The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Karimun Tanjung Balai’

Backpacker ~ Karimun Indonesia

Posted by hamydy on 21, July 2012

Destinasi Backpacker kali ini adalah Pulau Karimun Tanjung Balai Indonesia. Pembaca jangan keliru antara Karimun Tanjung Balai dan Karimun Jawa. Karimun Jawa terletak di Jawa. Manakala Karimun Tanjung Balai terletak di Selat Melaka berhampiran dengan Negeri Johor.

Mulanya saya pun konfius, bila saya google gambar, keluar gambar Karimun Jawa yang terletak di Jawa. so saya ingat gambar pulau dan pantai yang cantik itu adalah Pulau Karimun Tanjung Balai yang terletak berhampiran Johor, rupanya salah. Pulau Karimun Tanjung Balai ini sangat dekat dengan daerah KUKUP Johor

Pulau Karimun ini mempunyai 8 bahagian yang dipanggil  Kecamatan. Pulau ini mempunyai keluasan 7.984 kilometer persegi. Terdapat beberapa tempat2 (Wisata) yang boleh kita lawati disini.

Antara Wisata yang  adalah:

  • PANTAI PONGKAR
  • PANTAI PELAWAN
  • PANTAI LUBUK
  • PANTAI TELUNAS
  • AIR TERJUN
  • SUMBER AIR PANAS

pongkar__600_x_450_.jpg

Pantai_Palawan.JPG

Air_Terjun.jpg

Pantai Pongkar-P.Karimun

Pantai Pelawan-P.Karimun

Air Terjun-P.Karimun

airpanasedit.png

Pantai_Pongkar.jpg

dd.jpg

Sumber Air Panas-P.Buru

Pantai Lubuk-P.Kundur

Pantai Telunas-P.Moro

Akses Transportasi Laut Pulau Karimun

petatrans.jpg

Sumber : http://www.kab-karimun.go.id

Mulanya plan nak ke Karimun sebab tergoogle Pulau Karimun Jawa, sebab gambar pulau dan pantai Karimun Jawa sangat cantik. Tapi bila di Google cara hendak kesana rupanya yang terdekat adalah Karimun Tanjung Balai dan Bukannya Karimun Jawa. Jadi akhirnya pergi jugak la ke Karimun Tanjung Balai. Itupun last minit plan. Plan hujung minggu 2H1M

Untuk ke Pulau Karimun Tanjung Balai tak susah. Kalau dari Kuala Lumpur kita cuma perlu beli tiket bus ke Pontian di TBS (Terminal Bersatu Selatan). Harga tiket sekitar RM35, Antara bus yang ke Pontian antaranya seperti Syarikat Bus Mayang Sari. Sebaiknya beli tiket bus yang terakhir sekitar jam 12.00 malam supaya kita sampai di Hentian bus Pontian sekitar jam 5.00 pagi.

Setelah sampai di hentian bus Pontian terdapat teksi yang sudah beroperasi seawal jam 5.00 pagi untuk membawa penumpang ke Jeti Kukup. Bayaran teksi adalah RM20 satu teksi untuk sehala. Jika anda seorang anda boleh tunggu penumpang lain untuk penuhkan teksi tersebut kepada 4 orang dan seorang dia caj RM5. Jika anda tidak mahu menaiki teksi anda boleh menaiki Bus awam yang mula beroperasi sekitar jam 7.30 pagi. Sementara menunggu bus anda boleh la pergi ke pantai Pontian yang berdekatan yang ada deretan kedai-kedai, ada kedai yang dah buka dan boleh anda sarapan sementara menunggu bus. Tetapi jika anda hendak mengejar Ferry pertama ke Pulau Karimun Tanjung Balai ada kena la naik teksi, sebabnya ferry yang pertama sekitar jam 8.00pagi.
 

Bas Awam ke Kukup yang terawal adalah bus Kembara City. Harga tiket ke Kukup adalah RM2.90, jika anda naik bus pastikan anda tidak terlepas bus yang pertama ini, kalau tak untuk bus berikutnya lama sejam lebih baru ada. So cadangan saya jika nak cepat beter naik Teksi. Bila balik pulak dari Kukup lebih baik naik teksi sebabnya hentian bus Kukup tu macam takde orang atau syarikat bus pun yang beroperasi untuk kita tanya jadual bus. kalau tunggu mau berjanggut.
 

Terdapat 2-3 syarikat penyedia ferry kalau tak silap saya. Ada kaunter dibuka didalam terminal ferry tersebut, apa yang kita perlua buat adalah serahkan Pasport dan bayar duit tiket, Petugas akan sediakan tiket dan juga borang Emigresen yang sudah siap tercetak nama kita. Tiket pergi balik adalah sekitar RM90. Ferry yang saya naik pula adalah MV Tuah dari syarikat Penaga Timur.
 

Ferry ke Tanjung Balai mengambil masa lebih kurang 1 jam. Ferry ini selesa dan dilengkapi dengan jaket keselamatan. Sepanjang perjalanan diamainkan movie. Jika boring kita boleh juga keluar dan duduk di atas bumbung sambil menikmati angin laut dan melihat pemandangan.
 

Pulau Karimun Tanjung Balai – Setibanya di Tanjung Balai ni saya dapati suasana nya sama seperti di Malaysia seperti di pekan2 kecil. Kebanyakan rakyat karimun ini berbahasa hampir sama seperti bahasa melayu. Ini kerana majoriti rakyatnya adalah kaum melayu. Jika di kaji sejarah kesultanan Melaka dan Johor memang terdapat penghijrahan antara pulau Karimun dan orang-orang melayu di semenanjung. Setibanya di luar jetty memang anda akan di datangi supir2 yang menawarkan perkhidmatan teksi dan kereta sewa. Jika anda rimas, anda boleh jer terus berjalan keluar dan tidak perlu melayan supir tersebut jika anda pening tak tau nak pilih yang mana. Kalau nak jalan di Pekan Tanjung Bali tu tak perlu ambil teksi atau Angkutan Kota sebab jalan kaki pun boleh. Kecuali jika anda hendak pergi tempat jauh then ok ambil teksi.


Penginapan
Terdapat banyak hotel murah dan mahal sekitar pekan Tanjung Balai semurah 45 Ribu rupiah (RM15) hingga RM100++ semalam. Saya pun tak booking awal hotel, jalan2 cari hotel jumpa hotel buget yang berharga 60 ribu rupiah (RM20) untuk bilik Standard (untuk 2 orang) selesa dan bersih. Terdapat beberapa hotel yang saya telah survey antaranya Paragon Hotel (Bilik Standard Rp250,000) , Gabion Hotel (Bilik Standard Rp180,000) , Hotel Tanjung Balai (Bilik Standard Rp75,000) dan Hotel Royal (Bilik Standard Rp60,000). Hotel yang saya menginap adalah Hotel Royal dengan harga bilik Standard Rp60,000 tiada tingkap. Hotel Royal ni ditengah pekan jadi senang untuk bergerak. Hotel ni baru sahaja dibuka beberapa bulan masa saya menginap. sebelah hotel ini ada satu hotel yang agak mewah dan mahal di Pekan Tanjung Balai adalah Hotel Maximilian.

Pengangkutan
Di Tanjung Bali anda boleh menaiki teksi, angkutan kota ataupun sewa kereta. Jika anda ingin explore dan merasa naik angkutan kota ( Van Bas) anda boleh cuba naik, tapi make sure anda tahu serba sedikit tentang jalan2. senang untuk kita cakap hendak turun diimana dan senang juga untuk bertanya supir angkutan kota tersebut. Saya sewa Kereta Tayota Kijang (Unser) harganya Rp3oo,ooo untuk sehari dengan supir. Saya sewa untuk ke Pantai Pongkar, Pantai Pelawan dan Air Terjun Desa Pongkar. Kalau hendak ke pantai2 ini adalah sebaiknya pada hari Ahad.


Pantai Pelawan
Pantai merupakan salah satu tumpuan warga Karimun untuk beriadah di hujung minggu ( Hari Ahad), Saya datang pada hari sabtu, jadi tak happening la, ada pelawat tapi tak ramai, manakala kedai2 pun banyak yang tidak buka. Pantai ni juga bersih, Terdapat pondok2 yang dibuat nampak cantik ala kampung.


Pantai Pongkar
Pantai Pongkar lebih panjang berbanding Pantai Pelawan. Pantai ini juga menjadi tumpuan dikala hujung minggu. Panti ini juga menjadi tumpuan para pelajar yang buat aktiviti champing.

Tentative

Jumaat 22 June 2012
11.30pm – Bus dari TBS ke Pontian

Sabtu 23 June 2012
05.00am – Sampai pontian lepak tunggu bus, teksi pun ada RM20 ke kukup, bus baru Rm2.90
07.00am – Bus ke Kukup
08.00am – Sarapan -sbb terlepas ferry kul 8.00am
09.30am – Ferry ke Tg Balai

09.30am – Waktu Indonesia – sampai
10.00am – Jalan2 cari hotel..dapat hotel harga 60ribu = RM20 semalam
11.00am – Sewa Tayota Kijang ( Tayota Unser) + Supir ronda2 200ribu = RM60
08.00pm – Malam lepak2 pasar malam dan jalan2 cari makan sampai penat dan mengantuk

Ahad 24 june 2012
08.00am – Jalan2 cari sarapan – Jumpa kedai roti prata (roti canai) sedap, kopi pun sedap
09.00am – Jalan2 Shoping – macam2
12.00thr – Cek out
01.00pm – Naik Ferry ke Kukup
03.00pm – Waktu malaysia – sampai kukup – makan2 dulu
04.00pm – Naik teksi ke Pontian
05.30pm – Naik bus ke KL ( Bus tu Singgah Muar)
11.00pm – Sampai KL
12.00mlm – Sampai Umah Tido

Bersambung….

Posted in Melancong | Tagged: | 10 Comments »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers