The life journey

Kembara Kehidupan

5 Bulan Kehamilan

Posted by hamydy on 12, September 2008

Sepanjang bulan kelima, fetus mempunyai perkembangan pesat dalam pertumbuhan. Fetus akan membesar 10-12 inci panjang dan berat 1 1/2 pound. Ibu  biasanya boleh merasa tendangan fetus. Denyutan jantung janin dengan jelas boleh dengar terus dengan  stetoskop.  Janin juga sudah mula menghisap ibu jari.

Pada keadaan ini otak janin sudah mula bertindak balas dengan rangsangan dan mula mempelajari tentang persekitarannya. dia sudah boleh memahami mendengar segala rangsangan yang berlaku diluar perut. Kebanyakan orang inilah masanya untuk melakukan pendidikan dari dalam rahim. Kebanyakan ibu2 akan mula membaca perkara2 yang diminati. Sekiranya janin dalam kandungan berulang kali mendapat pendedahan apa2 ilmu yang dipelajari oleh ibunya maka bayi itu nanti akan merasakan dirinya sesuai dengan bidang itu.

Contohnya kebanyakan pelajar perempuan yang belajar perubatan atau doktor perempuan yang hamil semasa belajar . anak yang lahir kebanyakannya cenderung meminati bidang perubatan dan mempunyai sikap yang rajin. Ini kebanyakan nya bukan semua.

Antara simpton2 yang di alamai ibu semasa ini seperti berikut:
-Mengantuk dan letih
-Kerap kencing
-Sesetengahnya moody
-Selera makan bertambah

Adakah janin mendengar apa yang kita cakap?
Ada yang berpendapat bahawa bapa perlu bercakap dengan bayi pada perut ibu. Tetapi keadaan ini sebenarnya tidak banyak membantu. ini kerana gelombang suara jika melalui perut dan cecair amniotik menghasilkan bunyi yang perlahan, disebabkan dalam perut terdpat bunyi lain seperti bunyi perut, pernafasan maka suara bapa yang dicakap dari bahagian perut ibu tidak banyak membantu. Untuk membolehkan perkara ini berlaku suara yang kuat dan tinggi diperlukan, Tetapi Jika bapa terpaksa menjerit maka tidak menampakkan kasih sayang pulak. Oleh itu cara yang paling bagus dan berkesan adalah ibu perlu memberi perhatian dan mendengar dengan jelas apa yang bapa cakapkan, barulah maklumat itu dapat didengari melalui saluran tali pusat. Cara ini terbukti dengan kajian saintifik. jadi tidak salah la jika ibu tekun belajar anak yang di lahirkan juga akan mudah bijak dan pandai.

Aktiviti semasa 5 bulan kehamilan
Antara aktiviti yang sesuai di lakukan oleh ibu bagi merangsang perkembangan minda dan otak bayi adalah seperti berikut

-Relaks dan tenang
-Mendengar atau membaca bacaan Al Quran
-Mendengar muzik yang lembut dan harmoni
-Tingkatkan kasih sayang suami isteri
-Senaman pernafasan
-Senaman ringan fizikal (memudahkan bersalin)
-Menjaga perasaan dan emosi agar terkawal
-Sentiasa bercakap dengan bayi anda, seperti
-jika ia bergerak tanya pada dia “sudah bagun ya anakku”
-Jika lepas makan cakapkan “sudah kenyang ke anakku”
-Mengusap dan membelai perut

Apa2 pun sebagai muslim kita kena perbayakkan amal ibadat, berakidah yang baik dan yang paling penting jangan menderhaka pada suami untuk mudah bersalin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: