The life journey

Kembara Kehidupan

GUNUNG TEBU, TERENGGANU 25-27 Julai 2008

Posted by hamydy on 14, June 2008



Puncak                                                                                       Tapak khemah view laut.

View laut, nampak pulau perhentian                            Tanda kumpulan yang bertapa

Ini Puncak Sebenar, terlalu kecil dan view tak cantik. Sebelah ni apabila penat mendaki boleh mandi-manda, air sejuk dan meyegarkan.

Line-up kesemuanya 21 orang!!
guide – 2 org (fendi & mamak)
ppukm – 5 org
klang – 3 org (2 dr takaful, 1 pesara)
Damansara- 1 org
Melaka – 6 org
Johor – 2 org
K.Terengganu – 2 org

Jumpa group Amy / Joe (20 orang) di Hentian Putra yang kebetulannya bertolak ke G tebu pada masa dan hari yang sama dengan group kami.Tiada perancangan bersama dibuat untuk ke tebu dengan mereka🙂

Jarak menapak dari Hutan Lipur Lata Belatan ke puncak Gunung Tebu adalah 7088meter.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat guide untuk ke gunung tebu boleh la hubungi rakan saya ini iaitu
Asrul Effendi Abidin (Fendi) 012-2220450

Info Tentang Gunung Tebu

GUNUNG Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Te rengganu dengan ketinggian kira-kira 1,037 meter (m) dari paras laut. Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pen daki tempatan dan luar negara. Pengunjung dapat menyaksikan pemandangan indah gu gusan pulau zamrud Terengganu termasuk Pulau Perhentian dan Pulau Redang, daratan yang bertaburan di Laut China Selatan.Ada berkata, puncak gunung ini paling mudah ditawan. Justeru, tidak hairanlah tanah tinggi di daerah Setiu ini semakin popular di kalangan penggemar aktiviti lasak dan pencinta alam sekitar.

Selain pendaki tempatan yang kerap mengadakan kembara berkumpulan, ada beberapa agensi pelancongan menawarkan pakej ekspedisi menawan puncak Gunung Tebu.Kembara ini memakan masa antara dua atau tiga hari. Ada juga segelintir pendaki yang dahagakan pengembaraan lebih lasak, menyambung kembara mereka dengan menawan banjaran tanah tinggi lain di sekitar Besut, sebelum me namatkan ekspedisi di Kolam Air Panas La.“Pendakian dari kaki gunung ke puncak Gunung Tebu mengambil masa dua hari satu malam. Tempoh masa yang agak singkat ini membolehkan aktiviti lasak ini diadakan secara berkumpulan terutama di hujung minggu. “Ada pula yang apabila sudah tiba di puncak Gunung Tebu, mahu ke Bukit Batu Balai dengan laluan dan pendakian lebih mencabar,” kata seorang pemandu pelancong berpenga laman. Sebelum memulakan perjalanan, peserta akan berkumpul di kaki Gunung Tebu, iaitu di kawasan perkelahan terkenal, Lata Belatan.

Peserta akan menjalankan pemeriksaan rutin dan diberikan taklimat pegawai Jabatan Perhutanan, sebelum memasuki hutan.Setiap peserta perlu memiliki pas yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5.Selepas Lata Belatan, destinasi pertama yang akan dituju adalah Sungai Chakah Dua, kira-kira 30 minit perjalanan dari Lata Belatan.Dari sini, peserta akan meneruskan perjalanan ke destinasi kedua, Batu Mat Hassan – yang mendapat namanya sempena dengan orang lama yang bertapa di gua berhampiran. Dari batu ini, peserta meneruskan pendakian mereka ke Jendela Tebu, yang memakan masa sehingga 20 minit per jalanan. Lazimnya, peserta akan berehat seketika bagi me nyaksikan pemandangan indah panorama menarik kawasan sekitarnya.Dari kedudukan ini, pengunjung akan dapat melihat punca mata air semula jadi kira-kira 30m di bawah Jendela Tebu. Ada yang memanfaatkannya untuk tujuan membersihkan diri atau mengambil wuduk. Selepas berehat seketika bagi menikmati hidangan makan tengah hari, pendakian akan menemui destinasi utamanya iaitu puncak Gunung Tebu, kemuncak di negeri pantai timur yang paling hampir dengan kawasan laut.Perjalanan diteruskan ke Batu Madrasah, kawasan lapang kira-kira 200m, selepas melewati kawasan puncak. Tempat ini dikatakan mendapat namanya kerana adanya batu besar yang seakan terhampar luas dengan permukaan yang agak rata. Menariknya, tidak berapa jauh dari kawasan ini, pengunjung akan dapat melihat kubur yang tidak bertanda dan masih menjadi misteri terutama kepada penduduk tempatan. Ada yang menganggap kubur ini tempat bersemadi orang halus yang pernah menghuni kawasan gunung ini.

Sesudah bermalam dalam khemah pada ketinggian lebih 1,000m dari aras laut, ekspedisi diteruskan dengan me nempuh Batu Terowong. Perjalanan dari puncak ke batu ini memakan masa kira-kira dua jam setengah berikutan la luannya yang agak mencabar.Di sini, peserta lazimnya akan berehat antara satu dan dua jam untuk makan tengah hari sebelum meneruskan per jalanan ke Sungai Angga yang menjadi tempat bermalam kedua sepanjang kembara lasak ini. Keesokan paginya, awal-awal lagi, peserta meneruskan perjalanan ke Bukit Batu Balai yang lebih mencabar dan ia memakan masa sehingga enam jam.Cabaran lebih sukar apabila menghampiri puncak Bukit Batu Balai pada ketinggian 1,161m. Bagaimanapun, kepuasan jelas terpancar di wajah setiap peserta apabila menjejakkan kaki ke puncak gunung ini. Penamat sempurna kepada ekspedisi penuh mencabar ini adalah “berkubang” di Kolam Air Panas La, sebelum bertolak pulang dengan van atau lori, milik agensi pelancongan.
Sumber :

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Santai/20080703095812/Article/indexv_html

15 Responses to “GUNUNG TEBU, TERENGGANU 25-27 Julai 2008”

  1. omg.. good work, dude

  2. shamsul said

    please reply my massage.Telling about rate per person ao group climbing gunung tebu for 3d2n @4d3n immedeatly.Contact me 0148006300.

    • hamydy said

      hi shamsul
      jika anda berminat boleh la hubungi rakan saya ini iaitu
      Asrul Effendi Abidin (Fendi) 012-2220450 dia merupakan guide yang selalu naik Gunung Tebu

  3. din said

    tahniah!!! gunung tebu antara gunung yg istimewa

  4. din said

    tahniah!!! gunung tebu adalah gunung yg istimewa!

  5. razi said

    saya pernah ke sini 1987 semasa belajar di sekolah men. sri nering

  6. Terima kasih atas info yangg sangat berguna. Maklumat sangat terperinci. Atas usaha pembaikan disini kami ada idea sedikit. Agak cantik lagi sekiranya log perjalanan bro dipermudahkan lg rujukannya dengan tidak menulis seperti karangan. Maksudnya, Day 1(waktu), : Taklimat bersama Pegawai Hutan. Hanya pandangan shj. Bersama cintakan hutan Malaysia. Thanx bro (:

  7. leo said

    kau orang ade pengalamn mistik ke kat puncak……………………….?

  8. […] log, kalau nak carik info pasal Gunung Tebu dan sedikit info cerita pengalaman boleh layari blog Hamydy atau web Orang Gunung Kuala Lumpur. Gambar-gambar yang ada dalam penulisan ini adalah dari kamera […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: