The life journey

Kembara Kehidupan

Kesan Kenaikkan Harga Beras

Posted by hamydy on 11, May 2008

Sekarang masalah global adalah kenaikkan harga beras dunia. kalau ikut logik negara malaysia adalah antara negara pengeluar utama beras, oleh itu adalah mustahil keperluan beras untuk rakyat boleh habis. Kalau kita kata beras untuk diimport habis memang logik tapi ini beras untuk kegunaan sendiri habis adalah tidak masuk akal. Sedangkan harga padi tidak langsung naik, macamana harga beras boleh naik.

Pada pendapat saya kenaikkan harga beras ini adalah sengaja diambil kesempatan oleh kekurangan eksport beras di dunia. Bagi negara yang bukan pengeluar beras mungkin benar jika harga beras meningkat pada mereka, kerana mereka hanya bergantung beras dari negara-negara pengeluar beras seperti Thailand, Malaysia dan lain2 lagi.

Kesan kenaikan harga beras bukan sahaja menyebabkan harga beras itu menjadi mahal, bahkan telah menyebabkan kenaikan harga bagi makanan yang berasaskan beras contohnya seperti makanan. Jika logiknya kalau harga beras naik, hanya beras sahaja yang naik ini pula barang2 lain turut naik. sebagai contoh bihun sup yang kebiasaannya harga Rm2.50-3.00 sebungkus kini dijual dengan harga Rm4.00 sebungkus, apabila ditanya kenapa mahal sangat penjual memberi alasan bahawa harga beras naik. macam tak betul jer rasanya bila dia cakap macam tu. Padahal ini hanya berlaku pada sesetengah gerai sahaja kerana kedai2 lain yang pernah saya pergi masih lagi mengekalkan harga Rm2.50-3.00,  so sudah nyata gerai itu ambil kesempatan dari kenaikan harga beras.

Contoh yang lain pula, saya berasal dari negeri utara malaysia, negeri2 ini dikenali sebagai negeri jelapang padi malaysia, sepanjang perjalanan ke Kedah atau perlis sawah padi memang terbentang luas, pusing kiri pusing kanan semua sawah padi. jadi adalah tidak patut harga beras di negeri itu naik.

Menurut berita TV baru2 ini, saya tidak ingat siapa yang bercakap tapi masih ingat kata2 beliau, kata nya isu kenaikkan harga beras dunia ini kemungkinan adalah konspirasi orang tengah yang cuba untuk mengaut keuntungan yang banyak. mereka mungkin melakukan pelbagai perkara seperti menyembunyikan stok beras dan menjual dengan harga yang tinggi. Beliau juga mencadangkan kerajaan menguatkuasakan undang2 bagi menangkap orang2 seperti ini.

Saya harap krisis harga beras dunia akan berakhir tidak lama lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: