The life journey

Kembara Kehidupan

Air Terjun Berkelah Pahang

Posted by hamydy on 15, July 2009

berkelah0 berkelah01
Air Terjun Berkelah Pahang, Sememangnya sudah lama terkenal akan keindahannya. Mempunyai banyak kolam2 semulajadi hasil pembentukan air terjun, kolam2 ini menjadi kegilaan pengunjung untuk mandi manda seolah2 berada di swimming pool. tetapi ada diantara kolam2 ini sangat dalam dan merbahaya, oleh itu majoriti pengunjung yang mandi di kolam2 ini membawa life jaket.
Untuk kesana sangat mudah, dari Kuala Lumpur anda ambil highway ke kuantan pastu exit tol maran, bila exit tol maran ikut kiri (sigboard ke Sri Jaya), Terus lagi sampai melepasi seri jaya dan tol sri jaya, Kemuadian anda akan jumpa masjid Kg Gelugor bersebelahan kedai makan sebelah kanan jalan. jika jumpa masjid ini maka sudah dekat dengan simpang masuk ke BERKELAH simpang sebelah kiri. Masuk simpang ni kedalam lebih kurang 5 minit. Setelah sampai di kawasan rekreasi Berkelah anda boleh paking kereta disini, jika hari minggu memang ramai orang yang datang berkelah disini, Gerai2 makanan juga ada. Kemudahan asa yang lain seperti tandas, bilik mandi , pondok semua ada.
berkelah9 berkelah10
Bagi yang ingin buat champsite dan bermalam, kenderaan tidak digalakkan parking di kawasan rekreasi tersebut kerana tiada penjaga diwaktu malam, dan ada kes pecah kereta kecuali ada perkhemahan budak2 sekolah dikawasan tersebut. Untuk bermalam di puncak atau di kawasan champsite diatas sana , biasanya pengunjung akan meninggalkan kereta berhampiran masjid kg glogor dan kedai makan tersebut, jani untuk masuk kedalam biasanya tuan punya restoran tersebut ada menyediakan perkhidmatan menghantar orang menggunakan lori. casnya murah sahaja.
berkelah2 berkelah1
Dari tapak rekreasi ke champsite kolam 3 mengambil masa 30minit berjalan, untuk sampai ke champsite yang atas sekali iaitu puncak mengambil masa hampir 2jam perjalanan. Champsite di puncak bersebelahan kolam paling besar dan dalam boleh memuatkan hampir 30 orang satu masa.

Bagi kaki pancing kawasan yang paling sesuai untuk memancing adalah antara kolam 3 dan kolam 4, kawasan ini banyak terdapat ikan tengas yang besar2 sebesar tapak tangan. umpan yang paling sesuai adalah buah kelapa sawit yang telah direndam semalaman.
berkelah8 berkelah11
Sekiranya musim hujan pengunjung tidak digalakkan berkemah hampir dengan gigi air, kerana ia bahaya, jika terdapat kepala air boleh menghanyutkan khemah. oleh itu jika hendak buat champsite atau memilih lokasi champsite  faktor ini perlu diberi perhatian. Kebanyakan kolam2 ini sangat dalam dan ada sesetengahnya ada air pusing di bawahnya. oleh itu faktor keselamatan diri perlu diambil kira.
berkelah5 berkelah3

Akhir sekali jagalah kebersihan hutan kita. sampah yang anda bawa naik hendaklah dibawa turun. Trip 10-12 Julai 2009.

About these ads

9 Responses to “Air Terjun Berkelah Pahang”

  1. naginuddin said

    ada chalet yang boleh disewa tak di sini.
    tel saya 019-2688433

    • hamydy said

      salam naginuddin
      terima kasih kerana singgah di blog saya
      bagi menjawab pertanyaan saudara. seingat saya tiada chalet disediakan disana. kemudahan seperti tandas hanya ada di tapak perkelahan di bawah sekali di pakir kereta. apa bila naik lagi ke atas tiada kemudahan yang ada. kawasan air terjun BERKELAH sangat cantik. kebiasaannya orang ramai berchaming disitu.

      anda boleh berchamping di tapak champing yang ada kemudahan toilet. untuk mandi di air terjun anda boeh la trekking lebih kurang setengah jam.

  2. mimie said

    memang best g sana… last pergi tahun 98′. maybe next month nak ke sana lagi.. nak tanya.. kalo nak ddk camp… kena mintak permission ke kat sesapa kat sana?

  3. enahamzah said

    hmmm…oh kg gelugor tanah tumpah darahku..haha..
    tempat ni mmg best sgt!!!nice place and sesuai dijadikan tempat camping n jungle tracking..
    nak taw x sebelah air terjun ni ada lagi 1 air terjun..air terjun jerangkang!!nice waterfall too..:)
    saya ni cam nak promote kampung lak..hehe..nyway,memang cantik pon,datang la..

  4. Ahmad Safran said

    emmm .. lama x ke bekelah .. dulu dok kat maran, 1st time gi sana time sekolah menengah kat maran. tu pun sekali.. pas tu masa kerja kat shah alam tiap tiap bulan kitorang gi sana.. pasal gila kemping punye pasal… bawak budak KLredah bekelah, minggu depannye dia ajak lagi. tertinggal barang katenye. aku cakap dah lesap la barang tu. dia nak gi jugak. nak ambik balik barang dia. malas nak banyak soal aku gi la jugak pasal dia yang sponsor semua, cuma pakai kete aku je. duit minyak dia bayar.
    sampai kat sana dia ajak gi ke kolam yang paling tinggi atas batu yang paling tinggi. Aku tanye la dia mene barang ko yang ko tertinggal tu. Dia cakap dah dapat dah… ati aku yang tertinggal kat atas batu yang paling tinggi ni.. Hari tu x sempat sampai sini.
    huhhh .. hampeh nye kawan.. kalu tau aku x layan ko.. gi BEKELAH. Kalu ye pun ujung bulan pun boleh pergi… Tapi wa cakap lu memang lawa la tempat tu..

  5. zack said

    slm bro..lori tu mmg leh dpt kt kdi mkn tu eh? kdi mkn tu dkt dgn msjd ke?

    • hamydy said

      Salam Zack terima kasih kerana singgah di blog saya. Kedai makan tu tidak menyediakan perkhidmatan Lori sebenarnya, cuma kawan saya dapat contact lori tu dari peniaga kedai makan tu.

      kalau ada perkhemahan di tapak rekreasi pada hujung minggu tuan boleh paking kereta disitu. sbb kekadang ada group budak sekolah buat perkhemahan. kalau siang hari hujung minggu tak perlu risau sbb memang orang ramai datang berkelah kat tapak rekreasi tersebut.

      cuma malam hari sahaja yang risau sikit sbb masa saya pergi dulu tiada orang jaga parking tersebut.

      sori tuan.. sy pun tak ambik contact brader lori tu..

  6. mohd izuan bin salehhuddin said

    hutan lipur berkelah memang best dan terbaik, walaupun terdapat banyak air terjun dalam malaysia, hutan lipur berkelah adalah yang hutan lipur yg terbaik bagi saya.. Saya sudah menjejakkan kaki di sana sebanyak 3 kali.. Bulan 5 ini sy akan menjejakkan kaki saya sekali lagi di hutan lipur berkelah..

  7. mat said

    salam bang..nk tnye,masok nnt ade kne bayar x?camping kt air terjun atas skali bole ke?ade campsite ke kt atas?atau maen langgar je bukak khemah?
    sy baru skng nk pg..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 153 other followers

%d bloggers like this: