The life journey

Kembara Kehidupan

Broadband

Posted by hamydy on 2, May 2008

Melayari internet tanpa wayer, sekarang ni boleh dikatakan banyak wireles ni ada yang boleh dapat free dengan tumpang wifi sesapa yang tak lock, free hot spot seperti Starbuck, Coffeebean dan lain lain lagi.

Sekarang ni hot dengan Broadband, perkhidmatan internet atas talian seperti streamix dan jaring dah kurang hot walau pun masih banyak yang masih guna.

Bicara tentang Broadband, antara maxis, celcom, Umobile dan lain2 lagi jika ada. Mungkin ramai yang tertanya2 yang mana bagus dan yang mana laju. Bila dah pilih brand ada plak yang tertanya2 plan mana bagus dan plan mana laju, bila dah pilih plan ada yang beli sendiri modem ada yang ambil pakej kontrak + modem free. kalau yang beli sendiri modem takperlu kontrak tapi mahalla harga modem tu.

Berdasarkan pengalaman aku dan maklumat yang aku dapat, kalau nak langgan broadband ni terdapat beberapa perkara yang perlu kita kaji dan tengok sebelum membuat pilihan antaranya seperti berikut.

1. Kawasan Liputan
Ada baiknya kita selidik brand apa yang mendapat liputan luas di kawasan kita, sebabnya kalau canggih pun, kalau liputan teruk tentu tension bila guna internet kelak.

2. Kelajuan Internet yang ditawarkan
contohnya celcom RM68/month = 340kbps** kebanyakan kaw ada
RM98/month = 3.6mbps **kena tgk kawasan

3. Kelajuan Modem ***ini bagi yang beli sendiri modem
Terdapat banyak jenis dan brand modem kat luar sana,
Yang terkini buat masa ini adalah 7.2mbps…lajukan!!!!
tapi anda jangan terpedaya dengan kata2 jurujual,
Modem tu betul memang laju, tapi kelajuan sebenar adalah bergantung
pada plan atau pakej ataupun Liputan kawasan kita bukannya kelajuan
modem tu. so oleh itu jangan silap atau salah paham sudah la.
Tapi kalau anda telah beli modem yang 7.2mbps tu tak rugi sebabnya bila2 akan datang kalau anda tukar plan yang lebih laju, maka anda tak perlu tukar modem. berbanding kalau anda pakai modem dengan kelajuan 3.6mbps dengan plan RM68/month bila anda tukar ke plan RM98/month anda kena tukar modem pulak..duit lagi tu..tapi kalau pakej kontrak..tak pe tak rugi.

kalau nak buget boleh guna phone sebagai modem, kelajuan slow sikit la berbanding kalau pakai modem. itu saja….pengalaman aku guna broadband 3G ni kekadang frust jugak..kekadang servis provider ada masalah atau upgred..liputan jadi lembab kalau bab2 nak download ni…dari 3G jadi 2G, kalau setakat nak buka email baca jer laju benda lain lembab hampeh jugak…

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: