Archive for the ‘Jalan2 Cari Makan’ Category
Tempat tempat menarik untuk menjamu selera
Posted by hamydy on 25, October 2009
Pertama sekali kunjung ke restoran ini sya sangat terkejut, antara yang buat saya terkejut ialah
pertama parking sangatla susah
kedua dari meja makan pertama hendak ke restoran tu punya la jauh. satu blok banggunan punya korridor dia concer
ketiganya menu makanan nya pelik tapi sedap, nama menu pun pelik2 jugak, antaranya ais kosang di panggil “i hate u”.
Menu yang sy cuba kali pertama pergi ialah Mee Raja dan minuman “Pink Panter Blended” rasa memang sedap.
sebenarnya ada banyak lagi menu yang pelik tapi sedap, lain kali bila pergi sy akan update lagi. siap dgn gambar. kepada pembaca blog saya harap bersabar.

gambar dari : http://blueepinkk.com/2008/07/14/restoran-ss2-murni-at-ss2-petaling-jaya/
Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: murni, petaling jaya, restoran mamak terkenal, Restoran SS2 Murni, Restoran SS2 Murni Petaling Jaya, ss2 murni | Leave a Comment »
Posted by hamydy on 5, September 2009




4 sept 2009 : Berbuka puasa direstoran ini tiada bezanya dari hari2 biasa di bukan bulan puasa. Cuma pada bulan puasa ini pemilik restoran akan menghidangkan buah tembikai dan kurma secara percuma kepada pelanggan yang datang. Bagi yang ingin datang berbuka puasa disini seelokya cal untuk tempahan meja terlebih dahulu. Ini kerana meja semua penuh. Menu utama saya disini masih lagi kambing. tak banyak yang nak cerita, datag la sendiri untuk menikmati makanan disini.
Alamat
Anje Beriani Gam johor
Perniagaan Zulkefli Buang
N0. 15-gf, Jln 15/1c
43650 Bandar Baru Bangi
selangor Darul Ehsan
tel : 03 89268061, hp 013 7428160 (Zulkefli dan Siti)
post sebelum ini http://hamydy.wordpress.com/category/jalan2-cari-makan/page/2/
Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: beriani gam, nasi beriani, restoran anje | Leave a Comment »
Posted by hamydy on 30, August 2009





28 Ogos 2009. Berbuka puasa bersama rakan2 sepengajian master, serta meraikan rakan2 dari indonesia yang akan berangkat pulang ke kampung halaman masing2 ke esokkan harinya. Dibangi terdapat 2 buat cawangan restoran Village View, satu kat jalan Reko dan satu kat sebelah petronas berhampiran dengan komplek PKNS.
Dari pengalaman rakan yang pernah makan kat kedua2 village view ni dan juga komen2 dari blog2 lain, saya dapati layanan di cawangan Village View yang terletak sebelah petronas ternyala sangat teruk terutama layanan pekerjanya. Bagi cawangan jln Reko setakat ini sy tidak terdengar runggutan tidak puas hati dengan layanan pekerjanya.
Apa2 pun nasihat saya kepada pemilik restoran tersebut, beliau sepatutnya hendaklah sentiasa memantau tingkah laku layanan pekerjanya kepada pelanggan jika mahu terus maju. Sikap pekerja yang buruk akan menjejaskan reputasi restoran itu.
Menu berbuka puasa
Menu semasa berbuka kami semua membuat tempahan makanan secara ala-carte sahaja. Selain makanan tempatan terdapat juga makanan barat “western” Restoran ni mempunyai view yang agak menarik dengan keluasan restoran yang sangat besar dan ada lanskap kolam ikan can menarik. Kemudahan yang dapat saya lihat adalah terdapat kemudahan surau, bilik air dan skrin projektor yang besar.
Dari segi harga, harga makanan kat sini tidak terlalu mahal. Dari segi rasa pulak setakat menu yang saya cuba saya dapati tidak la superb sangat. ok la.

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: Village View | 2 Comments »
Posted by hamydy on 6, March 2009

Ruang bawah rumah kedai yang di beli atau disewa (tak sure) khas untuk letak meja makan dan bekalan.tiada dapur.

Dapur utama dan asal.
Westerns Cafe Taman Bukit Cheras. Restoran ini boleh dikatakan glamour jugak. ramai yang datang makan kat sini. Kalau datang sini kita akan dapati majoriti pengunjung adalah kaum melayu, manakala tukang masak dan pelayan juga kaum melayu. Tetapi tokei restoran ini adalah seorang cina. namanya Calvin Leong. Tokei ni sekali-sekala jer boleh nampak itupun kat kaunter casher.
Pertama sekali datang restoran ni sejak 2001. masa tu chiken chop nya boleh dikatakan sedap. Time tu rumah kedai tu belom ada lagi cuma gerai sebelah selekoh je. Tapi komen terbaru baru2 ini setelah sekian lama tak pergi, chiken chop dia dah tak sedap macam dulu lagi. Dulu kuahnya sedap, yang sekarang kuahnya macam kuah ready made jer.
Kat restoran ni dia letak gambar plak “jalan2 cari makan”. Tapi plaknya tak ada pun. Tak tahu la sama ada JJCM pernah datang atau tidak kat restoran ni. kalau ada plak tu boleh pecaya jugak la dari letak gambar.
ini alamat:
Westerns Cafe Taman Bukit Cheras
1, Jalan 15/144A,
Taman Bukit Cheras,
56000 Kuala Lumpur
Calvin Leong (o12-2258122)
Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: chiken chop, restoran westerns, westerns cafe | Leave a Comment »
Posted by hamydy on 26, February 2009

Restoran masakan arab ni sudah semakin terkenal dan diketahui ramai. Menjadi tumpuan warga kota bila waktu makan tengahari. Ramai pengunjung yang datang. Harga makanan pun standard western jugak la.
Ramai pengunjung kebanyakan memesan jenis masakan berkambing.
komen saya : setakat ni belom ada menu yang buat saya rasa “kick”, nak kena pegi 2-3 kali lagi untuk rasa menu2 yang lain, pastu baru boleh komen. Tapi apa2 pun orang tetap ramai makan kat sini.
Saya tau restoran ini pun disebabkan ramai Doktor2 arab kat tempat keja selalu cakap dan ajak g makan kat sana. sekali sekala boleh la makan kat situ. kalau selalu mau kering poket.
Pak arab kat situ pun dah boleh bercakap melayu.
Peta Lokasi Restoran

Alamat :
No. 78 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000, Kuala Lumpur
Rest Tel: 603-2143 9151
Fax: 603-2145 6943
Mobile: 6012-669 2562 / 6012-918 5642
web : http://al-rawsha.com/
Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: kambing, restoran arab | 16 Comments »
Posted by hamydy on 4, October 2008

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri Malaysia 2008 diadakan pada 4 Oktober 2008. Bertempat di dewan Milinium Kepala Batas Pulau Pinang. Sambutan dari orang ramai dari pelbagai kaum sangat meriah sekali. Keriangan terpapar di wajah setiap kanak-kanak yang hadir tidak kira kaum melayu, cina atau india, telatah mereka tiada bezanya seolah-olah mereka adalah satu kaum sahaja di Malaysia. Sedangkan orang dewasa sesak berbaris untuk bersalam dengan Pak Lah. Sudah menjadi adat orang kita sebelum pulang mesti bersalam dengan tuan rumah.


Jamuan makan diadakan di 3 tempat. Pertama kawasan luar dewan yang luas, kawasan ini didirikan banyak khemah besar bersambungan. Makanan dihidangkan secara ala-ala gerai tapi tidak dikenakan bayaran la. Kita boleh berjalan dari satu gerai ke gerai lain untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah. semuanya di hidangkan segera dan masih panas. Antara gerai yang mendapat sambutan panas adalah gerai satay, char kueteow, murtabak dan nasi daging. Kedua dalam dewan, kawasan ini untuk vip dan juga wartawan, makanan disini lebih menarik kerana disediakan oleh Katering, antara juadah yang sedap adalah cendol pulut dan laksa penang. Ketiga adalah kawasan makan Pak Lah dan Para menteri lain. Saya sempat melihat Paklah Satu meja dengan Lim Guan Eng. Datuk Jins Samsudin juga kelihatan. Sekejap saja dapat meninjau kekawasan tersebut sebelum diusir keluar oleh bodyguard2.

Selepas bersalaman dengan Paklah, saya sempat lagi tawaf gerai makan luar dewan untuk menjamu selera. walaupun orang sangat ramai tapi Alhamdulillah tiada yang berebut dan tak cukup makan. Gerai yang disediakan juga banyak dan meja-meja makan juga banyak. Apa yang uniknya rakyat Malaysia ini yang dapat saya perhatikan adalah kalau dalam politik berbalah pendapat dan berbalah parti, tapi kalau masa makan di majlis-majlis rumah terbuka langsung tidak nampak apa-apa perbezaan pun. Semua orang ramai pelbagai kaum boleh duduk satu meja bercakap tentang juadah yang dimakan.
Diharap generasi akan datang akan dapat mengekalkan perpaduan ini yang telah dibina selama ini.
Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: 2008, Open House, Pak Lah, rumah terbuka | 1 Comment »
Posted by hamydy on 2, October 2008

Buffe Ramadan di Restoran Bora ombak
Berbuka puasa di restoran ini memang menarik, banyak varieti makanan terdapat di sini. Menu Ramadan setiap tahun tidak banyak yang berubah. Ada penyanyi lelaki asal di bora ombak telah menjadi pelajar AF, nak tahu siapa?. tentulah DIDI. Boleh dikata kan setiap tahun aku mesti berbuka puasa kat sini, sekali sekala la, kalau setiap hari maunya pokai.
Harga buffe untuk seorang tahun ini 2008 adalah RM55 + 10% servis caj. Buffe Ramadan dibuka dari jam 6.30pm-9.00pm. Selepas jam 9.00pm dibuka secara ala carte dan dihidangkan dengan nyanyian live oleh penyanyi bora ombak. Restoran ini pernah masuk dalam rangcangan TV Jalan-Jalan Cari Makan. kalau nak tahu maklumat lanjut seperti dibawah.
Info Restoran : Sumber http://www.mymesra.com.my
Keunikan restoran ini adalah pada tempatnya bertemakan bali. Terletak berdekatan dengan pusat membeli belah Ampang Point dan Hotel De Palma, restoran Bora Ombak bertemakan Bali dengan mempamerkan konsep restoran dalam taman dengan dua pilihan tempat duduk .Pelanggan-pelanggan restoran ini akan disambut dengan pukulan gong oleh pelayan restoran. Bersesuaian dengan konsep restoran ini, para pelayan mengenakan uniform ala pantai. Menu Bora pula berkonsep fusion, meliputi makanan Indonesia, Melayu dan Barat. Ini memberi pilihan yang pelbagai kepada pelanggan. Orang ramai lebih suka duduk di luar yang dipanggil Tamansari Bali. Tempat makan terbuka “Laman Sore” yang dipenuhi dengan pokok kelapa dan kolam air berciri Bali ini amat menarik pada waktu malam. Sambil melihat keindahan senibina taman, lebih berselera menikmati juadah yang disediakan.
Alamat:
G1, Kompleks Sukan Ampang,
Persiaran Mamanda 1,
Taman Dato Ahmad Razali (Ampang Point)
68000 Ampang, Selangor
Tel: 03 – 4251 6303
Fax: 03 – 4251 6302
Update Terkini
Gambar bawah ni update : 15 Sept 2009 (Buffe Ramadan 2009)






Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: Bora, Ombak, Restoran Bora Ombak | 5 Comments »