The life journey

Kembara Kehidupan

Frozen Food Tempatan Kepala Batas Penang

Posted by hamydy on 5, October 2008

Frozen Food tempatan yang menjadi kegemaran orang sekitar Kepala Batas Pulau Pinang adalah dari keluaran jenama Al-Iman Taman Abdullah Fahim. Produk Frozen Food ini dibuat sendiri oleh seorang surirumah bernama Hajah Maznah secara kecil-kecilan. Walaupun dibuat secara kecil-kecilan, Namun produk ini sangat laris dan mendapat sambutan hangat.
  
Produk-produk beliau boleh diperolehi terus dari rumah beliau ataupun dari gerai di komplek Dato Kailan yang sering beliau hantar. Produk frozen food Al-Iman ini sangat terhad dan kuantitinya tidak banyak kerana dibuat sendiri oleh beliau secara “home made” oleh itu kebanyakan pelanggan sekitar kawasan beliau akan menelefon terlebih dahulu sebelum pergi membeli.

Berikut adalah antara produk-produk yang beliau buat sendiri:

Frozen
1. Karipap Daging RM4 – 12biji
2. Karipap Ayam RM4 – 12biji
3. Onde-Onde RM4 – 15biji
4. Kuih Keria RM4 – 14biji
5. Kuih Kacang RM4 – 12biji
6. Kuih Badak RM4 – 12biji
7. Samosa RM4 – 12biji
8. Roti Canai RM4 – 5biji

Bukan Frozen
9. Snack Bilis RM30 Sekilogram
10.Tepung Goreng Serbaguna (ayam,Ikan,Sotong,Udang,Ketam, Pisang, Ubi, Keledek dan lain2) RM3 300gram (resepi rahsia)
  
saya semasa pulang berhari raya ke Kedah baru2 ini sempat singgah rumah beliau di kepala batas Penang untuk membeli frozen food kegemaran saya iaitu Roti Canai frozen. Senang jer masak, masuk dalam kuali leper tak perlu letak minyak, masak dalam beberapa minit lepas tu tepuk dgn dua belah tangan dah sedia untuk dimakan. Banyak produk dah habis maklumlah hari raya.

Hjh Mazanah ni jarang ambil tempahan, menurut beliau kalau buka tempahan nanti tak sempat beliau nak buat, maklum lah beliau sendiri yang membuatnya. oleh itu pelanggan biasanya dapat beli produk apa yang telah beliau buat la.

Jika anda berminat dan tinggal di kawasan kuala lumpur boleh la kirim dengan saya apabila saya pulang ke kampung di Kedah, kalau tempahan yang banyak tak jamin la ada stok ke tak.

One Response to “Frozen Food Tempatan Kepala Batas Penang”

  1. sham said

    saya nak tanya…kat sana market popia sata goreng ada yg dah bt ke….sbb sy pembekal sata popia goreng dari dungun terenganu….nak suplier mana2 kedai yg berminat……sata sri sura….dan jgk ada keropok lekor sri sura

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: