The life journey

Kembara Kehidupan

Sejarah Fotografi Kekal

Posted by hamydy on 30, January 2008

Sejarah Fotografi Kekal

 

Fotograf kekal yang pertama berjaya dihasilkan pada tahun 1826 oleh seorang pereka perancis yang bernama Joseph Nicéphore Niépce (1765–1833) yang dibagunkan hasil penemuan Johann Heinrich Schultz (1724) dimana campuran perak dan kapur menjadi gelap akibat pendedahan cahaya. Gambar yang pertama berjaya dihasilkan oleh Joseph Nicéphore Niépce yang diberi nama Heliograph ini memerlukan pendedahan kepada cahaya yang lama iaitu selama 8 jam dan menghasilkan gambar yang mempunyai 2 pantulan cahaya matahari. Kemuadiannya  Joseph Nicéphore Niépce dan Louis Daguerre (1787 –1851)

 telah mengkaji proses ini dengan lebih mendalam, hasilnya selepas kematian Niépce, Daguerre telah menghasilkan penemuan bahawa dengan pendedahan perak  terlebih dahulu kepada iodine yang meruap sebelum pendedahan kepada cahaya (ambil gambar) kemudiannya dedahkannya kepada asap merkuri (selepas ambil gambar) akan menghasilkan imej pendam, selepas di rendam plat perak tu kedalam larutan garam akan memperlihatkan gambar yang diambil. Formula ini akhirnya menjadi teknik daguerreotype yang amat terkenal selepas tu.

 

Teknik  daguerreotype ini ada kelemahanya, terutama kesukarannya untuk mengambil gambar, yang berjaya sahaja di proses dan ia tidak boleh di cetak semula. Disebabkan prosesnya yang sukar dan kurang praktikal, banyak pengkaji2 lain cuba untuk mencari dan menghasilkan proses yang lebih mudah. Tidak lama selepas gambar pertama  Nicéphore Niépce (1826) berjaya dihasilkan, maka selepas itu terhasil pula pelbagai jenis kaedah dan proses, antaranya seperti proses collodion pada tahun 1848 menggunakan cetakan pada kertas albumin dan proses gelatin pada tahun 1871, adaptasi dari proses gelatin ini telah menghasilkan fotograf hitam putih sehinggalah penemuan fotograf warna.

 

Fotografi warna bermula dengan dengan hasil eksperimen oleh John Herschel keatas eksperimen Anthotype pada 1842, and Lippmann plate pada 1891. fotograf warna kemudiannya mula terkenal pada tahun 1903 apabila Autochrome Lumière di perkenalkan. Kemudianya teknik ini digantikan dengan Kodachrome, Ilfochrome yang lebih transparent (seperti slaid projektor). Tetapi cetakan gambar berwarna hanya popular selepas negatif Chromogenic diperkenalkan.

 

 

 

3 Responses to “Sejarah Fotografi Kekal”

  1. I was just googling around about this when I came by your blog post. I’m just visiting to say that I very much liked seeing this post, it is very well written. Are you considering writing more on this? It looks like there’s more fodder here for future posts.

  2. laila said

    bleyn tak tolong kami carikan tentang teknik dan penghasilan slaid untuk kteorg punye assignment….cume tok bahan rujukan sahaja….immediately….sgt2 diperlukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: