The life journey

Kembara Kehidupan

Berbuka Puasa di Restoran Bora-Bora Ombak

Posted by hamydy on 2, October 2008

Buffe Ramadan di Restoran Bora ombak

Berbuka puasa di restoran ini memang menarik, banyak varieti makanan terdapat di sini. Menu Ramadan setiap tahun tidak banyak yang berubah. Ada penyanyi lelaki asal di bora ombak telah menjadi pelajar AF, nak tahu siapa?. tentulah DIDI. Boleh dikata kan setiap tahun aku mesti berbuka puasa kat sini, sekali sekala la, kalau setiap hari maunya pokai.

Harga buffe untuk seorang tahun ini 2008 adalah RM55 + 10% servis caj. Buffe Ramadan dibuka dari jam 6.30pm-9.00pm. Selepas jam 9.00pm dibuka secara ala carte dan dihidangkan dengan  nyanyian live oleh penyanyi bora ombak. Restoran ini pernah masuk dalam rangcangan TV Jalan-Jalan Cari Makan. kalau nak tahu maklumat lanjut seperti dibawah.

Info Restoran : Sumber http://www.mymesra.com.my

Keunikan restoran ini adalah pada tempatnya bertemakan bali. Terletak berdekatan dengan pusat membeli belah Ampang Point dan Hotel De Palma, restoran Bora Ombak bertemakan Bali dengan mempamerkan konsep restoran dalam taman dengan dua pilihan tempat duduk .Pelanggan-pelanggan restoran ini akan disambut dengan pukulan gong oleh pelayan restoran. Bersesuaian dengan konsep restoran ini, para pelayan mengenakan uniform ala pantai. Menu Bora pula berkonsep fusion, meliputi makanan Indonesia, Melayu dan Barat. Ini memberi pilihan yang pelbagai kepada pelanggan. Orang ramai lebih suka duduk di luar yang dipanggil Tamansari Bali. Tempat makan terbuka “Laman Sore” yang dipenuhi dengan pokok kelapa dan kolam air berciri Bali ini amat menarik pada waktu malam. Sambil melihat keindahan senibina taman, lebih berselera menikmati juadah yang disediakan.

Alamat:
G1, Kompleks Sukan Ampang,
Persiaran Mamanda 1,
Taman Dato Ahmad Razali (Ampang Point)
68000 Ampang, Selangor
Tel: 03 – 4251 6303
Fax: 03 – 4251 6302

Update Terkini


Gambar bawah ni update : 15 Sept 2009 (Buffe Ramadan 2009)

P9150316P9150322P9150323P9150325P9150321P9150345

5 Responses to “Berbuka Puasa di Restoran Bora-Bora Ombak”

  1. zara said

    sy nak tahu berapa cost utk majlis kahwin..
    tetama dlm 200-250?
    sy bercadang dlm bln mac@april

    • hamydy said

      Salam Zara bab kos tu kena tanya pihak bora-bora ombak la.

    • asmidar abdullah said

      Salam en.hamydy

      Saya mahu membuat tempahan berbuka puasa untuk staff office saya pada 11hb Sept 2009 seramai lapan (8), tujuh(7) dewasa dan Seorang(1) kanak2.Harap En dapat sediakan tempat untuk kami.Kami dari Syarikat ABRA ASSOCIATES.
      Alamat kami ialah 2752 A jalan Changkat permata taman permata.Nombor tel:03 41064127 No. hp Saya :019 2123489 Puan As

      • hamydy said

        Wsalam Puan Asmidar Abdullah

        cik asmidar telah salah faham. sy bukan pemilik atau pekerja restoran Bora-Bora Ombak. Post kat Blog saya tu adalah koleksi tempat makan yang menarik yang saya selalu kunjungi. oleh itu sy tidak la dapat nak buat tempahan bagi pihak Pn asmidar.

        dalam post saya tu ada sy letakkan no contact restoran Bora2 Ombak. Pn asmidar boleh hubungi no tersebut. Biasanya di bulan puasa tempahan hendaklah seminggu awal bagi memastikan tempat untuk satu group dapat.

        harap maaf. Tak dapat nak tolong.

        walau bagaimana pun sy ucap ribuan terima kasih atas kunjungan cik asmidar ke laman blog saya.

        sekian terima kasih.

        wassalam.

        ini alamat dan no phone Restoran Bora2 Ombak
        Alamat:
        G1, Kompleks Sukan Ampang,
        Persiaran Mamanda 1,
        Taman Dato Ahmad Razali (Ampang Point)
        68000 Ampang, Selangor
        Tel: 03 – 4251 6303
        Fax: 03 – 4251 6302

  2. suami puan asmidar said

    ape la ko, asmidar, buek malu den yoo.. itu blog orghe, bukan toke kodeiii, amma appa kadai yilleks, ente tada paham ka, yinni blog hamydy yg punye, itu olang hamydy bukan tokey laaa,

    minta maaf la inciikk hamydy, ini olang sulah silap woo…

    regards
    tan suey loke (johan abdullah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: