The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for the ‘Multimedia ICT’ Category

Streamyx

Posted by hamydy on 22, May 2008

 

Cas untuk memasang sreamyx combo kali pertama seperti berikut:

 

Deposit                                    RM75

Stamp                                      Rm10

Pemasangan line telepon           RM30-50

 

Untuk pakej RM60/month adalah 384kbps sebenarnya speed yang kita dapat bukan 384kbps, ini hanya berlaku kalau kita sorang jer guna kat kawasan kita tu. Secara purata kelajuan yang  dapat hanyalah sekitar 200+++ kbps jer

 

Kontrak selama 12bulan. Cas penggunaan telepon hanya jika kita membuat panggilan keluar untuk  panggilan masuk adalah percuma.

Promosi hebat dari streamyx. Maklumat lanjut cliks www.tm.com.my  atau www.streamyx.com.my

Posted in Multimedia ICT | Tagged: | Leave a Comment »

http://www.lowyat.net

Posted by hamydy on 7, May 2008

Ini laman web yang menari. Di website ni kita boleh buat macam2 ada forum, garaj sale dan berbagai lagi. kalau dulu sebelum aku surft website ni aku selalu pegi Lowyat cari barang komputer. tapi dengan adanya web ni aku boleh survey harga barangan komputer kat umah jer, bila jumpa barang yang menarik dan harga yang menarik baru aku pergi ke kedai kat Lowyat tu. so jimat masa la. Kat lowyat.net ini kalau nak update tentang teknologi, memang sesuai sangat, banyak maklumat boleh diperolehi.

Forum yang aku suka surft ialah Garaj sale. banyak barang2 yang orang jual kat sini. anda boleh jual kamera, handphone, perkakas komputer dan pelbagai lagi. selain jual anda boleh juga jual.

Biasanya ramai orang tertanya2 kat mana nak tolak barang lama untuk angkat barang baru, so kat sini la tempatnya

nak citer banyak tak larat so nak tau lebih kena clik sendiri kat sini  http://www.lowyat.net

 

Posted in Multimedia ICT | Tagged: , | Leave a Comment »

Modem wireles 7.2 untuk dijual

Posted by hamydy on 6, May 2008

   

Modem ni aku baru jer beli on 24 April 08 yang lalu dengan harga Rm1099. Masih ada Waranti setahun. Tentu ada yang tertanya baru beli kenapa nak jual, sebabnya hanya satu perkara sahaja iaitu, perkhidmatan 3G Broadband Celcom yang aku langgan dan di kawasan aku tinggal sering mengalami gangguan liputan.

Sekejap dapat liputan sekejap takde langsung, bukak email pun slow kekadang takde langsung. aku dah beberapa kali call Celcom komplain masalah ini tapi sama jer, so aku pun fedup la. tentions wo kalau tak dapat guna internet satu hari.

Sebelum ni aku dah survey liputan 3G kawasan aku, so far takde masalah. tetapi memandangkan sekarang ni liputan teruk sangat so tension la.

sebelum aku beli modem ni aku guna Handphone SonyEricsons aku sebagai modem dah banyak bulan la, walaupun slow tapi liputan masa itu masih ok. tapi sekarang ni dah teruk so itu sebab la nak tukar benda lain pulak.

aku survey streamix kat kawasan aku ni so far tiada masalah gangguan, so aku bercadang nak tukar ke streamix pulak, oleh sebab aku langgan celcom tanpa kontrak so aku boleh stop bila2 masa saja la.

kalau beli modem ni sahaja tanpa kontrak harganya RM1099

tapi kalau beli dengan kontrak 2 tahun harganya RM800+++

 

So aku nak jual Modem ni dengan harga cuma RM800 sahaja (original complete set)

Murah tu, tak sampai sebulan lagi tu. kiranya aku dah rugi RM300

 

Features modem ni seperti yang ada kat gambar tu, baca la

Posted in Multimedia ICT | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Broadband

Posted by hamydy on 2, May 2008

Melayari internet tanpa wayer, sekarang ni boleh dikatakan banyak wireles ni ada yang boleh dapat free dengan tumpang wifi sesapa yang tak lock, free hot spot seperti Starbuck, Coffeebean dan lain lain lagi.

Sekarang ni hot dengan Broadband, perkhidmatan internet atas talian seperti streamix dan jaring dah kurang hot walau pun masih banyak yang masih guna.

Bicara tentang Broadband, antara maxis, celcom, Umobile dan lain2 lagi jika ada. Mungkin ramai yang tertanya2 yang mana bagus dan yang mana laju. Bila dah pilih brand ada plak yang tertanya2 plan mana bagus dan plan mana laju, bila dah pilih plan ada yang beli sendiri modem ada yang ambil pakej kontrak + modem free. kalau yang beli sendiri modem takperlu kontrak tapi mahalla harga modem tu.

Berdasarkan pengalaman aku dan maklumat yang aku dapat, kalau nak langgan broadband ni terdapat beberapa perkara yang perlu kita kaji dan tengok sebelum membuat pilihan antaranya seperti berikut.

1. Kawasan Liputan
Ada baiknya kita selidik brand apa yang mendapat liputan luas di kawasan kita, sebabnya kalau canggih pun, kalau liputan teruk tentu tension bila guna internet kelak.

2. Kelajuan Internet yang ditawarkan
contohnya celcom RM68/month = 340kbps** kebanyakan kaw ada
RM98/month = 3.6mbps **kena tgk kawasan

3. Kelajuan Modem ***ini bagi yang beli sendiri modem
Terdapat banyak jenis dan brand modem kat luar sana,
Yang terkini buat masa ini adalah 7.2mbps…lajukan!!!!
tapi anda jangan terpedaya dengan kata2 jurujual,
Modem tu betul memang laju, tapi kelajuan sebenar adalah bergantung
pada plan atau pakej ataupun Liputan kawasan kita bukannya kelajuan
modem tu. so oleh itu jangan silap atau salah paham sudah la.
Tapi kalau anda telah beli modem yang 7.2mbps tu tak rugi sebabnya bila2 akan datang kalau anda tukar plan yang lebih laju, maka anda tak perlu tukar modem. berbanding kalau anda pakai modem dengan kelajuan 3.6mbps dengan plan RM68/month bila anda tukar ke plan RM98/month anda kena tukar modem pulak..duit lagi tu..tapi kalau pakej kontrak..tak pe tak rugi.

kalau nak buget boleh guna phone sebagai modem, kelajuan slow sikit la berbanding kalau pakai modem. itu saja….pengalaman aku guna broadband 3G ni kekadang frust jugak..kekadang servis provider ada masalah atau upgred..liputan jadi lembab kalau bab2 nak download ni…dari 3G jadi 2G, kalau setakat nak buka email baca jer laju benda lain lembab hampeh jugak…

 

 

Posted in Multimedia ICT | Tagged: | Leave a Comment »