The life journey

Kembara Kehidupan

Persediaan Mendaki Mt. Kinabalu

Hamydy

Persediaan Diri dan Latihan Kecergasan

Latihan Stamina 3 Bulan Awal


Untuk Latihan meningkatkan stamina anda boleh buat latihan jogging setiap petang. Sebolehnya sebulan awal anda lakukan jogging seminggu 3 kali. Sesekali anda masuklah pertandingan larian maraton 7km atau 10km yang sering dianjurkan di dataran merdeka setiap hujung minggu.

Latihan Ketahanan Diri dan Fizikal

Latihan Mendaki

Adalah digalakkan dalam masa 3 – 6 bulan awal sebelum mendaki gunung kinabalu anda dapat melibatkan diri dengan mana2 aktiviti pendakian yang tidak berisiko tinggi.

Gunung yang boleh anda jadikan tempat latihan mendaki seperti berikut:
1. Gunung Datuk
2. Gunung Angsi
3. Gunung Nuang – Pastikan tidak diwaktu hujan

Gunung2 yang saya sebutkan ini anda boleh buat pendakian Daypack, iaitu pendakian harian tanpa perlu bermalam. Dan trek laluan juga bagus dan bersih, kecuali gunung nuang akan becak berlumpur jika mendaki pada musim hujan. Latihan mendaki ini akan menguatkan otot kaki dan meningkatkan stamina anda

Latihan Kaki
 
Anda boleh melakukan latihan kekuatan kaki dengan membuat latihan naik anak tangga berurang kali, Jika di Kl anda boleh buat latihan di tangga batu cave. latihan kaki ini penting untuk menguatkan otot kaki dan berguna ketika turun dari Gunung Kinabalu supaya tidak lenguh dan sakit.

Peralatan yang perlu dibawa ketika mendaki Gunung Kinabalu

1. Baju Sejuk Waterprof  (tebal),  jangan guna sweater dan jangan pula terlalu tebal nanti menyusahkan pergerakan
2. Glove waterprof – Jika guna glove kain nanti jika hujan tali yang di pegang akan basah.
3. Baju Hujan (Rain Coat) – Beli kat 7-11 yang RM7 jangan beli yang RM2 mudah koyak
4. Head Lamp – Gunakan bateri baru
5. Sleeping Bag Nipis – Jgn bawak yang tebal gabak..ini bagi yang tak tahan sejuk. kekadang cuaca lebih sejuk
6. Tongkat – Dulu ada tongkat kayu yang dijual, sekarang tiada lagi, yang ada tongkat kayu batang mop, harga kalau tak silap RM8. atau anda boleh bawa tongkat boleh laras yang dibeli kat kedai Outdoor sekitar RM20, atau anda boleh sewa tongkat besi ini masa hendak mendaki dari pondok Guide.

Berikut adalah Contoh Gambar Keperluan yang saya sering bawa

Baju Sejuk


Glove Tebal  (waterproof)                                  Glove Cotton                                         Glove Nipis (waterproof)


Head Lamp – berguna semasa hendak mendaki kepuncak pada jam 2.00am


Rain Cot – Berguna sepanjang perjalanan mendaki jika hujan


Payung – Berguna ketika mendaki dari bawah ke Laban rata, Jika hujan renyai2 tak perlu nak guna rain cot.

 
Head Cap                                                                                  2+1 (Head Cap & Mask)


Mask – Berguna semasa mendaki kepuncak jika terlalu sejuk muka dan hidung jadi tak selesa


Sleeping Bag –  Bagi yang tak tahan sejuk digalakkan bawa, berguna masa kat laban rata.


Kasut Hiking – Sebolehnya yang bertapak kasar dan ada Grip


Berus Gigi – Travel pack


Tisu Basah- berguna masa kat laban rata, air sangat sejuk kat sana.


Backpack dengan Rain Cover – tak perlu bawa beg besar


Wraping – Baju digalakkan bungkus dengan plastik ketika mendaki untuk elakkan beg basah jika hujan lebat

Bag pakaian biasanya di simpan di Kinabalu Park HQ, Ada perkhidmatan sewa simpan barang. Jadi barang yang dibawa naik sepatutnya cuma keperluan asas sahaja seperti baju sejuk, rain coat, glove dan headlamp.

29 Responses to “Persediaan Mendaki Mt. Kinabalu”

  1. Anuar Bin Ibrahim said

    Assalamualaikum.

    Saya berminat kepada Pakej Gunung Kinabalu bertarikh 10-12 Julai 2011. Saya seorang sahaja, dari Bandar Baru Bangi, Selangor. Boleh berikan apa yang perlu saya buat, bagaimana dengan tiket, penginapan dan lain-lain info yang perlu saya tahu.

    Terima kasih.

    -Anuar-

  2. ida said

    menarik..thankz for info…

  3. farahqs said

    wah!! your information very useful to me…tq vvv much.

  4. onie75 said

    info yg jelas dan mudah difahami(melalui gambar2)…senang sekali membaca…alhamdulillah.

  5. cikgu chujai said

    Salam, info yg amat berfaedah buat kawan, nak daki kinabalu mac 2012. emoga kawan berjaya. TQ

  6. Salam, TQ info yg berguna utk kawan daki kinabalu pd mac nanti. TQ

  7. iskndar said

    thank’s bagi info nie.. ada info mengenai ubat-ubat yang mungkin berguna semasa mendaki..

  8. khairunnisa said

    thanks sharing..nk mendaki awal julai ni

  9. nurul said

    thankz utk info2 berguna ini,,mth share erk

  10. nerniesa neri said

    slm… sye akan mendaki gunung kinabalu pada ari rabu ni.. so sye ade mase hanya dlm 3 ari sje utk mngkatkan stamina sye… sblum ni mmg x bjoging coz pg ptg mase kat opis je.. n plan utk mndaki ni pun last minute …. so ade tips lagi x selain joging.. maybe dlm pemakanan.. tq

  11. Zamrizal said

    Mana nk beli kelengkapan ni? Ada cadangan kedai yg murah n boleh dpt semua alatan yg perlu?

    • hamydy said

      Salam Zamrizal

      boleh nyatakan kelengkapan yang mana satu?
      biasanya kalau hendak murah boleh cari kat downtown

      seperti.
      1. Baju sejuk – Bundle
      2. Head lamp – tesco Giant pun ada
      3. Glove – Bundle

  12. idawafa said

    info yg sangat berguna pd saya terutamanya utk mula mendaki. insya Allah penghujung bulan may 2013

  13. azia said

    salam..nk tnya..untuk indiv yg xpernah active dgn sukan or riadah, mampukah dia mendaki gunung KK ni? apa persiapan awal yg perlu dilakukan?

  14. cikgu hana said

    menarik.plan nak naik kinabalu gak ni…:)

  15. Kak Ziela said

    info berguna untuk saya yang akan tawan gunung KK pada April 2013.

  16. Kak Ziela said

    Salam Hamydy,
    Ada plan nak panjat gunung Nuang dengan mana2 group? Akak nak join sekali untuk persediaan panjat gunung KK.
    Akak takde geng nak buat latihan. Setakat ini cuma setiap hari latihan jogging ringan lebih 30 minit aje.
    Gunung Angsi sudah 2x di tawan.. sekarang nak cari group nak pegi panjat gunung Nuang untuk join mereka.

  17. Zainab A. B. Shah said

    Salam. Alhamdulillah. Terima kasih atas info yg berguna sgt. Tongkat jenis apa yang paling baik diguna untuk naik Gunung Kinabalu ya.

  18. muaz said

    tq for information…

  19. Salam bro, mohon kebenaran untuk gunakan blog bro ni sebagai rujukan dari blog saya. Jika ada sebarang kesulitan, saya akan removekan link. Terima kasih.

    60hari.blogspot.com

  20. elyana said

    salam..bro, nk tnya..kasut apa yg sesuai untuk naik g. kinabalu..getah or sport shoes?

    • hamydy said

      Wsalam. saya lebih suka cadangkan penggunaan kasut yang selesa supaya dapat menyokong pergelangan kaki dari kecederaan. walaupun ada yang menggunakan kasut getah.

      ramai juga yang saya lihat pakai kasut getah, guide gunung pun ada yang pakai kasut getah.

      tapi bagi saya yang sudah 8 kali naik, saya lebih selesa pakai kasut yang selesa yang bertapak kasar. jika sport shoes anda mempunyai tapak yang boleh grip maka boleh digunakan,

      cuma kalau kasut sport dan kasut hiking bila hujan akan basah, berbanding kasut getah yang boleh dikeringkan.

      oleh itu jika elyana bercadang hendak menggunakan kasut getah, harap di cuba dahulu mendaki gunung datuk atau gunung nuang untuk lihat kaki kita selesa atau tidak dengan kasut getah tersebut.

      Sekian

  21. abdul rahman said

    Slm abdul rahman.sy minat sgt mendaki gunung kinabalu tp sy perlu group yg ada nk ke sana utk mendaki dlm bln ogos atau sept

  22. Romidi said

    BAgi individu berumur 40 an, dan sgt kurang excercise…mempunyai masalah resdung..apa persiapan yg perlu dibuat. Terimakasih terlebih dahulu atas nasihat…

  23. Terimakasih atas informasinya, kami pendaki gunung dr indonesia

  24. wanina said

    Sy dalam perancangan cuti sekolah penggal pertama tahun 2015.
    Jumlah 2 org.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 171 other followers

%d bloggers like this: