Posted by hamydy on 12, February 2008

24 – 26 Feb 2008
Pulau perhentian merupakan salah satu pulau di pantai timur yang menarik untuk dilawati. Pulau Perhentian terletak di negeri Terengganu, terdiri daripada 2 buah pulau iaitu perhentian kecil dan perhentian besar.
Trip ke pulau perhentian ini boleh pergi secara pakej mahupun bebas, kalau pakej senang sikit semua sudah di uruskan tiket bot, penginapan dan makan serta trip snorkeling, Cuma kekadang ia mahal sedikit. Kalau ada promotion mungkin boleh dapat murah. Kalau trip bebas atau gambel, takut chalet penuh je, tapi cara ini lebih murah.
Pakej yang saya ambil ini kira antara yang murah setelah beberapa agent telah saya survey. Biasanya pakej 3 hari 2 malam diantara RM300-500/pax tengok jenis chalet jugak la kalau walk in terus kat chalet mungkin boleh dapat kurang dari RM300. kalau dari Kuala Lumpur boleh naik bas ke kuala besut Terengganu tapi lebih kurang 8 jam perjalanan.lama tu.penat, kalau nak cepat naik flight la turun kat Kota Baru lagi dekat, jangan turun kat kuala Terengganu sebab dari Kuala Terengganu ke kuala Besut lagi jauh. Tunggu promosi Air Asia la. Berikut adalah pakej yang saya ambil:
Pakej 3h2m
Harga Pakej : 275/pax
Flight : Rm9.99 + Rm50.5 (tax + insuran ) sehala/pax (Air Asia)
Teksi dari Kota baru ke kuala Besut : Rm50
Total semua untuk 2pax = 550 (pakej) + 247.96 (flight) + 50 (Teksi) = Rm797.96
Ini kira murah la, tak mahal dan berbaloi la

Pakej termasuk
Bot pergi balik kuala besut dan Pulau Perhentian
Mohsin chalet (hawa dingin)
Makan 3 kali sehari kat Restoran Tummy Rumbles
Snorkeling trip
Agen perlancongan
Backpackjeo Travel
B-1-3 Megan Avenue 2,
O 12 Jalan Yap Kwan Seng, 50450,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603 2163 0963
Fax : +603 2162 2729
Web : www.backpackjeo.com
contact person : Mr Izzal Abdullah
tel : 016 669 4747
email : izzal@backpackjeo.com ym : izzal_4747@yahoo.com
Posted in Melancong | Tagged: Perhentian | Leave a Comment »
Posted by hamydy on 12, February 2008

Gunung Berlumut terletak di Kluang Johor. Pendakian kegunung ini amat mencabar kerana sumber air yang terhad. tempat kami berkhemah hanya ada sungai kecil yang hanya selangkah lebarnya, dan untuk mengambil air pulak terpaksa turun bukit.
Perjalanan bermula dengan mengambil keretapi senandung malam ke Kluang Johor (jam 1 pagi) di KL sentral. semasa dalam train kami dapati terdapat juga group lain yang juga hendak kesana.
Stesen Keretapi Kluang Johor, kami tiba dalam jam 5pagi, setiba saja kami membentangkan landsheet dan tidur beramai2 atas lantai stesen itu sampai masuk subuh. Group lain juga kelihatan tidur bergelimpangan di sekitar stesen.
sesudah solat subuh kami semua bersiap2 dan tunggu kafeteria stesen dibuka dan bersarapan beramai2. setelah sarapan kami menaiki sebuah lori pikup dan dihantar terus ke kaki gunung berlumut.
setiba di sana kami membuat persediaan terakhir dengan membeli bekalan makanan dari kedai disana dan menyimpan sepasang pakaian bersih untuk pulang di stor pusat reakreasi itu. sedikit bayaran dikenakan untuk menyimpan dan penggunaan bilik air.
Perjalanan mendaki mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai ke kawasan batu GIGI, disitu kami singgah untuk lunch dan kemudian meneruskan perjalanan ke tapak khemah terakhir dalam masa hampir 2jam. Dari tapak kemah ke puncak gunung hanya mengambil masa 15 minit. Setelah mendirikan khemah dan mengambil air di sungai kami menyediakan makanan dan kemudianya berehat.
keesokkan paginya kami ramai2 menuju kepuncak melihat matahari terbit, cuaca amat sejuk masa itu. sarapan pagi di puncak hanya dengan rati sandwish,
setelah selesai mkn tengahari kami mendaki turun dan pulang
Posted in Pendakian Gunung | Tagged: Berlumut | Leave a Comment »