The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for the ‘Jurnal Kehamilan’ Category

Kisah2 kehamilan dan kelahiran

Selamat Hari Raya Aldilfitri 2012

Posted by hamydy on 18, August 2012

Salam semua pembaca blog saya. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Semoga Lebaran kali ini memberikan kita lebih makna.

Selamat Bercuti dan bergembira bersama keluarga.

Posted in Agrotek, Backpacker, Blogroll, Cuti2 Malaysia, Fotografi, Jalan2 Cari Makan, Jom Piknik, Jurnal Kehamilan, Kesihatan, Koleksi Buku Lelong, Melancong, Memancing, Multimedia ICT, Pendakian Gunung, Riadah Santai, Ruangan Perniagaan, Sajak Nusantara, Sukan, tiada | Tagged: , , | 2 Comments »

Statistik Terkini Pengunjung Blog Saya

Posted by hamydy on 1, December 2010

Saya menghargai kunjungan dan komen2 anda di laman blog saya. semoga saya semakin rajin menulis blog selalu.

terima kasih kepada peminat dan pengunjung blog saya. terima kasih..terima kasih…terima kasih

Posted in Agrotek, Blogroll, Cuti2 Malaysia, Fotografi, Jalan2 Cari Makan, Jom Piknik, Jurnal Kehamilan, Kayak, Kesihatan, Koleksi Buku Lelong, Melancong, Memancing, Multimedia ICT, Pendakian Gunung, Ruangan Perniagaan, Sajak Nusantara | Leave a Comment »

BabyCenter Malaysia

Posted by hamydy on 22, March 2010

Laman web ini amat bagus dan banyak informasi yang berguna kepada bakal pasangan,  ibu bapa yang sedang merancang anak dan juga kepada pasangan yang sudah mempunyai anak.

laman web ini dapat di layari di alamat berikut :http://www.babycenter.com.my/

Posted in Jurnal Kehamilan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Statistik Kuno China Pemilihan Jantina Anak

Posted by hamydy on 1, June 2009

male or female

Ini adalah carta yang diperolehi dari makam diraja Dinasti China lebih kurang 700 thn dahulu. Carta ini hampir tepat sy dah cuba dengan beberapa orng kawan dan anak buah kesemuanya kena dan betul.

anda juga boleh cuba. tapi kena ingat ini cuma carta sahaja, faktor2 lain juga boleh mempengaruhi. Contohnya cara pemakanan, gaya hidup dan yang penting sekali kuasa tuhan.

Cara menggunakan carta ini mudah saja. Mula2 pilih dulu jantina anak, Kemudian lihat umur isteri lepastu lihat bulan berapa sepatutnya melekat..so bulan tu cuba la sedaya upaya…semoga berjaya.

bawah ni link fail penuh word..boleh download
male or female

Posted in Jurnal Kehamilan | Tagged: , | Leave a Comment »

Pregnancy Cartoon

Posted by hamydy on 4, October 2008

Koleksi Kartun dari awal kehamilan sehingga minggu ke 40 kehamilan. Sumber dari http://pregnancy.baby-gaga.com/cartoons/cartoon1

Posted in Jurnal Kehamilan | Tagged: , , , | Leave a Comment »

3D Scan 5 Bulan

Posted by hamydy on 15, September 2008

Scan 3D pada bulan ke 5 kehamilan. Dengan adanya teknologi yang makin maju sekarang ni kita mampu melihat wajah anak kita yang masih dalam kandungan. Walaupun tidak berapa jelas tetapi sudah boleh melihat gambaran wajahya. Jantina juga dapat di lihat. Dengan mesin scan yang agak canggih ni semua anatomi bayi termasuk fizikal dan organ dalaman dapat dilihat dengan jelas untuk melihat jika terdapat sebarang keabnormalan. Sampaikan 4 lobus jantung juga dapat dilihat jika terdapat sebarang tanda2 tak normal seperti jantung berlubang, keadaan otak, buah pinggang dan tulang juga dapat dilihat.

Posted in Jurnal Kehamilan | Tagged: , , | Leave a Comment »

5 Bulan Kehamilan

Posted by hamydy on 12, September 2008

Sepanjang bulan kelima, fetus mempunyai perkembangan pesat dalam pertumbuhan. Fetus akan membesar 10-12 inci panjang dan berat 1 1/2 pound. Ibu  biasanya boleh merasa tendangan fetus. Denyutan jantung janin dengan jelas boleh dengar terus dengan  stetoskop.  Janin juga sudah mula menghisap ibu jari.

Pada keadaan ini otak janin sudah mula bertindak balas dengan rangsangan dan mula mempelajari tentang persekitarannya. dia sudah boleh memahami mendengar segala rangsangan yang berlaku diluar perut. Kebanyakan orang inilah masanya untuk melakukan pendidikan dari dalam rahim. Kebanyakan ibu2 akan mula membaca perkara2 yang diminati. Sekiranya janin dalam kandungan berulang kali mendapat pendedahan apa2 ilmu yang dipelajari oleh ibunya maka bayi itu nanti akan merasakan dirinya sesuai dengan bidang itu.

Contohnya kebanyakan pelajar perempuan yang belajar perubatan atau doktor perempuan yang hamil semasa belajar . anak yang lahir kebanyakannya cenderung meminati bidang perubatan dan mempunyai sikap yang rajin. Ini kebanyakan nya bukan semua.

Antara simpton2 yang di alamai ibu semasa ini seperti berikut:
-Mengantuk dan letih
-Kerap kencing
-Sesetengahnya moody
-Selera makan bertambah

Adakah janin mendengar apa yang kita cakap?
Ada yang berpendapat bahawa bapa perlu bercakap dengan bayi pada perut ibu. Tetapi keadaan ini sebenarnya tidak banyak membantu. ini kerana gelombang suara jika melalui perut dan cecair amniotik menghasilkan bunyi yang perlahan, disebabkan dalam perut terdpat bunyi lain seperti bunyi perut, pernafasan maka suara bapa yang dicakap dari bahagian perut ibu tidak banyak membantu. Untuk membolehkan perkara ini berlaku suara yang kuat dan tinggi diperlukan, Tetapi Jika bapa terpaksa menjerit maka tidak menampakkan kasih sayang pulak. Oleh itu cara yang paling bagus dan berkesan adalah ibu perlu memberi perhatian dan mendengar dengan jelas apa yang bapa cakapkan, barulah maklumat itu dapat didengari melalui saluran tali pusat. Cara ini terbukti dengan kajian saintifik. jadi tidak salah la jika ibu tekun belajar anak yang di lahirkan juga akan mudah bijak dan pandai.

Aktiviti semasa 5 bulan kehamilan
Antara aktiviti yang sesuai di lakukan oleh ibu bagi merangsang perkembangan minda dan otak bayi adalah seperti berikut

-Relaks dan tenang
-Mendengar atau membaca bacaan Al Quran
-Mendengar muzik yang lembut dan harmoni
-Tingkatkan kasih sayang suami isteri
-Senaman pernafasan
-Senaman ringan fizikal (memudahkan bersalin)
-Menjaga perasaan dan emosi agar terkawal
-Sentiasa bercakap dengan bayi anda, seperti
-jika ia bergerak tanya pada dia “sudah bagun ya anakku”
-Jika lepas makan cakapkan “sudah kenyang ke anakku”
-Mengusap dan membelai perut

Apa2 pun sebagai muslim kita kena perbayakkan amal ibadat, berakidah yang baik dan yang paling penting jangan menderhaka pada suami untuk mudah bersalin.

Posted in Jurnal Kehamilan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Ujian Kesuburan

Posted by hamydy on 30, May 2008

 

Bagi pasangan yang berkahwin, memiliki anak adalah sebahagian daripada impian perkahwinan mereka. Namun ada pasangan yang tertekan kerana tidak berjaya mendapatkan anak. Kemandulan boleh dikira apabila percubaan mendapatkan anak tidak berjaya selepas setahun perkahwinan. Bagi pasangan yang baru berkahwin kurang dari setahun semestinya telah mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk mendapatkan anak. Antaranya seperti pergi berurut, makan pelbagai ubatan tradisional, posisi seks tertentu  dan sebagainya. Selain kaedah tradisional kaedah moden yang biasa dan mudah juga boleh dipraktikan, antaranya seperti berikut.

 

Ujian Ovulasi

Terdapat kit ujian untuk kesuburan yang senang diperolehi di kedai2 farmasi. Uian ini dipanggil ‘Ovulation Test Kit’. Seperti UPT tetapi ia mengesan kehadiran hormone FHS dalam badan. Hormon FSH akan meningkat sehari sebelum berlaku ovulasi iaitu pembebasan telur wanita dari ovari. Kebiasaannya pasangan perlu meneka atau menjangkakan bila sepatutnya hari subur dan kemudiannya melakukan ujian ini 3 hari berturut-turut, jika kita melakuka hanya sekali kemungkinan kita boleh terlepas atau belum tiba masa. Oleh kerana hormone FSH memang terdapat dalam badan dalam keadaan biasa tetapi kuantitinya sedikit, oleh itu result kit tetap menunjukkan jalur walaupun tidak jelas. Keputusan positif hanya jika jalur betul2 jelas dan terang kelihatan.

 

Ujian Suhu badan

Ujian ini agak leceh untuk dilakukan kerana perlu mengambil bacaan suhu badan wanita diawal pagi selepas bangun tidur. Bacaan perlu diambil setiap hari dan di buat carta. Suhu badan akan mula meningkat  dari 36oC ke 37oC apabila belaku ovulasi. Tetapi cara ini perlu memastikan badan tidak demam dan perlu diambil setiap hari.

Borang Carta suhu boleh download di  http://www.irh.org/pdf/t-chart0-1.pdf

 

 

Ujian Cairan Rahim

Ujian ini boleh dilakukan oleh wanita, apabila tiba hari yang dijangkakan subur, wanita akan menghasilkan lendir pada cervix atau pangkal rahim, pada hari-hari biasa juga ada lendir ini tetapi pada hari subur lendir yang terbentuk lebih pekat dan tidak terputus. Caranya mudah sahaja dengan meletakkan lendir itu pada jari telunjuk dan ibu jari dan ditarik, jika lendir itu panjang dan tidak putus bermaksud kemungkinan besar subur. Jika terputus bermaka sebaliknya.

 

Sumber pelbagai:

http://www.early-pregnancy-tests.com/fsh-tests.html

http://www.irh.org/resources-SymptothermalMethod.htm

www.irh.org/nfp.htm

 

 

 

Posted in Jurnal Kehamilan | Tagged: , , | 1 Comment »

From Egg to Baby

Posted by hamydy on 22, May 2008

Posted in Jurnal Kehamilan | Tagged: , , , | 1 Comment »

Jadual Kehamilan 1-40 minggu

Posted by hamydy on 14, May 2008

Jadual 1-40 minggu

First day Period (LMP)
Last day Period
Approximate Conception Date (+/- 2 days)
End of Week 1 from Conception.  Egg embeds into Uterine wall.
End of Week 3 from Conception.  Positive home pregnancy test.
End of Week 4.  Confirmation with Gynecologist .
End of Week 5. First physical signs.  Enlarging & painful breasts.
End of Week 6. In some countries, first scan.
End of Week 7. First blood tests to check immunities.
End of Week 8. Stomach shows a little… but just a little.
End of Week 9. The heart is going at 130-150 beats per minute.
End of Week 10. Normal first scan
End of Week 11. Check local laws – official papers needed now.
End of Week 12. Moving into second trimester
End of Week 13. Time for the ‘triple test’
End of Week 14. All systems in place
End of Week 15. The first hairs arrive!
End of Week 16. Uterus is about 16 cm.
End of Week 17. First movements of baby may be felt.
End Week 18. Buy the book of names.  It helps with the waiting.
End of Week 19. Half way there
End of Week 20. Baby is half of the size it will be at birth.
End of Week 21. Normal second scan. (Can discover sex of baby!)
End of Week 22. Enjoy this bit.. 
End of Week 23. Your baby begins to remember things!
End of Week 24. About 30cm long and 650g in weight.
End of Week 25. Into third trimester
End of Week 26. Explosion in mother’s size.  Baby has more needs!
End of Week 27. Eyelids split apart. Baby can see things!
End of Week 28. Baby begins to take over your lives.
End of Week 29. Maybe breast milk is produced.
End of Week 30. Back pains and tiredness. Be glad to stop work soon.
End of Week 31. Normal third scan.
End of Week 32. Baby moves more.  Can feel every body shift or kick!
End of Week 33. Don’t get anxious yet! Time enough for that later.
End of Week 34. Prepare that suitcases for the hospital. 
End of Week 35. Baby can descend.  The first signs…
End of Week 36. Rate of growth slows, but still things get bigger…
End of Week 37. All organs mature, except lungs that need a little more.
End of Week 38. (266 Days from Conception) – Estimated birth date

 

Pengiraan Jadual diperolehi dari www.paternityangel.com

Posted in Jurnal Kehamilan | Tagged: | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 174 other followers