The life journey

Kembara Kehidupan

Pulau Perhentian

Posted by hamydy on 12, February 2008

PULAU PERHENTIAN
Updated by hamydy on 26, Disember 2010

24 – 26 Feb 2008
Pulau perhentian merupakan salah satu pulau di pantai timur yang menarik untuk dilawati. Pulau Perhentian terletak di negeri Terengganu, terdiri daripada 2 buah pulau iaitu perhentian kecil dan perhentian besar.

Trip ke pulau perhentian ini boleh pergi secara pakej mahupun bebas, Jika melalui pakej lebih senang senang sikit kerana semua sudah di uruskan seperti tiket bot, penginapan dan makan serta trip snorkeling, Cuma kekadang ia mahal sedikit tetapi memudahkan. Kalau ada promotion mungkin boleh dapat murah. Bagi yang suka cabaran dan inginkan pengalaman sendiri menguruskan percutian anda mungkin boleh mencuba trip sendiri dengan menguruskan semuanya sendiri. Bagi yang ingin menguruskan sendiri perlula membuat perancangan yang teliti dan awal bagi mengelakkan penginapan di chalet penuh. tetapi cara ini kekadang lebih murah dan jimat.

Antara perkara-perkara yang perlu anda ambil tahu jika ingin menguruskan sendiri percutian ialah antaranya seperti membuat survey melalui internet dan juga membuat panggilan kepada chalet disana mengenai cuaca dan keadaan ombak laut. Biasanya pada
musim tengkujuh hamper semua chalet di Pulau Perhentian Kecil tutup. Pada pertengahan tahun pulak pulau Perhentian Kecil banyak dikunjungi oleh pelancong barat yang lari dari musim sejuk di negara mereka. Kekadang pada waktu ini ada chalet yang tidak menerima tempahan orang tempatan kerana ingin memenuhi tempahan pelancong barat.

Pulau perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar, populasi penduduk di Pulau Perhentian lebih tertumpu di Pulau Perhentian Besar, manakala Pulau Perhentian Kecil banyak chalet untuk percutian. Di Pulau Perhentian kecil terdapat pantai yang dikenali sebagai “Long Beach” , pantai ini panjang, cantik dan bersih. Di kawasan “long Beach” ini lah tempat aktiviti kebanyakan pelancong barat berjemur dan santai.

Pakej yang saya ambil ini kira antara yang murah setelah beberapa agent telah saya survey. Biasanya pakej 3 hari 2 malam diantara RM300-500/pax tengok jenis chalet jugak la kalau walk in terus kat chalet mungkin boleh dapat kurang dari RM300. kalau dari Kuala Lumpur boleh naik bas ke Kuala Besut Terengganu tapi lebih kurang 8 jam perjalanan. Perjalanan lama dan memenatkan, jikalau hendak cepat boleh naik flight dari Kuala Lumpur dan turun di Kota Baru lebih dekat berbanding Kuala Terengganu sebab dari Kuala Terengganu ke kuala Besut lagi jauh.

Perjalanan dari airport Kota Baru ke Kuala Besut menggunakan perkhidmatan teksi. Terdapat kemudahan teksi di airport yang menghantar terus ke Kuala Besut. Pelancong boleh membuat pilihan sama ada perjalanan sehala ataupun perjalanan dua hala. Selain itu jika nak lagi murah, pelancong boleh menahan teksi di luar kawasan airport dan cuba tawar menawar untuk dapatkan harga paling murah.
Di jeti Kuala Besut jika anda pergi sendiri, memang ada disediakan perkhidmatan boat ke Pulau Perhentian tambang pegi balik sekitar Rm20. Di jeti kuala besut juga terdapat banyak agen-agen perlancongan pilih sahaja kalau nak mudah. yang penting cari agen bot untuk beli tiket. Ada sesetengah chalet menawarkan perkhidmatan penghantaran pergi balik sebaik sahaja anda membuat tempahan di chalet tersebut.

Pulau Perhentian Kecil
Bagi yang ingin berehat dan santai saya cadangkan Pulau Perhentian Kecil sebagai destinasi, terdapat banyak chalet yang murah, mahal dan berhawa dingin di sini. Jika masa kurang pelancong anda boleh bertukar2 chalet jika mahu jika anda tidak mengambil mana-mana pakej. Perkhidmatan boat juga ada disediakan untuk aktiviti snorkeling dan juga untuk melawat Pulau Perhentian Besar. Di tengah-tengah diantara Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil biasanya pemandu boat akan bawa melihat penyu. Jika air tenang dan jelas anda akan dapat melihat beberapa ekor penyu di dasar laut. Kawasan ini tidak terlalu dalam. Semasa saya dibawa ke kawasan penyu ini pemandu boat tersebut menunjukkan kemahiran menyelam kedasar laut dan memegang di belakang penyu dan penyu tersebut akan berenang naik kepermukaan. Kepada pelancong yang mahir berenang juga boleh berbuat demikian.

Saya menginap di Mohsin Chalet. Chalet ini mempunyai aircond dan terdapat kemudahan restaurant. Susunan di lereng bukit. Pemandangan daripada restuaran Chalet Mohsin sangat menarik kerana dari situ kita dapat melihat pemandangan sepanjang Long Beach dan juga dapat melihat chalet-chalet lain.

Di Pulau Perhentian Kecil terdapat banyak motel-motel dan chalet-chalet yang murah dan berbentuk tradisional pantai juga turut menyediakan mini bar untuk pelancong-pelancong barat. Kebanyakan chalet-chalet ini ada diantaranya akan tutup sepanjang musim tengkujuh dan hanya beroperasi selepas musim tengkujuh tamat.

Pulau Perhentian Besar
Di Pulau Perhentian Besar saya mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar pulau tersebut dan merasai kehidupan penduduk disitu. Melawat perkampungan dan mencuba makanan-makanan yang terdapat di Pulau Perhentian Besar. Pulau Perhentian Besar terdapat penduduk yang banyak, terdapat sekolah balai polis dan semua kemudahan asas, Pusat-pusat dan banggunan perniagaan banyak terdapat disini. Setelah penat berjalan dan meneroka perkampungan penduduk saya pun pulang ke chalet menggunakan boat yang sama yang telah ditempah.

Perjalanan Pulang
Terdapat bas awam dari jeti besut ke Kota Baru tambang dalam Rm7-10, tetapi anda kena menaiki bas tersebut dari jertih, Jikalau hendak menaik bas awam dari jeti besut anda perlu menunggu dan menahan bas tersebut di tepi jalan sebabnya bas tersebut tidak berhenti di hentian jeti Besut.

Kedai Keropok
Di kuala besut ada ada terdapat satu gerai keropok yang sedap, jika menaiki teksi untuk ke Kota Baru, Anda boleh mintak pemandu teksi untuk berhenti di kedai kropok tepi jambatan.

Di Kota Bharu
Sementara menunggu masa untuk ke lapangan terbang dari pekan Kota Bharu anda berpeluang untuk berjalan-jalan dan membeli belah di pasar Siti Khatijah, Muzium Kraf, dan makan-makan terlebih dahulu dikawasan sekitarnya. Untuk ke lapangan terbang anda perlu mencari cari bas ke airport tambang Rm 1.20 (Bas No 9). Tanyalah orang tempatan bus stand untuk ke airport dimana.

Berikut adalah butiran perbelanjaan dan harga pakej yang saya ambil.
Pakej 3h2m
Harga Pakej : 275/pax
Flight : Rm9.99 + Rm50.5 (tax + insuran ) sehala/pax (Air Asia)
Teksi dari Kota baru ke kuala Besut : Rm50
Total semua untuk 2pax = 550 (pakej) + 247.96 (flight) + 50 (Teksi) = Rm797.96
Ini kira murah la, tak mahal dan berbaloi la

Pakej termasuk
Bot pergi balik kuala besut dan Pulau Perhentian
Mohsin chalet (hawa dingin)
Makan 3 kali sehari kat Restoran Tummy Rumbles
Snorkeling trip

Agen perlancongan
Backpackjeo Travel
B-1-3 Megan Avenue 2,
O 12 Jalan Yap Kwan Seng, 50450,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603 2163 0963
Fax : +603 2162 2729
Web : http://www.backpackjeo.com

contact person : Mr Izzal Abdullah
tel : 016 669 4747

Artikel Sebelum ini.

Posted by hamydy on 12, February 2008

24 – 26 Feb 2008

Pulau perhentian  merupakan salah satu pulau di pantai timur yang menarik untuk dilawati. Pulau Perhentian terletak di negeri Terengganu, terdiri daripada 2 buah pulau iaitu perhentian kecil dan perhentian besar.

 

Trip ke pulau perhentian ini boleh pergi secara pakej mahupun bebas, kalau pakej senang sikit semua sudah di uruskan tiket bot, penginapan dan makan serta trip snorkeling, Cuma kekadang ia mahal sedikit. Kalau ada promotion mungkin boleh dapat murah. Kalau trip bebas atau gambel, takut chalet penuh je, tapi cara ini lebih murah.

 

Pakej yang saya ambil ini kira antara yang murah setelah beberapa agent telah saya survey. Biasanya pakej 3 hari 2 malam diantara RM300-500/pax tengok jenis chalet jugak la kalau walk in terus kat chalet mungkin boleh dapat kurang dari RM300. kalau dari Kuala Lumpur boleh naik bas ke kuala besut Terengganu tapi lebih kurang 8 jam perjalanan.lama tu.penat, kalau nak cepat naik flight la turun kat Kota Baru lagi dekat, jangan turun kat kuala Terengganu sebab dari Kuala Terengganu ke kuala Besut lagi jauh. Tunggu promosi Air Asia la. Berikut adalah pakej yang saya ambil:

 

Pakej 3h2m

Harga Pakej : 275/pax

Flight : Rm9.99 +  Rm50.5 (tax + insuran ) sehala/pax (Air Asia)

Teksi dari Kota baru ke kuala Besut : Rm50

 

Total semua untuk 2pax = 550 (pakej) + 247.96 (flight) + 50 (Teksi) = Rm797.96

Ini kira murah la, tak mahal dan berbaloi la

 

Pakej termasuk

Bot pergi balik kuala besut dan Pulau Perhentian

Mohsin chalet (hawa dingin)

Makan 3 kali sehari kat Restoran Tummy Rumbles

Snorkeling trip

 

Agen perlancongan

Backpackjeo Travel

B-1-3 Megan Avenue 2,

O 12 Jalan Yap Kwan Seng, 50450,

Kuala Lumpur, Malaysia

Tel : +603 2163 0963

Fax : +603 2162 2729

Web : www.backpackjeo.com

 

contact person : Mr Izzal Abdullah

tel : 016 669 4747

email : izzal@backpackjeo.com ym : izzal_4747@yahoo.com

About these ads

17 Responses to “Pulau Perhentian”

  1. syamila said

    i nak minta no phone travel agent untuk ke Pulau Besar, Pulau Perhentian

    • reff said

      im offering the travel package for those who interested to go for vacation in pulau perhentian.

      i got few packages such as,

      package A – BUDGET (min 2 pax,3D2N,include boat transfer,food,accommodation,snorkel around perhentian) RM 355 per pax.

      package B – SNORKELLING (min 6 pax,3D2N,include boat transfer,food,accommodation,snorkel around perhentian,rawa and redang island) RM 375 per pax.

      package C – GROUPINGS (min 15 pax,3D2N,include boat transfer,food,accommodation,snorkel around perhentian) RM 300 per pax+SPECIAL PRIZE for leader.

      package D – LUXURY (min 2 pax,3D2N,include boat transfer,food,accommodation (first class resort ARWANA/BUBU LONG BEACH/SHARI-LA),snorkel around perhentian island) RM 435 per pax.

      package E – OPEN (tell me your condition,how many pax,where you want to stay,how long) and i will try to deal the best prize for you=)

      contact me 0172233299 or zilch_86@yahoo.com

  2. shida said

    minx pakej hujung bln 2
    28/3-31 skli snorkling n akitiviti menarik…

    4d 3n

  3. ieda said

    salam
    nk tny..nk g pulau perhentian kecil on 28hb januari till 30hb..3ari 2 malm ar..ade x hrge best untuk min 10org..juz include accomodation, boat transfer n meal..

  4. Aku hemsem said

    info sgt menarik…

  5. arasharrina said

    hye, i plan nak bawa family but pergi sendiri..
    boleh tahu berapa tiket bot pergi balik without any package includes.. just a price of the ticket.. thanks.. :)

  6. wawa said

    such a good info’s..is anyone know much is the price for return boat from kuala besut to perhentian island?(i mean the general boat)i’ve checked the speed boat price is cost about rm 70 per person…

    • hamydy said

      hai wawa
      for general boat last time i went there just about 20+++. I dont know about speed boat at RM70.

      • wawa said

        hye hamydy…who can i contact if i want to know about the price for the boat?any suggestion?umpp i’m planning to stay at senja bay resort,is it a nice beach there?is there any beach sport such banana boat,kayaking and etc,etc?

        thanks hamydy

  7. ulul azmi said

    Slm…sya nak tahu pakej ke Pulau Perhentian. Pakej tmasuk boat transfer, mkn t/hari, snorkel & tengok penyu. Pergi pagi & balik petang…ok tlg reply asap.TQ

  8. cmacun said

    saya pergi bersama2 8 org sahabat ke pulau perhentian kecil pada tahun 2008 dan menginap di Senja Bay Resort…nice resort tpi kne panjat tangga krn chalet nyer disusun secara bertingkat2..kami amik complete package RM250 pp(accomodation,6x meals,return boat(speed boat),island hoping to 3 spot places)…kemudian kami tambah RM10 pp utk ke pulau susu dara, pulau rawa and few others snorkel places…jumpa ikan nemo, penyu and amazing coral..very interesting place n we enjoy so much our vacation there..hope to come again next time :)

  9. adha said

    Saya bercadang awal tahun depan nak pergi bercuti di pulau perhentian kecil bersama 4 org sahabat saya….Kami ingin mencari pakej 3h 2m yg sesuai dan murah utk kami bercuti disana nanti..harap dapatlah saudara membantu kami…

  10. Bali airport transfer…

    [...]Pulau Perhentian « The life journey[...]…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 174 other followers

%d bloggers like this: