress.com/2009/03/20/gunung-kinabalu-march-2009/

18 Responses to “Gunung Kinabalu 2009”

  1. lovelyummi said

    salam,
    this is very helpful.
    cuma nak tanye, u stay kat dorm mana di KK?
    and boleh bg suggestion x bulan brape yg sesuai utk panjat?
    saya plan nak pergi akhir thn 2009, mb bln 11 / 12.

    tq

    ~nannoor

    • hamydy said

      ok di kk saya biasa ambik hotel backpaker

      mengikut pengalaman kawan2 dan saya waktu yang sesuai pergi mendaki adalah awal tahun. jika hujung tahun cuaca selalu tidak menentu dan hujan. dan jika hujan pendakian tidak boleh dilakukan kerana licin dan faktor keselamatan.

      tahun lepas saya mendaki bulan ogos itu pun nasib, sebab hujan baru sahaja berhenti 2-3hari sebelum kami mendaki.

  2. daryna said

    wow.
    kos dh mningkat eh?
    sy pn klo ikot mybe g bln 3 gak.
    tp xsure lg bpe hb.
    2la,sy pn kene byr dlm 1000 gak.
    byk woo!
    n sy g pn under skola.
    pe lg eh tip2 psedian nk g sne?

    • hamydy said

      biasanya kalau pergi dengan rombongan melebihi 40org boleh dapat murah sikit 2-3ratus kurang, jika dapat harga group.

      persediaan fizikal dan stamina jer penting.
      1. g daki mana2 gunung kat semenanjung
      2. naik turun tangga banggunan 20tingkat utk kuatkan kaki
      3. joging

  3. yusz said

    hye…sy nk ty apa pakej yg paling murah untuk 30-40org?
    sy nk g dlm bln 5 nie
    sy juz nk mendaki sahaja..
    sy dh btl2 buntu cari agen yg murah
    smuanya dlm 700 tak termasuk flight
    coz sy nk bawa student UM
    harap awak dpat tlg saya..
    plzz

    • hamydy said

      RM700 tak termasuk flight tu dah kira berpatutan la. Kos saya pegi march ni organize sendiripun sudah mencecah RM1000. Bayangkan Pakej Gunting lagadan+Yuran mendaki pun dah mencecah hampir RM500, Flight Rm300, penginapan Backpaker di Kota Kinabalu dan Transport dalam RM400. Itu organize sendiri small group. Kalau ambik travel agen lagi senang semua dah diuruskan. Untuk Group 30-40 org adalah baik ambik travel agen. Bab bayaran pakej tu kalau lebih kurang jangan berkira sangat. Cuba Pikirkan kesenangan program kita tu. Kos meningkat bermula 2009 ini adalah disebabkan Pihak kinabalu Park telah menjadikannya sebagai pakej. Jika sebelum ini kita cuma sewa hostel kat atas gunung dan makan sendiri2 (memang jauh lebih murah). Lagi satu diaorang buat pakej ni bukan apa, nak menambahkan pendapatan penduduk setempat jugak. bayangkan porter2 tu angkut makanan, beras, pasir, kayu dengan tulang 4 kerat mereka jer. Penat tu, tapi diaorang cuma dapat bayaran sikit jer sebelum ni.

      ok katakan awak ambik pakej RM700 seorang tak termasuk flight.
      So awak boleh beli tiket Flight kat Airasia secara group pakej, dapat lagi murah.

  4. shah said

    saya nak tanya pasal kos nak kesana tu memang yang dalam pakej awak publish ni ker???ada x pakej yang lebih murah sikit dari ini??berapa lama tempoh pendakian nak sampai ke puncak???masa paling sesuai nak buat pendakian pada bulan berapa????hujung tahun boleh x???

    • hamydy said

      pakej penginapan dan mendaki tu adalah harga pihak taman negara..dah tetap. file download list harga tu sy dapat sblm sy pergi sana bulan 3 ari tu. pakej lagi murah rasanya tak ada la.. itu dah harga pengurusan tmn negara Kinabalu. tak tau la kalau ada sapa2 yang ada kabel yang boleh dapat lagi murah. dulu masa saya naik tahun 2007 dia tak buat pakej, cuma bayar chalet dan guide dan permit dan insuran jer. masa tu murah jer. tapi skrg dia dah buat pakej..so no choice la. masa bulan 3 yang lepas sy pegi pun ambik pakej 2 hari 1 malam kat gunting lagaadan itupun dah harga RM290 per pax tak termasuk yuran mendaki, Guide, permit dan insuran. RM290 tu lengkap dgn makan la, siap dapat tapau lagi sebelum naik. pendek kata kalau ambik pakej tu tak perlu risau pasal makan la..semua dah sedia dan sedap2 blasah jer makan kenyang2.

      Tempoh masa mendaki bagi orng yang tak fit mengambil masa 5-6 jam. so biasanya mula mendaki jam 10am dan sampai dalam kul 5petang la. dalam perjalanan dia bekalkan makanan tengahari, bila sampai jer kat laban rata tu, terus makan malam dan rehat. kul 8mlm dah tidur. jam kul 2pagi dah mula mendaki ke puncak. untuk sampai kepuncak kalau biasa tak fit dalam kul 6pagi..sempat la tgk matahari terbit…wow cantik giler.

      masa yang paling sesuai mengikut ramalan cuaca dan pengalaman rakan2 sebelum ni secara kasarnya adalah tengah tahun iaitu antara bulan 4 hingga bulan 7. bulan2 lain boleh juga cuma cuaca tak menentu la. dah la datang jauh2, bayar mahal2 pastu masa naik kabus dan hujan pulak sure rugi punya.

      kalau nak mendaki ke sana tak perlu ambik mana2 travel agen. ikut jer cara yang telah saya buat dan tentative saya. adventure sikit. maklumat yang sy letakkan tu dah cukup untuk jadi panduan awk untuk kesana.

      harap maklumat saya ni membantu.

  5. shah said

    saya cadang untuk bawa grop untuk 60 org student universiti tarikh bulan 6 tahun depan bole tak saudara aturkan pakej untuk kami semua untuk pendakian dan aktiviti tidak termasuk flight ,bole ke berikan saya itenery secepat mungkin

    terima kasih

    • hamydy said

      shah
      sebenarnya saya bukan buat bisnes pakej pendakian. oleh itu sy tidak dapat nak uruskan bagi pihak en shah. sebenarnya banyak permintaan yang sy terima untuk mengadakan trip ke g kinabalu. cuma sy tak mampu untuk menguruskan disebabkan sy agak sibuk dengan kerja hakiki sy.

      walaubagaimana pun cara paling mudah sy syorkan adalah

      1. Ambil pakej dari travel agent, disebabkan group en shah ramai iaitu 60org.

      2. En shah boleh guna contact yang ada dalam artikel sy untuk buat tempahan.

      sekian terima kasih

  6. Aiz said

    hello..harap anda masih layan saya..saya penduduk sabah,jika saudara tidak keberatan, boleh terangkan bagaimana saudara menempah untuk daki gunung kinabalu? thanks…

  7. adi said

    hi aiz

    saya pun br je book trip dgn sutera santuari lodges.
    pakej 3D 2N RM489 per person. baik straight contact diaorg pasalnye accomodation kt laban rata memg diaorg manage. sy akan naik 1 april nanti. better booking 3 bulan awal, pasal tmpt selalu penuh.

    regards

    • hamydy said

      hi adi
      terima kasih sebab bagi update terbaru.
      3D 2N sekarang berharga RM489 per person
      pakej untuk 2D 1N masih ada lagi ker?

      jangan lupa bagi update selepas pergi bulan april ini.

      sekian terima kasih.

  8. subhanallah , nice blog brother….. i’m from indonesia, salam kenal…., ingin sekali suatu saat nanti bisa silaturahim ke gunung kinabalu….

  9. […] https://hamydy.wordpress.com/2008/11/28/gunung-kinabalu-2009-2/ […]

  10. hani said

    salam……..en. hamydy, sy nk ty pakej untuk 4h 3m berapa rm? sy dari kl….ini trip utk 20 – 25 org….klu tidak keberatan boleh bg quatation n aktiviti selama 4h 3m……berkemungkinan besar kami akan pegi dlam bulan 1 @ 3 tahun 2011……t.q… boleh bg no. tel…senang saya nak bertanya….t.q.

    a.s.a.p…..

    hani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: