The life journey

Kembara Kehidupan

Restoran Masakan Arab Al-Rawsha Kuala Lumpur

Posted by hamydy on 26, February 2009

alrawsharestrn
Restoran masakan arab ni sudah semakin terkenal dan diketahui ramai. Menjadi tumpuan warga kota bila waktu makan tengahari. Ramai pengunjung yang datang. Harga makanan pun standard western jugak la.
Ramai pengunjung kebanyakan memesan jenis masakan berkambing.

komen saya : setakat ni belom ada menu yang buat saya rasa “kick”, nak kena pegi 2-3 kali lagi untuk rasa menu2 yang lain, pastu baru boleh komen. Tapi apa2 pun orang tetap ramai makan kat sini.

Saya tau restoran ini pun disebabkan ramai Doktor2 arab kat tempat keja selalu cakap dan ajak g makan kat sana. sekali sekala boleh la makan kat situ. kalau selalu mau kering poket.

Pak arab kat situ pun dah boleh bercakap melayu.

Peta Lokasi Restoran
alrawsha1

Alamat :
No. 78 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000, Kuala Lumpur
Rest Tel: 603-2143 9151
Fax: 603-2145 6943
Mobile: 6012-669 2562 /   6012-918 5642
web : http://al-rawsha.com/

Dibawah ni adalah senarai harga makanan
sumber : http://www.scribd.com/doc/5998778/Menu-Restoran-AlRawsha-Jalan-Damai-KL#source:facebook



About these ads

57 Responses to “Restoran Masakan Arab Al-Rawsha Kuala Lumpur”

  1. cik_pah said

    sy dh cuba dah masakan dkt restoran ni smlm…but the service is very slow…& pekerja xbrp friendly maybe kami pegi time peak hours…kami terpaksa tunggu makanan kedua kami dkt 2jam & lebih mengejutkan yang sampai bknnya makanan yang kami pesan tetapi makanan lain..alasannya makanan yg kami pesan xramai org order so diorang x boleh nak buat sebab terlalu busy..boleh gitu? tapi kalo sesiapa pesan nasi..memang cepat la sampai. tapi nasi dia xla sedap mana pun..kalo nak compare dgn restoran arab yang sy slalu pegi di cyberjaya Restoran Al-Jazeera. semua makanan dia sedap, service dia sy bg 5 bintang, kecepatan: sgt cepat makanan sampai xkira lah menu jenis apa pun. :)

    • hamydy said

      tima kasih komen. itu la saya pun belom jumpa menu yang sedap kat resoran tu. tapi time saya pegi orang serdehana ramai je. tunggu makanan tak la lama sangat dalam 30 minit je. dari segi layanan memang kurang sikit..lebih baik lagi restoran mamak. ok la kalau ada info pasal restoran al jazera putrajaya tu boleh share. boleh saya try kat situ. :)

  2. cik_pah said

    Al Jazeera Restaurant tu dkt CBD Perdana Cyberjaya..kalo nak klue..cari secret recipe cyberjaya :)

  3. hamydy said

    semalam 14/5/09 sy pegi lagi restoran ni. pesan mushroom soup..tak sedap dan rasa tak macam mushroom soup yang selalu dimakan, kalau dah sejuk dia jadi cair. mungkin tak kena dengan tekak kita. menu kedua Lamb chop…juga tak macam lamb chop western food. lamb chop dia kering tiada sos dan makan dengan roti mcm capati tu. Tapi yang menariknya kalau lamb chop dia daging kamping tu banyak puas makan.

    kebanyakan menu kat sini dia punya hidangan banyak contoh ayam dengan nasi (lupa namanya) pinggan besar penuh dengan nasi dan ditengah nya ayam separuh separuh. kalau saya siap kongsi dua orng lagi. tapi tengok pak arab sorang je habis.

  4. Farah said

    Salam,
    Terima Kasih Cik Pah kerana telah sudi ke restaurant Al jazeerah. Saya dan suami memang sedaya upaya untuk menjaga customer dan berikan yang terbaik. En. Hamydy sila lah mencuba restaurant al jazeera. Mudah mudahan ada makanan yang ‘kick’ disitu. Amat sesuai untuk makan bersama keluarga ataupun rakan sekerja. Saya boleh recommend kan ayam atau kambing Matbi. Kami sajikan bersama sop dan juga chilli ala arab.
    Sekiranya susah nak cari, sila telefon no ini: 03-83203320 atau suami saya Wadhah Haitham 012-2157410. Sekiranya ada cadangan, jgn segan utk memberitahu kami.
    Terima kasih and we need your support!

  5. BadrulShah said

    Asalamualaikum semua…
    cik pah menyebut tentang al jazeera restoran arab di cyberjaya is more or less better in terms of service… cuma saya kurang pasti, aljazeera cyberjaya tu dgn yg subang usj9 sama tokey ke lain2? sebabkan yg usj9 tu chinese muslim food paradise. just curious, also for my info. terima kasih.

    • hamydy said

      salam en badrul. sy pun tak sempat lagi pegi al jazeera cyberjaya. tapi kalau nak tau maklumat lanjut harap dapat call tuan punya kedai iaitu farah di telefon no ini: 03-83203320 atau suaminya Wadhah Haitham 012-2157410.

  6. opieeya said

    eee kita selalu makan kt situ dgn my huby suka minum barbikan peach berbotol botol ada sekali 2 sampai 12 botal harga rm4.tp kt luar rm 3 nasi lamb madghut rm 7 sepingan bleh makan 3 org kenyanang gila.my huby selalu borong dgn tuan kedai 2 dia org arab kawin dgn org mal

    • hamydy said

      saya pun suka minum barbikan tu. nasi dia memang kenyang sbb banyak. kalau dah selalu makan kat situ sure dah biasa dengan citarasa kat situ. bagi saya cuma sesetengah menu jer kat situ yang boleh masuk dgn tekak saya. tapi tempat tu happening jugak la..banyak org kita yang g makan kat situ. lain kali sy nak try makan kat dalam tu family area yang duduk bersila pulak..

  7. T said

    ermm..xbesh ker…ingat baru nak try harinie..kalo bace komen2 nie xder satu pun y syok!

    al-jazera tu best yer…biasa makan kan saba jer..dekat2 jer selang 2 or 3 pintu..next time leh try la

    • hamydy said

      tak pe kalau nak try pegila try lepas tu boleh ceita kat kita semua apa yang awk jumpa …kiranya penemuan terbaru la…mana tau dah makin bertambah baik ker

  8. harrierputih said

    AL-Rawsha ni speciality dia Rice Mandy. You can choose Chicken Mandy ke, Mutton or Beef. Makan dengan salad dia memang sedap. Kalau menu lain memang tak berapa sedap.Pergi kedai arab, makan nasi arablah, not mushroom soup.

    • hamydy said

      tima kasih harrier putih. bagi tip makan kat Al-Rawsha. Biasala tak biasa makan kat restoran arab mana nak tau nak oder apa. nasih baik la awk bagi tip. lepas ni tau la nak oder apa kat sana. Staf PPUKM ramai jugak yang pergi makan kat situ. sebabnya ramai student arab kat sini selalu ajak kitaorang pegi sana.

  9. abu_najmi said

    baru petang tadi saya pergi ke rawsha….kesimpulannnya, kami mungkin tak akan pergi lagi utk kali kedua kecuali ada orang nak bg makan free… saya try lamb n chicken mandy, biasa2 jer… layanan amat tidak berpuas hati… kena bayar rm140 tp dalam keadaan tidak berpuas hati…..

    2 hari lepas saya makan nasi arab di seksyen 7 shah Alam…walaupun menu arabnya tak banyak tp nasi lamb n chicken mandy nya amat sedap dah berbaloi….

    • hamydy said

      salam najmi
      terima kasih kerana memmeri komen diblog sy.

      harap tidak keberatan untuk najmi berikan nama restoran arab seksyen 7 shah Alam.
      saya pasti ramai yang ingin mencuba restoran tersebut.

      sekian terima kasih.

      • hasri said

        apa yg di maksudkan mungkin restoren di belakang wisma jakel dan berhampitan kedai makan sekinchan….nama mog…..(nama arab)…layanan ok…cepat…sedap…murah….owner bumiputra

  10. azaharin said

    restoren tuh namanya D’Arab Cafe..

    mmg betul2 blakang Unisel Shah Alam kt SS 7 tuh..ada food court kt situ…

    stkt ni..alhamdulillah sedap gak, cuma xde lah sama sgt ngan kt tempat asal tuh..alah, kt mana2 kedai pn kkdg rasa nasi goreng pn x kan sama..klu x salah, citarasa kedai nih mmg dari arab saudi..

    geng..ada x info2 kedai arab yg dr mesir..nak try lak lah…

  11. Salam persahabatan…

    Saya Syarifah penggemar makanan Arab…
    Saya dah banyak kali makan di AlJazeera… Lokasi 4star….masakan 4star….layanan 4star.
    Di D’Arab Cafe…Lokasi tak seberapa….masakan 5star…layanan 4star…
    Wallahualam…

    • hamydy said

      wassalam
      terima kasih singgah di blog ini
      harap dapat komen dan beri info mana2 restoran yang bagus.
      boleh kita semua mencuba

  12. bathysphinx said

    bro, dh try hadhramaut kt jln raja chulan? blok restoran eden dpn pavilion… top 3 kdai ns mandi bg aku…

  13. gee said

    Salam…alamak sy br nak try rasa makan kt situ,…yang dkt cyberjaya sy dah try mmg best nasi arab dia..tp yang paling best skali sy makan dekat madinah bulan ramadhan br ni..:-)

  14. Nina said

    Assalamualaikum. Dah baca comment2 pasal AlRawsha ni. Kalau pasal nasi arab.. saya biasa ke Saba di Cyberjaya. Lamb Kabshah.. chicken hanith.. mmg best… and minuman barbikan tu mmg menarik. AlJazeera belum berkesempatan nak pegi. Tapi pasal AlRawsha ni.. mungkin akan gi cuba jugak. Tapi betul kata seorang yang bagi komen kat atas.. kalau gi kedai makanan arab.. jgn pesan western food… tak berapa sedap biasanya….

    The best makanan arab yang saya pernah rasa ada di dua tempat – Makkah(Mushba’) dan di Michigan, USA (Sultan’s Restaurant). MMg best!!!

  15. Madam Zorro said

    Salam
    Ye saya & suami dah beberapa kali mkn di D Arab Cafe…mmg sedap, ikutkan saya xmakan daging kambing maklum aje saya ni ada Asma dan orang selalu kata kalau masak xbetul caranya ada bau…xpernah saya jamah pun..tp sejak pertama kali mkn drumah kawan di Subang pada tahun lps, rasa sedap pula….sejak itu terasa nak makan
    Memang puas hati dengan masakan nya

  16. Pak Teh said

    Salam, sy pun bru nk brjinak2 ngan masakan Arab nie,first time cuba kt Hadramawt jln.Ampang pd bln Oktober lpas.Chicken Mendy mmng best.Pastu Lamb Madghout pun best order yg utk 3 org mkn cuma Rm24,berbaloi & sedap gila.Sy nie pminat dging kambing,mkn bnyk pun no hal.Tq info dr sedara diatas,sy akn cuba plak kt D Arab Cafe asap.bye.

  17. [...] Paling Panas Ikan Bakar Bagan LalangHotel Murah Kota Kinabalu SabahRestoran Masakan Arab Al-Rawsha Kuala LumpurKos Mendaki Gunung Kinabalu MeningkatTernakan [...]

  18. [...] Paling Panas Ikan Bakar Bagan LalangHotel Murah Kota Kinabalu SabahRestoran Masakan Arab Al-Rawsha Kuala LumpurKos Mendaki Gunung Kinabalu MeningkatTernakan [...]

  19. Mak ngah said

    Arrawsya kat Jalan Ampang tu dah tutup. Semua dah pindah ke Bulatan Kg Pandan. Sangat besar tempatnya.

    Apa yang mak ngah cerita ni adalah malam minggu mak ngah pergi la ke sana. Setelah memesan, kami tunggu 1 jam. kami cuma pesan, 2 pinggan Mandy Rice & Lamb, Air – 2 glass apple juice, 2 glass watermelon. Lepas setengah jam tunggu, samapi lad salah i piring. kalau buat kat rumah la, timunnya tak sampai 1 biji. lepas setengah jam lagi, husband makngah dah naik angin, sebab lama sangat tunggu.Pergi confront orang yang amik order, 15 minit lagi baru sampai 1 pinggan nasi. Kami ni nak makan 4 orang, nasi sampai 1 pinggan dengan 2 ketul ayam. oleh kerana geram husband kata makan je lah…dapat lah 2 sudu sorang. samapi pulak air.lain diminta lain yang sampai. kami minum je sebab tak larat nak bising. habis makan, pergi bayar, jumlahnya RM 100.

    Sudah lah mahal giler, serveice is really..really bad. Husband compaliain..kalau macam ni finish la your business. you know what they say…..kalau you tak datang pun, we dont lose anything…we have many regular customer, in fact they can spend thousand of ringgit compared to you…you tahu betapa sombong dan angkuhnya.

    Apa yang maknhag dapat simpulkan, nasinya tak sedap cuma besar-besar, Nasi beriani Johor 10 kali ganda lebih sedap. Ayam hanya rebus dan letak pewarna, bukan nya letak saffron. Kambing pun rebus saya. pendek kata keuntungan mereka seribu perataus.

    mak ngah rasa tak rugi kalau tak cuba…kalau banding dimekah, madinah, mesir dan jordan yang pernah mak ngah makan, memang yang alrawsyani macam nasi untuk bagi makan kat kucing je.Tak sedap langsung.sumpah makngah tak kan pijak lagi kaki kat sini sebab mereka takrugi pun mak ngah tak datang…Tengok lah kekayaan mereka ni berapa lama boleh kekal…

  20. faizahpaiz said

    alamak.. saya baru aje nak bawak ibu sy g makan kt situ sempena birthday dia.. bile baca komen mak ngah nie, terus saya nak pikir 2-3 kali.. huu..

  21. mas said

    aii…ingat nak pegi td, tapi bile dengar komen langsung x jadi baik derma kat rumah anak yatim…

    • hamydy said

      bila ramai yang komen baru kita tau sedikit sebanyak info yang kita tak tahu.

      • mas said

        terima kasih en hamydy buat web ni, banyak info yg boleh dapat sebab saya suka bawa anak makan, every 2 week i balik kl sebab keje kat kelantan, kat kb i suka makan kat nasi kukus zeman, sila cuba en hamydy, kalau dapat info awal senang nak pilih restoran dan tempat menarik yang lain..

      • hamydy said

        sama2 pn mas
        boleh share lokasi nasi kukus zeman
        mana tau bila singgah kat kota baru boleh cuba.

  22. mas said

    adress – Restoran Nasi Kukus Zieman di Jalan Belakang Istana, Kota Bharu (tanya org kb semua tau) kena order 2 mangkuk nasi kukus takut x cukup ngan peha ayam goreng rangup, cuba mihun soto kat pusat penjaja bandar tun razak (kedai no 2 sebelah kiri/sebelah petang ade sate)wak jawa johor, memang paling sedap x berminyak, anak saya yg kecil sekali pun tanya kalau lama x pergi…

  23. ayu said

    mmng byk yg komplen psl rawsha ni.. servis terutamanya. tp restoren arab lain orait je. satu je nak komen skit psl rawsha ni, dia punya owner org lebanon. tp masakan2 nya yg femes tu bukannya makanan lebanon. terutamanya nasik2 kambing spt mandy, madghot, kabsah, dll… tu semua makanan tradisi arab gulf (spt saudi, kuwait, bahrain, etc) dan berasal dari yemen. Lebanon ni makanan tradisi dia lebih pada roti. Rasa agak janggal bila org asik kata “kalau nak makan makanan lebanon yg sedap… utk merasa mandy… pegila ke rawsha”. mmng rawsha sedap, tp tu bukan masakan lebanon. tukang2 masak nasik2 kambing rawsha pun semuanya dari yemen/saudi. tak caya, pegi check sendiri.. susah2 google je apa makanan tradisi lebanon dan apa makanan tradisi yemen.

  24. atie said

    Askm…….Saya baru nak cuba makan kat restoren al-rawsha. Sebenarnya nak buat farewell untuk member yang nak retired. tapi tak tahu senaraai harga makanan kat situ. Lagipun nak tau gak diaorang boleh buat tempahan bungkus tak?

  25. Adli Ali said

    I dah try makan kt Al Rawsha, the best arab food i tasted so far di Sahara Tent Restaurant. Jauh lebih sedap. Tak percaya cuba sendiri. Lepas tu, u guys makan kt mana2 restorant arab mmg tak boleh lawan kesedapan mcm di Sahara Tent.

    • nfatienr said

      Hmm.. sy pernah try Sahara Tent kat Alamanda.. the food was not as good as Saba’ Cyberjaya.. tried Mr Kabab kat Presint Diplomatik.. pun tak leh lawan Saba’.. so far Saba’ Cyberjaya is the best for me.. diff people diff taste..

      Kat Putrajaya ni ada Al-Jazeera gak.. tp blum try lg.. insyaAllah one day..

      p/s: Pernah makan nasi arab yg sedap kat Taif dulu.. mmg belum jumpa lg kat Msia.. ;)

  26. aman said

    saya dah rasa di semua restoran arab di selangor dan KL,tp kat arabian kitchen sec20 paling sedap n banyak choice nasi..mandy lamb mmg terbaik!!harga pun murah,chef mmg org arab..baru je bukak sebelah kedai brothers sec 20

  27. Dianna said

    Salam..
    Cakap pasal restoran Al-Rawsha kat Kg Pandan tu, I dh byk kali g mkn sane sebab urusan keje hehe. Overall, makanan not really bad la, just menu orang arab ni, tak semua kena dengan selera orang Malaysia kan. And mmg kat restoran ni, lain ckit dr menu dr restoran arab yg lain. Menu kat sini a lil bit dry and kurang kuah-kuah ni. Sup sayur pun, buat tekak i kembang je hehe..

    Neway, kena sentiasa bear in my that we go to est Arabian food which totally different from our food. So, don’t expect too much jela..

    Thanks

  28. Jue said

    As Salam. Bila sebut Al-Rawsha Restaurant ni.. banyak kenangan manis. Saya ke restaurant tu pada 13.10.2009 dengan exboy friend masa kat sekolah 18 tahun dulu.. and now alhamdulillah dah jadi suami saya pun.. Cuma maaf tak dapat comment pasal makanan coz apa yg kita telan tak rasa apa pun bila kelu lidah dah jumpa kekasih hati… May be sedap kot.. Apapun saya memang nak pegi utk menikmati makanan kat restaurant tu…

  29. hasri said

    baru semalam saya dan family makan makanan timur tengah di seksyen 7 ….hanya makan menu nasinya dgn lauk ayam dan kambing….sedap dan harga amat berbaloi…lupa lak nama restorennya…moghallah?….???

  30. aman said

    http://arabiankitchenaksb.blogspot.com/2011/06/pengenalan.html

  31. Leozone said

    Bila baca komen2 di atas, mmg betul la citarasa orang lain-lain..hehe as for me Al-Rawsha mmg sedap terutama Chicken and Lamb Mandy..tak lupa gak dessert arab Al-Rawsha yg tak sorang pun penah mention kat sini, Bakhlava..antara yg sedap pernah rasa kat kl…kalo family kami berkumpul, mmg ni salah satu tempat kesukaan (selalunya kami bungkus makan kat rumah)…boleh makan sambil bersila n free flow drinks..lol…pasal service tuh tak pernah la kena cakap mcm mak ngah kena, tp tak dpt dinafikan la kadang2 kalo nak kena tuh apa boleh buat..tp its all about personal preference..:D

  32. Azira said

    Salam…
    sy pernah makan kat al-Rawsha Ampang ni dgn family..
    masa bka puasa 6.hehe.tak ramai customer masa tu..
    Kitorang order:
    Appetiser: Tabouleh ( Chopped Fresh parsley and diced tomato with olive oil and lemon juice) sedap!!
    Main course: Nasi Mandy kambing dan ayam,
    Dessert: Baklava

    Service: bagus. waiter tu tolong kitorang masa wat ordering sebab first time pergi.

  33. Azrul said

    Salam… Saya bukanlah keturunan Arab.. dari kecil dibesarkan dengan Nasi Belauk, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Lemak, Nasi Minyak dan Nasi Kapit @ Himpit termasuk laksam… orang Kelate katakan.. tapi, first time Big Bos bawa pergi makan Nasi Arab dekat Restoran Arab Al-Jazeera di Cyberjaya, fuuuhhhhh… Kena lak pada masa tu Lamb Matby…. basuh tangan tak berapa cuci lepas makan. sayang pada bau dia… tapi sekarang dah tak buka dah kat situ… tapi beberapa tempat Restoran Arab saya sempat singgah seperti Res Al-Rawsha di Kg. Pandan, Res Saba di Cyberjaya, Res dkta Petaling, dan ada bebrapa buah lagi yang lupa nama… yang pasti, saya masih terkenang res Al-Jazeera yang dekat Cyberjaya tu… ada sesiapa tahu tak Res tu beroperasi di mana… TQ

  34. mas said

    blh saya tumpang tnya..list harga di atas ttp sm ke di rawsha y bru skrg ni??? mksd saya rawsha y bru buka 2…

    • hamydy said

      Posting entry ni 2009. so saya rasa tentu ada perubahan harga. harga diatas adalah harga pada thn 2009. mungkin boleh pergi survey kat restoran baru tu.. saya pun blom pegi lagi restoran baru tu walaupun selalu ulang-alik depan dia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 174 other followers

%d bloggers like this: