The life journey

Kembara Kehidupan

Fotografi Murah

Posted by hamydy on 12, May 2008

Tempahan fotografi perkahwinan murah pada masa kina adalah mustahil untuk kita perolehi, tambahan lagi kalau kina hendakkan hasil yang berkualiti dengan harga yang murah. Ramai pelanggan tidak faham dan tahu selok-belok dunia fotografi ini. Disini saya bincangkan bagaimana kita boleh dapat pakej yang murah untuk fotografi perkahwinan. Perkara2 berikut perlu di pertimbangkan jika ingin buget fotografi:

1. Siapa jurugambar (profesional, amatur, kenalan)

2. Output atau hasil (hardcopy, editing atau tanpa editing,ataupun cucian biasa)

3. Masa event (akad nikah, sanding)

4. Mengikut berapa roll atau ikut jam

Semua perkara2 diatas ini memainkan peranan penting dalam penentuan harga pakej. sebenarnya jika jurugambar itu kenakan cas yang murah pada pelanggan, dia sebenarnya tidak berapa mendapat untung jika dibandingkan masa yang dia habiskan untuk pre proses dan post proses. So biasanya kos jurugambar ini di cover oleh produk atau hasil end projeknya.

Disini saya ada satu tip yang boleh digunakan jika kita nak Fotografi murah, caranya mudah sahaja iaitu tempah jurugambar untuk shoot gambar sahaja kemudian mintak dia burn kedalam CD gambar2 kita itu. Jadi kita cuma bayar upah dia shoot sahaja, hasil CD itu kita boleh dapat hari itu juga jika jurugambar itu membawa Notebooknya (komputer riba) kali. Langkah keduanya ialah kita kena tahu serba sedikit tentang Adobe Photoshop untuk edit dan Crop gambar, then kita cuci gambar yang kita nak sahaja. Kemudian kita beli album yang murah ataupun kekadang kita dapat hadiah album gambar so boleh juga guna.

Saya lebih suka cara ini, sebabnya saya tak perlu pening kepala atau malam2 mengadap komputer nak edit gambar dan nak hantar cuci ke kedai satu hal. so untuk pelanggan saya semua saya buat cara ini. so kerja boleh beres dalam masa satu hari dan duit pun dapat dalam satu hari.

Setakat ini saya dah ambik banyak gambar kahwin untuk yang mahukan buget murah ni, setakat ini tiada komplain dan mereka berpuas hati. Tapi biasanya sebelum pelanggan saya tempah khidmat saya awal2 lagi saya dah cakap cara dan hasil saya kerja , jika mereka setuju then baru saya ambik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: