The life journey

Kembara Kehidupan

Vaucer Percutian Percuma

Posted by hamydy on 1, June 2008

Ini kali kedua aku dapat vaucer percutian percuma, yang pertama dari Sunway Vacation Club, yang kedua pula dari  Prestige Platinum Vacation, tapi kedua-duanya kena dengar bisnes preview selama 1-2 jam. Penat juga mendengar, melayan dan menangkis pujukan mereka ni. Yang pertama Sunway tu memang dia promotkan pakej Membership yang berharga ribu2 jugak la. Kalau org kaki jalan dan melancong dan duit banyak memang berbaloi ambik, tapi kalau macam aku ni maunya rugi. Yang Sunway dapat penginapan percuma 2h1m di hotel Sunway kat Sunway Piramid, Bilik hotel best dan selesa. Tapi tak enjoy sangat pun sebabnya vaucer tu cuma layak pada hari biasa dan cek in jam 4pm dan cekout esoknya jam 11am. Makan kena sendiri la. Tapi mula2 aku dapat call dari agen mereka..ayat punyala manis nak tarik minat orang supaya datang la kan. Aku dapat call mereka kata terpilih dapat percutian ke India, tapi bila sampai kat sana dia buat secara cabutan, kalau tak silap aku la, kalau tak join membership dapat cabutan mana2 hotel sunway kat semenanjung jer, tapi kalau join membership cabutan dia tempat luar negara la. Ada satu family india meja sebelah aku tu join membership, dia buat cabutan dapat g Alaska best tu, tapi berbaloi la sbb dia dah bayar membership belas2 ribu. Macam aku ni g ambik vaucer free jer mana dia nak bagi jauh2, rugi la diorang.  

 

Ok yang kedua ni Prestige Platinum Vacation pun aku dapat call, diaorang cakap aku terpilih vaucer cuti2 malaysia, suruh datang ambik vaucer kononnya la. Tapi aku dah tau dah tektik diaorang nak promot product la apa lagi. Tapi bab vaucer free tu memang betul la mereka tak tipu la biasanya. So aku pun pegila semalam 27 April 08. dah sampai isi borang kedatangan pastu datang orang dia pangil masuk bilik besar, kat situ aku tengok ramai jugak orang, ada banyak meja bulat dan semuanya penuh la. Dengar punya dengar rupanya kali ni dia tak promotekan Membership Club, sebaliknya tawarkan bisnes prepaid. Tau tak mesin prepaid yang pernah kita nampak kat pasaraya ataupun kat kolej universiti. Dari segi perangcangan dan pengiraan produk prepaid tu memang kita boleh dapat untung 2-3ribu sebulan bergantung lokasi mana yang kita pilih untuk diletakkan. Tapi masalahnya nak beli satu mesin tu harganya dalam 53ribu. Bagi yang ada duit dan berani ambil risiko boleh la join bisnes ni. Tapi aku tak berminat.

 

So lama jugak taklimat dia hampir dua jam cuba pujuk aku, last2 aku tak mau jugak. Lepas tu baru dia bagi aku vaucer percutian percuma 2h1m. Yang ni ok sikit sebab dalam vaucer tu boleh pilih mana2 5 negeri yang ada tercatat dalam vaucer tu, langkawi, cameron, johor, terengganu dan melaka. Ok jugak tu, berbaloi la dengar ceramah hampir 2jam kan. 

 

So nasihat aku kalau sesiapa yang dapat call macam ni pergi jer dengar dan collect vaucer, dan kalau rasa mampu dan ada duit serta minat dengan produk yang ditawarkan tu terpulang la  pada anda. ok

Advertisements

12 Responses to “Vaucer Percutian Percuma”

  1. telemarketing said

    saya setuju tu, just spend masa ckit jer…lpas tu dapat voucher penginapan free…ok la tu…tapi byak orang terus letak phone lpas dapat call dari hotel mcam ni…

  2. rosdian hassan said

    saya brmnt juga tolong dftar sya jg klu ada pluang mcm ni di kb hp 0132331150

  3. nis said

    admin..mcm nie..parents sy dpt kol knon nya dri jbtan pelancong..tawakan mcm nie jga..bole plih mna2x destinasi d mlysia nie..n esok date utk pg dngr crmah..should i belive? 😞😞😞

    • hamydy said

      hi Nis, terima kasih singgah di blog saya. Biasanya sebelum pergi cek dulu nama syarikat yang tawar free vaucer ini, boleh google kat internet. Pengalaman saya kalau mereka tawar free vaucer ni biasanya mereka akan bagi betul, cuma kena dengar taklimat dan pujukan apa yang mereka promosikan tula kalau minat boleh ambil promosi tu tapi kalau tak minat boleh dengar ja sampai habis pastu ambik vaucer. Kalau free vaucer kita tidak perlu bayar apa2 just dengar taklimat. tapi kalau kena bayar baru dapat vaucer..yang ini perlu dielakkan.

  4. Naz said

    Br je ambik voucher td, letih jugala nk ngadap dgr smpi dkt 2jam. Last skali ada ke x vouchernya, aku mintak je lau x entah kol bp habis. Mcm2 cara di ayatnya tp hati mau kental…hahah
    Xkisahla janji dpt voucher free

    • hamydy said

      Salam Naz. Tq singgah di blog ini. Tak rugi pun kan pergi dengar taklimat free vaucer ni. Ini salah satu cara marketing mereka. untung dapat free vaucer ni. kalau minat boleh la join apa mereka promote tu tapi Kalau tak minat pun tak per janji dapat free vaucer 🙂

  5. dyana said

    saya dapat baucer jugak.. tapi bila email diaorg xde respond pun.. sebab nak tanya lain2.. call x jwb.. baucer dari ub solutions berhad..macam nak koyak je baucer ni.. tipu ke eh?

    • hamydy said

      Hi Dyana. ub solutions berhad ni saya tak sure. Dulu2 yang saya dapat dari compeny2 yang dikenali. yg sekarang dah lama saya tak dapat so tak sure pula compeny tu tipu ke tak. Biasanya vaucer ada nyatakan percutian di hotel mana dan kat mana, so kita bole jer call hotel berkenaan tanya kepastian. Tanya ada tak hotel mereka terlibat dengan vaucer yg kita dapat. kalau hotel tu cakap ada maksudnya betul la tu. Biasanya kalau percutian free ni banyak dia bagi date yang bukan cuti sekolah, hari kerja pun ada.

  6. dyana said

    Perfect edition just called me regarding this free voucher. Should i go or not? TQ

    • hamydy said

      Hi dayana. Berkenaan dengan should i go or not tu bergantung kepada apa pakej yg hendak ditawarkan. Dayana bole google informasi berkenaan dgn syarikat tersebut. Dan jika nak cuba nasib bole pergi berteman. Jika lokasi meragukan bole dielakkan. Setakat ni pengalaman saya memang dapat vaucer. Cuma hati kena kental la. Kalau jenis yg mudah tertarik dgn promosi..boleh di elakkan jgn pergi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: