The life journey

Kembara Kehidupan

Ikan Bakar Bagan Lalang

Posted by hamydy on 30, January 2008

Restoran ikan bakar ini antara tempat yang aku selalu pegi makan sejak beberapa tahun since 2001 lagi. kat pantai Bagan Lalang Sepang ni ada banyak restoran seafood, tapi Restoran ni lain sikit sebab ia terapung betul2 tepi kuala, cuma satu jer restoran yang terapung kat sini. kalau nak tengok ia terapung semasa air pasang la.kemudahan yang ada kat restoran ni seperti Astro dan toilet. sebelum kita order kita kena pilih dulu ikan , kerang, ketam, sotong, pepahat dan bayak lagi untuk dimasak mengikut citarasa kita. yang paling aku suka ialah pepahat masak pedas.

bab harga aku rasa ok je, taktau la mahal ke murah sebab aku tak pernah pun

cuba restoran lain yang ada kat situ.kawasan pantai bagan lalang sekarang ni dah mula terkenal kerana telah ada banyak projek pembangunan di kawasan itu. antaranya yang paling high class ialah Sepang Goldcost la ala2 chalet terapung pokok

Palma seperti di Dubai.Bagan Lalang ni biasanyak jadi port aku kalau pergi memancing, sama ada memancing di sungai kawasan itu mahupun pergi kekelong Mamod. Dulu berhampiran restoran itu terdapat satu jeti kecil berpondok, ini tempat aku selalu memancing la. nak kata banyak ikan tak la tetapi kekadang tu boleh la dapat ikan kalau air pasang dan kena masanya.

Kalau anda nak cuba makan kat restoran ni pada hujung minggu ada baiknya call dulu dan tempah makanan yang hendak dimakan, sebabnya hujung minggu ramai dan kekadang terpaksa tunggu agak lama, bayangkan kalau datang dari Kuala Lumpur, perjalanan ke sana dah mengambil masa hampir 2 jam, bila sampai perut dah lapar pastu makanan lambat sampai …huuu tersiksa wooo. tapi kalau datang awal dan org tak ramai boleh la pilih2 ikan ker pilih aper ker.

nampaknya itu aje yang dapat aku komen pasai restoran ni ..yang lain tu kena rasa sendiri la…

maklumat lanjut klik links restoran ni www.hmsribagan.com (**links ini sudah tiada** tak tahu kenapa)

Update terbaru : 16 Sept 2009

Link baru : http://hmsribagan.net/index.html

Blog : http://hmsribagan2.blogspot.com

Peta Lokasi : http://hmsribagan.net/lokasi-sribagan.html

Menu Masakan (Sila klik untuk besarkan)

menu1

menu2

5 Responses to “Ikan Bakar Bagan Lalang”

  1. Zaidimn said

    Restaurant ni memang sedap.. cubalah

    • hamydy said

      memang pun…sy selalu kalau pergi sepang memang singgah makan kat sini punya..terutama menu pepahat masak pedas tu..

  2. Zaidimn said

    restaurant ni best.. boleh cuba

  3. iskandar said

    Tapi kalau betul nak lagi sedap.Pegi restoren Wak Lan.Old Timer Bagan Lalang.Pengalaman die bakar ikan,memang tip top.

    • hamydy said

      tima kasih Iskandar sebab komen di blog saya.
      harap jika tidak keberatan bagi boleh berikan lebih info tentang restoran Wak Lan tu. Direction atau land mark mana2 atau ada website ker.

      ini memudah kan pembaca lain untuk pergi dan mencuba.

      saya pun ingin cuba jika benar ikan bakar dia power….biasa la jalan2 cari makan.

      ok iskandar…jgn lupa komen detail.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>