The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Datok (Pendakian Malam)

Posted by hamydy on 11, January 2011

Pendakian (Malam) Gunung Datok

RS – Pendakian (Malam) Gunung Datok

Program : Pendakian (Malam) Gunung Datok
Lokasi : Hutan Rekreasi Gunung Datok, Rembau
Tarikh : 15 Hingga 16 Jan 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 11.30mlm (Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian)
Bayaran : RM 6.00/seorang (Permit Mendaki & Kos Pengurusan)
Penyertaan : Terbuka kepada semua yang berminat

Tentatif :
15 Jan 2011 (Sabtu)
11.30pm – Berkumpul di kaki Gunung Datuk (Hutan Rekreasi Gunung Datok)
11.45pm – Pendaftaran / Taklimat Ringkas / Suaikenal

16 Jan 2011 (Ahad)
00.00am – Pendakian malam bermula
03.00am – (Jangkaan) – Tiba di tapak perkhemahan puncak gunung
07.00am – Menghayati Permandangan Matahari Terbit + Bergambar
08.00am – Perjalanan Turun & Jungle Clean Up (JC)
10.00am – (Jangkaan) – Tiba di Kaki Gunung Datok
10.30am – Bertolak ke Kolam Air Panas (Kampung Gadek)
11.00am – Mandi manda dan bersurai.

Peralatan Yang Perlu Dibawa :
1. Bag Pikul (daypack)
2. Lampu Kepala (headlamp) – wajib
3. Air Mineral secukupnya – kt puncak tkde sumber air
4. Makanan Ringan (Coklat / Roti / Biskut dll) & Sarapan pagi – tanggungan sendiri
5. Sleeping Bag / ground sheet / Baju Tebal – kat puncak sejuk & berangin
6. Baju Hujan – Jika perlu
7. Minyak Panas – Jika Perlu
8. Beg Plastik Sampah (hitam / biru)
9. Kamera – jika ada
10. Pakaian Riadah / Pakaian Mendaki yg sesuai & Berkasut

Person In Charge (P.I.C) : hamydy – 013 2383464

Berminat untuk turut serta, nyatakan No Keahlian – bagi ahli OHM atau; SMS taip : DATOK(Nama)(No K/P)(Nama org yg boleh dihubungi sekiranya kecemasan)(Hubungan)(No Telefon org tersebut) kepada P.I.C bagi yang bukan ahli.

1 OHM00103
2 OHM00007
3 OHM00001
4 OHM00009
5 OHM00110
6 OHM00116
7 OHM00124
8 OHM00122
9 OHM00149
10 OHM00136
11 OHM00066
12 OHM00121
13 OHM00033
14 OHM00035
15 OHM00039
16 OHM00030
17 OHM00120
18 OHM00133
19 Siti Hajar Bt Saffian
20 Mohd Khairi B Abdul Hamid
21 Mohd Firdaus B Ahmad Hamim
22 Armansah B Kembo
23 Nuratiqah bt Muhd Arif
24 Ahmad Faizal B Ahmad Razlan
25 Fitry Agus Bt Zainuddin
26 Mohd Faizal B Samat
27 Noraliza Bt Awang – UiTM
28 Nurul Nazua Binti Osman – UiTM
29 Sharull Hazwanny Binti Supeno – UiTM
30 Siti Sarah Binti Baharuddin – UiTM
31 Nurul Syazwani Binti Anuar – UiTM
32 Nor Fadilah Binti Isa – UiTM
33 Nazrin Binti Ab Karim – UiTM
34 Siti Fasihah Binti Fuad – UiTM
35 Nurul Fadhlina Binti Razali – UiTM
36 Mohd Ridhwan Bin Latip – UiTM

Berikut adalah Laporan dari laman web Orang Hutan Malaya

http://aktivitiluaroranghutanmalaya.blogspot.com/2011/01/rs-pendakian-malam-gunung-datok.html

RS – Pendakian (Malam) Gunung Datok

-peserta yang terlibat-

Alhamdulillah, akhirnya aktiviti Riadah Santai Pendakian (mlm) Gng Datok berakhir dengan senyuman kepuasan yang tak lekang dibibir semua peserta yang seramai 42 orang termasuk seorang peserta paling muda, adik Sofia (8 tahun) iaitu anak kepada bro Faizal Hariri. Aktiviti yang dijadualkan bermula jam 11.30mlm itu terpaksa di mulakan setengah jam lebih lewat disebabkan Mesyuarat AJK yang diharidi mereka di Kem PPBD Batu Maloi tamat agak lewat. Organizer / Gogo untuk aktiviti RS kali ini iaitu Bro Mydy & Cik Awie agak resah sedikit memandangkan di Batu Maloi tiada liputan talian Celcom. Resah kerana khuatir panggilan telefon daripada peserta tidak dapat diterima. (Iklan MAXIS kejap.. hihi) Apapun sebaik sahaja selesai Mesyuarat AJK, beliau & rakan-rakan yang lain terus bergegas ke lokasi Hutan Rekreasi Gunung Datuk yang mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan bagi membuat urusan pendaftaran peserta dan lain-lain yang berkaitan.

-dilokasi pondok runtuh-
Jam lebih kurang 00.00am, semua peserta sudah tiba dan bersiap untuk memulakan pendakian malam. Sebelum pendakian senaman pemanas badan dilakukan dengan diketuai oleh bro aliph, kemudian diikuti sedikit taklimat diberikan oleh bro Garfu, bro Mydy dan bacaan doa diketuai bro Dink DUnk. Lebih kurang jam 00.20am pendakian bermula dengan bro Mydy selaku ‘leader’, bro Syed, ‘runner’ & bro Aliph bertugas sebagai ‘sweeper’. Alhamdulillah pendakian berjalan agak lancar dengan kerjasama semua peserta yang terdiri daripada ahli OHM, pelajar UiTM Shah Alam, Pelajar BMI, otai-otai OG dan lain-lain. Namun sesekali (kerap sebenarnya hihi), pendakian terhenti atau arahan ‘take 5′ diberikan bagi memberi peluang kepada peserta-peserta ’1st timer’ untuk menghirup oksigen (Fadilah ok?? hihi) walaupun sememangnya disepanjang masa pendakian angin bertiup agak kencang dan tidak berhenti-henti. 

-take 5-
Lebih kurang jam 1.45am, ‘last man’ aka ‘sweeper’ tiba di kawasan pondok tumbang menandakan semua peserta telahpun tiba di situ. Maka berakhirlah trek ‘mencanak’ atau curam untuk dilalui oleh peserta. Seterusnya trek agak landai hingga ke puncak gunung. Kemudian setibanya di kawasan batu besar lebih kurang jam 3.45am, peserta dikumpulkan bagi memastikan jumlah kesemua 40 orang peserta cukup dan selamat. Sedikit taklimat diberikan oleh bro Mydy sebelum semua peserta dibenarkan untuk memasuki ke kawasan tapak perkhemahan puncak gunung. Peserta diarahkan supaya tidak membuat bising bagi menghormati perserta daripada kumpulan lain yang tiba terlebih awal dan sedang berehat. 

-sejuk sangat-
Kemudian, setibanya di tapak perkhemahan puncak gunung, semua peserta mula mencari lokasi untuk berehat. Pada ketika itu angin dingin bertiup lagi kencang daripada sebelumnya. Namun, Kawasan tersebut agak penuh, dan peserta terpaksa berasak-asak untuk baring dan berehat di atas batu, celah batu, atas tanah, celah khemah, bergayut kat pokok, celah pokok, belakang batu, belakang pokok, bawah kanvas dan lain-lain bagi mengelakkan diri daripada laluan angin akibat kedinginan. Bagi peserta yang membawa khemah tidak menjadi masalah untuk berehat (fuh selesa beb!) Tetapi bagi peserta yang tiada khemah, pengalaman tersebut adalah pengalaman sekali sepanjang hayat untuk dikenang sampai bila-bila, betapa azabnya menunggu hari cerah, kan? hihi. Sesekali kedengaran gigi diorang berlaga-laga agak kuat dari luar khemah dan sesekali bunyi suara orang mengigil akibat tak tahan sejuk (bestnya duk dalam khemah…lalala). 

-bestnye ada khemah-
Jam 7.00am peserta mula bangun (ada yang tak dapat tidur pun kan..hiks) dan bersiap untuk naik ke puncak Gunung. Namun, cuaca agak berkabus dan peserta tidak berpeluang untuk menghayati permandangan matahari terbit dari puncak Gunung Datuk. Apa pun, kepada peserta yang pertama kali menjejakkan kaki ke situ, permandangan dari puncak sememangnya amat mengagumkan. Dan dikesempatan ini sememangnya tidak dilepaskan oleh juruphoto-juruphoto pro dan amatur (aku la tuh haha). 

-aksi juruphoto-
Setelah puas bergambar dam menghayati permandangan, semua peserta mula berkemas dan bersiap untuk turun. Taklimat ringkas diberikan lagi sekali oleh bro Mydy supaya pergerakkan berjalan lancar. Sebagai sumbangan kepada alam, peserta menjalankan aktiviti khidmat komuniti’Jungle Cleanup’ secara sukarela di sepanjang trek turun bagi mengutip sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung dan pelancong sebelum ini. Dan, Juara ‘sampah’ akhirnya dimenangi oleh bro Wayar Putus & bro Hilmi a.k.a Kuali (rejected HACC hahaha) di atas ‘kecemerlangan’ mereka mengutip botol-botol mineral dan plastik pembungkus makanan paling banyak (hahahaha ^^). Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta kerana menjayakan aktiviti ‘Jungle Cleanup’ tersebut.
-matahari terbit..berkabus-

Akhirnya, lebih kurang jam 11.30am semua peserta selamat tiba di kawasan parking Hutan Simpan Gunung Datok. Sebelum bersurai, Ucapan Penghargaan diberikan oleh bro Mydy & bro Zainul a.k.a Uncle a.k.a Bendahari OHM di atas penglibatan para peserta di dalam aktiviti RS pada kali ini. Kemudian sebagai kenangan, peserta bergambar beramai-ramai bersama sampah-sampah yang berjaya dikutip. Peserta kemudiannya bersurai, ada yang meneruskan aktiviti berendam di kolam air panas Kg Gadek, ada yang bertolak ke Batu Maloi untuk aktiviti meneroka gua dan ada yang terus balik rumah untuk zzzzzz… Sehingga berjumpa lagi…Arios amigos ^^

-misi ‘RS Pendakian (malam) Gunung Datok’ selesai-

:: p/s : sila tinggalkan komen ye
Posted by Orang Hutan Malaya at 6:50 AM 2 comments
About these ads

3 Responses to “Gunung Datok (Pendakian Malam)”

  1. Aku hemsem said

    wah mcm besh ….
    nk tgk gambar yang besh2 eh..upload
    nk cuci mata…

    • hamydy said

      terima kasih kerana singgah di blog saya
      untuk melihat gambar yang cantik menarik tertarik dan daboom :)

      nanti akan di upload selepas tamat program.

      sekian terima kasih

    • Siti Hawa said

      pada 11.02.2012 saya ke Gunung Datuk buat kali ke-2 pendakian kali pertama saya pada 12 tahun lalu. selain faktor usia pendakian kali ini terasa terlalu mencabar… alahamdulilah- berkat kesabaran dan sokongan kalangan pendaki saya sampai juga ke puncak- dalam masa 4 jam- dan waktu turun pula saya mengambil masa 2 jam-penat…. huuuh susah nak diucap dan digambarkan- namun iya nya sungguh berbaloi…. pada semua pendaki muda… saya ucapkan syabas dan taniah…. hanya orang faham dan minat keindahan alam yang tahu rasanya bila berada di puncak.
      ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 161 other followers

%d bloggers like this: