The life journey

Kembara Kehidupan

Restoran Nelayan Titiwangsa Kuala Lumpur

Posted by hamydy on 28, September 2008

Restoran Nelayan Titiwangsa sangat terkenal kepada peminat steamboat di sekitar kuala lumpur. Pelbagai majlis seringkali diadakan disitu. Pada bulan Ramadan setiap tahun Majlis Berbuka puasa sangat mendapat sambutan. Ramai sangat orang datang sehinggakan penuh sesak tempat letak kereta.

Pada tahun ini buffe Berbuka puasa yang dikenakan adalah RM35.00untuk dewasa dan RM17.00 untuk kanak2 (4-12 tahun).

Juadah makanan boleh tahan sedap dan varieti. Untuk buffe RM35.00 ia tidak termasuk tempahan minuman. Kalau nak minum teh tarik, milo atau sebagainya perlu la beli di kaunter yang disediakan.

Restoran ini pada bulan puasa cepat ditutup, kalau nak lepak lama2 selepas berbuka puasa so tak dapat la. Sekitar jam 9.00malam restoran dah mula berkemas dan orang ramai dah mula meninggalkan restoran.

tempat besar dan luas, so kalau masa ramai orang sesak jugak la. Kalau tak nak sesak boleh cuba Restoran Nelayan cawangan Bangi. cawangan bangi tempatnya berkapasiti separuh dari Nelayan Titiwangsa, so tak sesak sangat la

Restoran Nelayan Titiwangsa
LOCATION: Jalan Temerloh,
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.
TEL: 03 – 4022 8400 / 4022 0748 / 4022 0749 / 4022 0756
FAX: 03 – 4021 3070
Email : info@nelayan.com.my

web site : http://www.nelayan.com.my

Update 12 Sept 2009

P9120252P9120260P9120262P9120249

update terbaru 12 sept 2009: Buffet berbuka puasa bagi tahun 2009 masih sama seperti 2008 iaitu RM35 per pax. Pergi hari sabtu, memang ramai sangat orang yang datang. Parking kereta juga susah. jika nak senang datang la awal iaitu dalam jam 5.30petang. Makanan juga banyak dan sentiasa di top up atau tambah. setelah jam 8.30malam makanan tidak akan di tambah lagi. so kalau nak makanan yang tertentu kena la ambik sebelum itu.

8 Responses to “Restoran Nelayan Titiwangsa Kuala Lumpur”

  1. nadia said

    boleh membuat tempahan?

  2. scott said

    semperna bulan ramadhan ni,selain daripada steamboat,apakah menu lain yang terdapat di restoran nelayan?? n how much the charge per person?

  3. rz said

    selain steamboat menu ape yg menarik kat saner lg?tuk thn 2010 nih pekej buffe berape rm?still same ngan pekej 2009 ker?biasanyer restoran nih beroperasi pukul beraper sampai kul beraper?

  4. nasibahkhaidir said

    salam..
    andaikata nk wt jamuan untuk 150 org..
    leh tempah tempat skali x??
    n bayaran berapa??

    • hamydy said

      wasalam
      nasibah khaidir
      kalau nak buat tempahan pun boleh restoran nelayan ada bilik khas. apa2 pun boleh hubungi restoran nelayan untuk sebarang tempahan.

  5. latifah said

    salam…..
    nk tanya…. buffe berbuka puasa tahun ni bape?
    still sama macam tahun lepas ke?
    bila boleh buat tempahan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: